

"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan," kata Cheong.
Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co. Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.

"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya.