KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
Sebelum korang baca seterusnya di sini, sila tengok gambar di bawah ini :
Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia
Korang fikir-fikirlah sendiri, apa jenis kualiti pendididikan yang Mat Sembab tu cuba temberangkan kepada rakyat. Setelah 50 tahun lebih Umno/BN mentadbir negara, masih ada sekolah macam kandang kambing begini!