Melalui  Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat  dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan  remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.
Jika tidak kerajaan, Rakyat haris bangkit menentang serangan Budaya Barat yang merosakkan generasi.
- Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat Islam dari dalam terutama melalui penghakisan identiti dan jatidiri mereka sebagai umat Islam.
 - Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Melayu Islam masih mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat secara langsung.
 - Mickey Mouse dengan ini bukan sahaja satu entiti yanag mengeluarkan produk filem kartun, akan tetapi ia adalah satu badan yang berfungsi lebih dari itu iaitu menganjur dan mempromosikan program-program yang bertentangan dengan Islam kearah merubah keperibadian dan jatidiri salah satu golongan terpenting dalam masyarakat iaitu kenak-kanak dan remaja, generasi masadepan.
 
Majlis ulangtahun kelahiran atau Happy Birthday. (Foto Hiasan)
Generasi  ala-Barat di Malaysia bukan lahir secara tiba-tiba. Ia dibina sejak  dari alam kanak-kanak dan remaja, samada dari latarbelakang keluarga  atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali. Barat sentiasa  mencari pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan kesempatan.
- Merasakan kepentingan pendidikan Islam yang sejati dan sebenar terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, sentiasa menganjurkan program-program Islam didalam maupun di luar premis sekolah, kearah membina generasi harapan Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang dihari muka.
 - Bangkit, membantah dan menentang pertandingan tarian rock antara sekolah-sekolah anjuran Mickey Mouse dan sekutu-sekutunya yang tarikh tutupnya ialah 20 Mei 2011 ini dan penganjuran-penganjuran sedemikian selama-lamanya. Bekerjasama dalam apa sahaja bentuknya adalah satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan generasi umat akan datang. Mengenalpasti pihak-pihak yang terbabit dan membawa mereka kemuka pengadilan dan tindakan disiplin.
 - Menarik lesen syarikat Mickey Mouse, sekutu-sekutunya dan segala produknya dengan penganjuran di atas membuktikan bahawa ia adalah satu entiti yang bermatlamatkan menghakis keperibadian Melayu Islam yanag menjadi tunggak kekuatan umat di rantau ini, dan seterusnya ia cuba menerap dan membudayakan nilai-nilai Barat yang bertentangan sama sekali dengan Islam.
 
Jemaah  Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan  dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material  dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah  dengan membina individu-individu disekolah-sekolah, membina  keluarga-keluarga didalam masyarakat dan generasi Islam sejati didalam  negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak  dan berperanan ditengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu  mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.









