Ahad, 13 Mac 2011

Ancaman baru Radiasi Nuklear, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal

Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang
dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak
berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji
tersebut berdepan dengan masalah.

Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji
yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan
jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari
reaktor No. 1.

Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.

Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.
Related Posts with Thumbnails