HHRS 2.0 - Berita kematian Osama Bin Laden sepertinya tidak akan menghentikan aksi keganasan yang dilakukan oleh Al-Qaeda. Bahkan, mungkin organisasi tersebut akan kembali memiliki pemimpin kuat, yakni orang kedua yang berpeluang besar untuk menggantikan Bin Laden.
Dilaporkan dari laman India Express, 2 Mei 2011, pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahri dikhabarkan akan menggantikan Osama dalam memimpin rangkaian keganasan yang terbesar di dunia tersebut.
Zawahri tidak boleh dipandang sebelah mata, dia dikenali sebagai ketua pelaksana serangan di al-Qaeda sekaligus mentor Osama bin Laden. Keduanya bertemu pada pertengahan 80an di Peshawar, Pakistan, ketika menyokong gerila mujahidin Afghanistan dalam memerangi Kesatuan Soviet.
Zawahri, 59, adalah seorang doktor lulusan sekolah perubatan yang terbaik di Mesir. Pendidikan kedoktorannya diambil sesuai dengan sejarah pendidikan keluarganya yang kebanyakan dalam bidang perubatan.
Ayahnya, Mohammed Rabie al-Zawahiri, adalah seorang profesor farmasi yang terkenal, sementara ibunya, Umayma Azzam, adalah seorang ahli politik. Datuknya adalah seorang imam besar al-Azhar.
Dunia pemberontakannya bermula ketika usia 14 tahun saat dia bergabung bersama gerakan Ikhwanul Muslimin (IM). Ketika gerakan ini diberangus dan pemimpin IM kala itu Sayyid Qutb ditahan, Zawahri dalam usianya yang sangat muda membentuk pergerakan bawah tanah untuk menggulingkan kerajaan dan membentuk negara Islam, dari sinilah dia mengenal dunia jihad.
Salah satu misi yang diembannya adalah membunuh Presiden Mesir kala itu, Anwar Sadat. Zawahri adalah satu dari 301 orang yang ditahan ketika Sadat tewas tertembak pada 1981. Dia akhirnya dibebaskan setelah terbukti tidak terlibat dalam aksi tersebut.
Sejak menjadi tokoh penting di al-Qaeda, Zawahri kerap mengeluarkan komen mahupun propaganda dalam bentuk video, lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September. Video terakhirnya disebarkan bulan lalu yang menyeru kepada seluruh umat Muslim untuk melawan tentera NATO dan AS yang menyerang Libya.
Dia juga kerap menjadi sasaran pembunuhan pasukan khas AS, namun usahanya selalu gagal. Dalam video yang disebarkan pada Januari 2006, Zawahri mengatakan bahawa bekas Presiden George W Bush adalah seorang pembantai.
Hal ini disampaikannya berkaitan penyerangan udara ke kediamannya yang membunuh puluhan orang yang tidak berdosa. Pada awal bulan ini, sumber perisikan Pakistan mengatakan bahawa Zawahri kembali lolos dari serangan tentera pada penyerangan yang menewaskan empat pegawai tinggi al-Qaeda.(lawan)