KETIKA
Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas
lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat
Malaysia ialah RM466 bilion.
Dalam
Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di Kajang hujung Mac lalu,
Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah
melebihi RM700 bilion sekarang.
Apa
yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh
pentadbiran Najib dan dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga tidak
akan dinafikan.
Dengan
demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib,
hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700
bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion.
Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000.
Bagi
warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin
ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang.
Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya.
Tetapi
bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik saja menyedut udara dunia, dia
telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu
akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah
dalam pentadbiran Najib yang boros itu.
Jika
dalam masa dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion
ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika
pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin ssebelum tahun 2020
hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap
rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang.
Ketika
Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan
rakyat berpendapatan tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang
terjadi ialah rakyat berhutang tinggi.
Ada
pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang
ditohmah lemah terutama oleh Dr. Mahathir adalah sekitar lebih dari
RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah.
Tetapi
sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah
mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di
bawah Najib.
Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion.
Angka
RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara
boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion,
maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi
– tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal
masuk ke gear ajaib.
Kita
sedang dikelamkabutkan oleh Ireland yang tiba-tiba bankrap.
Sekonyong-konyong Greece juga bankrap. Perdana Menterinya terpaksa
bertukar. Perdana Menteri Itali juga bertukar atas sebab yang sama.
Berita celaka itu juga sudah melanda Sepanyol dan Pertugal.
Pertukaran
Perdana Menteri Greece dan Itali belum menjamin negara itu keluar dari
alam muflis. Seluruh Menteri Kewangan negara Eropah bersidang beberapa
kali bagi menyelesaikan kepapaan Greece dan beberapa negara Eropah itu,
belum nampak jalan keluar.
Malaysia
sudah dekat ke ambang itu. Tan Sri Idris Jala telah meramalkan Malaysia
akan bankrap tahu 2019 jika subsidi kepada rakyat tidak dipotong.
Sekarang Dr. Anuar pula seolah-olah mengesahkan apa yang pernah
dibimbangkan oleh Idris Jala.
Dalam
masa tiga tahun pentadbiran Najib ternyata transformasinya tidak
membawa apa-apa keajaiban, bahkan negara bertambah dekat ke alam
bankrap.
Katanya,
dia tidak membuat janji kosong. Lidah memang tidak bertulang. Dia boleh
berkata apa-apa tetapi bagi orang Terengganu janjinya adalah lebong.
Lebong itu tidak berisi.
Jika pentadbirannya disambung selepas PRU13, sekalian rakyat akan terjun ke gaung.