Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.
Sebelum  itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke  udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan  angka 11 dalam hidupnya.Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.
DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dalam  nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan  satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik  Berkualiti bagi memantapkan  Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai  ini. 
DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dalam  nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan  satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik  Berkualiti bagi memantapkan  Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai  ini. "Melalui program  tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga  RM220,000 ke bawah," katanya.
Di  bawah skim itu, beliau berkata pemaju swasta akan terbabit sebagai  projek tanggungjawab sosial korporat mereka, manakala kerajaan akan  menyediakan tanah sebagai tapak rumah. Perdana Menteri juga sempat bermain catur dengan DJ radio Hot FM.



