Selasa, 13 April 2010
'Umno boneka MCA': Peniaga Melayu Negeri Sembilan merempat dibumi sendiri!
Oleh: Pria Malaya
Jika sebelum ini, juak2 parti rasis (Umno) sering menabur berita palsu dan fitnah mengenai kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang kononnya telah mengkhianat dan menzalimi orang melayu..cerita dan dakyah kotor ini direka2 dan ditokok tambah bagi menaikkan sentemen benci rakyat kepada PAS dan PR..
Dengan bantuan media perdana yang telah disalahguna, maka mereka dgn sewenangnya menyebar fitnah dan berita buruk ini ke seluruh pelusuk tanah air tanpa rasa bersalah..(sudahlah sebar berita fitnah, disalahguna pula hak rakyat-media tanpa rasa bersalah)..
Disebarnya fitnah kononnya PAS/PR barua dan boneka kepada DAP kerana sanggup mengusir dan menindas orang Melayu..gerai dan peniaga orang Melayu dizalimi, diroboh, dihalau dan pelbagai lagi SEDANGKAN HAKIKATNYA berita itu sebenarnya adalah diputarbelit, fitnah jahat, ditokok tambah, dan adakalanya tidak dilaporkan secara benar dan tepat..tetapi oleh kerana benci dan hasadnya mereka kepada PAS/PR, maka mereka sanggup menjaja berita seumpama ini..
Kali ini, penulis ingin mengajak juak2 parti rasis terutama penyokong fanatik/ekstrim parti asobiyah ini supaya menilai berita yang dilaporkan sepertimana dibawah...apakah berita seperti dibawah juga menunjukkan Umno adalah pengkhianat Melayu, Umno menzalimi orang Melayu, Umno baru parti Cina, Umno boneka MIC, Umno kuda tunggangan MCA dan lain2?...korang fikirlah sendiri...wallahua'lam...
Berita 1
“Tolonglah bantu kami”
SENAWANG – Sudah masuk tiga bulan peniaga gerai sementara di Fasa 1 dan 2 Taman Tuanku Jaafar (TTJ) memulakan operasi perniagaan mereka di lokasi baru di Medan Selera TTJ, namun masing-masing terus dihimpit perasaan tertekan apabila berterusan menanggung kerugian.
Keadaan itu amat dirasai 18 peniaga yang menjual kuih muih dan air minuman di bahagian bawah Medan Selera berkenaan berbanding peniaga yang membuka kedai makan di bahagian atas apabila perniagaan yang sebelum ini berjalan lancar kini terjejas teruk disebabkan kekurangan pengunjung.
Malah, tidak ada lagi istilah tidak menang tangan melayan pelanggan seperti sebelum ini kerana semuanya berubah sekelip mata sejak mereka berpindah ke lokasi baru.
Mereka mendakwa, janji Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang mahu membantu peniaga mempromosikan kawasan itu selain menyediakan kemudahan lengkap bagaikan dipandang sebelah mata menyebabkan mereka membuat keputusan ‘berani’ berpindah ke tempat lama sekiranya MPN terus mendiamkan diri.
Peniaga, Mer Tadza Alias, 54, berkata, walaupun keberatan berpindah dari tapak asal namun jauh sekali untuknya ingkar dengan arahan pihak terbabit.
Namun, dia agak kecewa apabila kemudahan dijanjikan MPN tidak disediakan sebaik mungkin biarpun peniaga sudah berpindah.
“Sebelum pindah ke sini macam-macam mereka janjikan kepada kami. Jadi, kami dengan rela hati berpindah biarpun bimbang kehilangan pelanggan.
“Bagaimanapun, sampai sekarang kemudahan itu tidak dapat disediakan dengan sempurna hinggakan kami sendiri terpaksa mengambil tindakan, misalnya membuat laluan sendiri untuk kemudahan orang ramai,” katanya.- SN
Berita 2
Rayu MPN pertimbang roboh gerai
SENAWANG – Tiga rakan kongsi perniagaan kedai makan di Fasa 3 Taman Tuanku Jaafar (TTJ) berharap Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dapat mempertimbangkan kembali arahan merobohkan beberapa gerai di situ.
Mereka mendakwa, sebelum ini ketika mesyuarat diadakan secara bersama antara MPN dan peniaga di Fasa 1, 2 dan 3 TTJ, pihak Majlis memberitahu perpindahan peniaga di Fasa 3 akan ditangguhkan dahulu.
Sulaiman Abdul, 46, berkata, sememangnya dia mengakui berniaga tanpa menggunakan lesen namun segala urusan surat menyurat membuat permohonan mendapatkan lesen sudah dibuat tetapi tidak diluluskan.
“Saya minta lesen untuk berniaga di sini tetapi tidak diterima. Apabila kita berniaga di sini sejak beberapa bulan dan terpaksa mengeluarkan kos berpuluh ribu ringgit, MPN mahu robohkan dengan alasan tempat tidak sesuai.
“Kami tidak ganggu perjalanan orang lain dan saya sendiri sudah mendapatkan surat perjanjian menggunakan lokasi tanah persendirian untuk berniaga, tetapi tidak boleh juga,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya amat berharap masalah itu dapat dibincangkan semula MPN bersama peniaga yang rata-ratanya menjadikan sumber pendapatan utama.
“Isu ini mula timbul selepas peniaga Fasa 1 dan 2 membuat rungutan mengapa mereka sahaja perlu dipindahkan tidak kepada peniaga Fasa 3,” katanya.
Rakan kongsinya, Fauzi Mohd Zin 39, berkata, disebabkan masalah itu, dia mula buntu memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki disebabkan tidak mempunyai pekerjaan lain.
“Sebelum ini saya berniaga kecil-kecilan, tetapi sekarang saya bersama rakan membuka kedai makan. Bagaimananpun, tiba-tiba jadi macam ini pula.
“Saya harap MPN dapat beri kelonggaran kepada kami untuk terus berniaga di sini kerana mahu menyediakan tapak kedai ini mengeluarkan modal ribuan ringgit,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Setiausaha Persatuan Penduduk TTJ Selatan, Shamsul Kamal Ali, 36, berkata, sebagai penduduk yang tinggal di kawasan itu, dia amat berharap gerai itu dapat dibiarkan beroperasi di situ.
“Bayangkan kalau semua berpindah ke Medan Selera TTJ, jauh untuk kita membeli di sana. Malah, ini juga untuk keselamatan kanak-kanak kerana jika tidak mereka akan berjalan kaki untuk membeli makanan.
“Apa yang saya nampak gerai ini langsung tidak mengganggu penduduk dan berharap MPN dapat memberi kelonggaran kepada mereka untuk terus beroperasi,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini pernah mengeluarkan rungutan peniaga Fasa 1 dan 2 TTJ apabila tidak berpuas hati kerana peniaga di Fasa 3 boleh terus beroperasi seperti biasa sedangkan mengikut arahan sebenar semua peniaga perlu berpindah ke Medan Selara TTJ awal tahun ini.
Sinar Harian difahamkan peniaga gerai sementara di Fasa 1, 2 dan 3, Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di sini sebenarnya diberi arahan berpindah pada Januari lalu, namun ketika itu penguatkuasaan lebih diberi keutamaan kepada peniaga Fasa 1 dan 2.
Dalam pada itu, sebelum ini Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif pernah mengeluarkan ke-nyataan pihak majlis tidak memindahkan peniaga ke lokasi baru sewenang-wenangnya tanpa ada sebab munasabah hingga menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Gerai sebelum ini di lokasi lama sudah lebih 10 tahun dan kita menerima rungutan daripada penduduk setempat yang merasa kurang selesa dengan keadaan itu kerana gerai tersebut mengundang kesesakan lalu lintas.
“Jadi, kita ambil tindakan memindahkan mereka ke lokasi baru dan bukannya kita tidak bagi mereka berniaga sedangkan selama ini kita sudah terlalu lama membiarkan mereka berniaga di situ,” katanya.
Beliau turut mengingatkan peniaga supaya berniaga dengan lesen dan di lokasi tidak menjejaskan orang lain. - SH
Beberapa artikel di bawah mengenai nasib malang peniaga Melayu di Negeri Sembilan :
Peniaga Melayu Seremban macam Anjing Menyalak
http://pasns.blogspot.com/2010/01/peniaga-melayu-seremban-macam-anjing.html
Satu Lagi Mangsa Pembangunan
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/satu-lagi-mangsa-pembangunan.html
Medan Selera Taman Tuanku Jaafar...Mohon Tindakan Segera
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/medan-selera-taman-tuanku-jaafarmohon.html
Lokasi baru jejas perniagaan
http://amkns.blogspot.com/2010/02/lokasi-baru-jejas-perniagaan.html
Pelanggan Pusat Penjaja MPS Batu 4 1/2 makin kurang sejak Jalan Seremban-Tampin naik taraf
http://amkns.blogspot.com/2009/12/pelanggan-pusat-penjaja-mps-batu-4-12.html
Peniaga 'dahaga' pembaharuan
http://amkns.blogspot.com/2010/01/peniaga-dahaga-pembaharuan.html
Rintihan peniaga Melayu N.Sembilan tiada pembelaan
http://amkns.blogspot.com/2009/12/rintihan-peniaga-melayu-nsembilan-tiada.html
Pasar Awam Nilai ‘tunggu’ peniaga
http://amkns.blogspot.com/2009/09/pasar-awam-nilai-tunggu-peniaga_03.html
Pasar Seremban Jaya kurang pengunjung
http://amkns.blogspot.com/2007/10/pasar-seremban-jaya-kurang-pengunjung.html
Coca Cola boleh, gerai Melayu di N9 tak boleh
http://pasns.blogspot.com/2010/03/coca-cola-boleh-gerai-melayu-di-n9-tak.html
Nasib peniaga Melayu di Seremban, mana pejuang ?
http://waghih.blogspot.com/2010/01/nasib-peniaga-melayu-di-seremban-mana.html
Labels:
Kenyataan Blog