Memang tidak dapat disangkal serta dinafikan lagi sikap puak2 Umno, BN yang sememangnya bersifat tidak ikhlas dalam membela rakyat. Terbaru, PM 1 Malaysia yang juga Presiden Umno petang tadi membuat satu statement yang berbau rasuah yang mana menlibatkan perhitungan yang agak keterlaluan kpd penduduk / pengundi Dun Hulu Selangor.
Kerajaan Kerajaan pusat menawarkan untuk membina kampus UiTM di Serendah sekiranya pengundi memilih BN menang semula di Selangor bukan Hulu Selangor. Maknanya paling awal pun lepas PRU ke-13. Sebaliknya, sekiranya BN menang kepada PRK pada pilihanraya kecil ini, tetapi tidak di PRU-13 maka tiada kampus baru UiTM yang akan dibina. Jelas lagi bersuluh sikap retorik puak2 Umno, BN dalm membela nasib dan keperluan rakyat. Sikap dikecam sekeras-kerasnya lantaran memberi satu ugutan yang jahat oleh Umno kpd penduduk Hulu Selangor.
Tidakkah ini rasuah namanya jika menjanjikan pembangunan SEKIRANYA menang sahaja? Jika bukan rasuah, tolong ajar aku apa erti rasuah sebenarnya. Tumpuan kini tertumpu kepada SPRM dan SPR. Apakah kedua-dua badan ini akan berdiam diri? Umno kehilangan segala tumpuan dan idea mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Hulu Selangor sehingga sanggup memberikan janji sedemikian. Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Memang benar kata orang, Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, jika dipisah sumbanglah Umno.
PKR juga menjanjikan `kampus’ kepada Hulu Selangor. Kampus yang dijanjikan oleh PKR adalah `Kampus Tarbiyyah’. Inilah kampus yang boleh menyelamatkan manusia tidak kira Melayu atau bukan Melayu asalkan mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya. PKR menjanjikan dunia dan akhirat, maka `kampus Tarbiyyah’ adalah penghubungnya.
Berfikirlah dengan akal dan iman. Pilihlah di antara dua kampus yang ditawarkan oleh Umno dan PKR ini. Seandainya pengundi-pengundi tetap yakin bahawa Umno tidak menawarkan rasuah dengan kampus ini, maka undilah PKR kerana kampus tersebut tetap akan dibina oleh Umno sekiranya Umno ikhlas. Tetapi, jika hanya dibina sekiranya Umno menang, pengundi-pengundi yang mengundi Umno dianggap bersubahat dengan janji rasuah seperti ini. Aku yakin, rakyat di Hulu Selangor tidak pernah diajar oleh MB Selangor untuk mendekati amalan rasuah seperti ini. Maka, buktikan nanti semasa mengundi.