Rabu, 16 Mac 2011

Jepun arah pekerja abai loji, keadaan dipercayai tak terkawal

TOKYO, 16 Mac — Jepun hari ini mengarahkan kesemua pekerjanya bertindak keluar dari kawasan loji tenaga nuklearnya di sebelah timur laut yang rosak teruk akibat bencana berganda Jumaat lalu.


This handout picture shows the damaged third (L) and fourth reactors of the TEPCO Fukushima No.1 power plant in Fukushima, north of Tokyo, March 16, 2011

Arahan itu dikeluarkan ekoran peningkatan paras radiasi yang terbocor ekoran siri kebakaran dan letupan di kompleks tenaga nuklear Fujishima hari ini, lapor agensi berita Kyodo.


Perkembangan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Jepun sudah tidak mampu untuk mengawal krisis nuklear ekoran tragedi gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata kerja-kerja merenjis air ke atas reaktor-reaktor yang terlampau panas terganggu disebabkan arahan mengabaikan loji berkenaan.

“Kesemua pekerja terpaksa menggantung operasi mereka. Kami telah menggesa mereka agar mengosongkannya dan mereka telah melakukannya,” kata beliau.

Pekerja-pekerja terbabit telah dibenarkan kembali setengah jam kemudian selepas kadar radiasi jatuh.

Peningkatan kadar radiasi adalah ekoran kebakaran di Unit 4 kompleks tenaga nuklear terbabit, kata pegawai agensi keselamatan nuklear Jepun.

Kejadian itu dipercayai telah merosakkan ruang tekanan reaktor, paip berisi air di luar teras nuklear yang merupakan sebahagian daripada sistem pendinginan kecemasan.

Krisis nuklear ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa dan membayangi sebahagian kerja-kerja mencari dan menyelamat ekoran tragedi Jumaat lalu.

Bencana berganda ini, yang paling buruk dalam sejarah 140 tahun Jepun dikhuatiri telah menyebabkan kematian lebih 10,000 orang.

Pihak berkuasa bekerja keras untuk mengelakkan malapetaka alam sekitar lebih b
Related Posts with Thumbnails