Aku tidak kisah sesiapa pun bengang kat aku pasal mahu tolong Umno Selangor kali ini. Bukan apa, kadang-kadang kesihan juga kat Umno Selangor sekarang ni walaupun yang memimpin Umno Selangor bukan calang-calang orang. PM kita yang pimpin Umno Selangor, jangan korang tak tau. Jadi, jika Umno Selangor gagal menentukan PR hanya sepenggal sahaja memerintah Selangor, siapa yang malu? Najib juga yang malu. Raja sesumpah? Oh, tidak, beliau tidak kisah kerana habuan dah dapat pun. Lagi pun kesihan juga tengok sudah bermacam-macam cara Umno Selangor sudah buat untuk meruntuhkan Kerajaan PR di Selangor, namun MB yang `cool' tetap `cool' membuatkan pemimpin Umno Selangor pula menjadi `hot'.
Aku kurang setuju Umno Selangor mahu mengadakan `road show' di seluruh Negeri Selangor. Bagi aku usaha ini tidak akan memberi kesan yang memuaskan kerana kita boleh jangka berapa orang yang akan hadir pada setiap program yang bakal mereka adakan nanti walaupun diberi bas atau makanan percuma. Aku ingin mencadangkan kepada Umno Selangor agar menganjurkan siri debat terbuka di antara Bn/Umno dengan PR Selangor. Debat ini hendaklah diadakan di setiap Parlimen atau Dun di Selangor. Saya yakin dan berani beri jaminan bahawa kehadiran orang ramai pasti beratus kali ganda jika dibandingkan dengan `road show' yang Umno rancangkan itu.
Pada siri debat itu nanti, Umno berpeluang luas untuk menghentam Kerajaan PR dan ketika itu Umno boleh ceritakan apa jua salah laku Kerajaan PR Selangor. Terpulanglah mahu dedahkan kisah lembu korban ke, rasuah pasir ke, lesen rumah urut atau arak ke dan sebagainya. Tentu terkial-kial PR Selangor mahu jawab, betul tak? Di masa itu juga Khir Toyo mungkin boleh ceritakan betapa banyak jasanya kepada rakyat di Selangor sewaktu beliau menjadi MB Selangor. Beliau juga boleh bercerita pengalamannya menjalankan `tugas resmi' ke Disney Land tempat Mickey Mouse itu bersama isterinya. Mungkin ramai mahu tahu benarkah cerita beliau mendapat hadiah jam tangan ratusan ribu ringgit itu. Kita juga ingin menimba ilmu dan belajar dari Khir Toyo cara-cara membangunkan PBT di Selangor hanya dengan `anugerah penyapu' sahaja. Tentu hebatkan?
Mungkin semasa debat nanti, rakyat Selangor baru tahu betapa zalimnya Kerajaan PR Selangor kerana lebih banyak meruntuhkan rumah setinggan jika dibandingkan dengan sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor. Mungkin Kerajaan PR Selangor akan dimalukan semasa debat nanti apabila fakta menunjukkan siapa jaguh di dalam merantai pintu masjid dan melarang Ulamak berceramah di Selangor. Aku rasa Kerajaan PR Selangor susah mahu menjawab hujah Umno nanti apabila Umno membawa beberapa orang rakyat Selangor yang tidak makan dan berlapar sewaktu Kerajaan PR memerintah Selangor. Khir Toyo dan Umno Selangor pasti akan berbangga bila menunjukkan bukti bahawa kerajaan semasa beliau memerintah telah berjaya mengkayakan Syabas iaitu Syarikat Air di Selangor, sedangkan Kerajaan PR terlalu bodoh dengan memberikan air percuma kepada rakyat Selangor.
Sebenarnya banyak isu yang boleh Umno kemukakan jika debat terbuka ini diadakan. Tentu rakyat Selangor akan terfikir, memang benar Umno lah satu-satunya parti yang boleh diharapkan membela nasib mereka di Selangor. Bukankah ini yang dimahukan oleh Umno? Jika ini yang Umno mahukan, mengapa tidak syorkan kepada Kerajaan PR Selangor untuk berdebat secara terbuka dan batalkan sahaja `road show' yang mungkin akan ditertawakan orang nanti.
Masalahnya adakah Umno Selangor berani berbuat demikian? Jika Najib selaku pemimpin Umno Selangor tidak berani, adakah Khir Toyo berani? Adakah Noh Omar juga berani? Jika Senatak Ezam raja sesumpah yang dulunya hebat mencabar puak-puak Umno berdebat sewaktu di dalam KeADILan, kini sudah berada di dalam kantung Umno adakah kejantanan beliau sudah hilang? Aku berharap pemimpin Umno Selangor tidak sedayus dan sebacul itu kerana bak kata Senatak Ezam raja sesumpah yang bacul dan dayus itu hanyalah DS Anwar dan penyokongnya saja. Jadi, tunggu apa lagi? /wfauzdin.blogspot.com