Cut Tari mengaku lakukan 3 kali hubungan seks dengan Ariel yang dirakamkan seperti di dalam video. |
CUT TARI hari ini mengaku di dalam mahkamah di Bandung dia melakukan hubungan seks sebanyak 3 kali dengan Ariel ketika ditayangkann semula video seks antara dia dan Ariel di mahkamah.
Pendakwaraya, Rusmanto mengesahkan pengakuan Cut Tari itu di luar mahkamah sambil mengulangi jawapan Cut Tari: "Berapa kali? Tiga kali!"
Dalam mahkamah juga, Cut Tari hari ini mengesahkan lagi bahawa perempuan yang sedang melakukan hubungan seks seperti di dalam video yang ditayangkan itu adalah dirinya. Namun Ariel masih menegakkann benang basah menafikan itu dia.
Kata Cut Tari: "Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video itu benar saya. Tapi Ariel tetap mengaku bukan dirinya"
Bagaimanapun, Luna Maya, kekasih Ariel yang sepatutnya menjadi antara tujuh saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini gagal hadir, dikatakan tidak boleh bertemu muka dengan Cut Tari.
Pendakwaraya bagaimanapun akan menghantar surat lagi memanggil Luna Maya untuk menjadi saksi kes berkenaan. Luna Maya juga terbabit melakukan hubungan seks dengan Ariel. Tidak salah tanggapan orang bahawa Ariel itu bukan Peterpan tapi Peterporn! ~