Rabu, 21 Julai 2010

PAS tidak akan masuk perangkap Umno


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI


IPOH, 21 Julai – "Ahli PAS diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan isu yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional."

Demikian peringaan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain di sini hari ini berhubung isu perpaduan anara PAS dan Umno.

Beliau menegaskan, isu kerjasama di antara UMNO dan PAS merupakan isu yang sudah kerap kali dimainkan oleh UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan dalaman PAS.

Menurut beliau kerjasama PAS-UMNO sukar untuk dijayakan memandangkan keikhlasan UMNO sendiri sudah boleh dipertikaikan.

“Orang yang tidak ikhlas akan kata orang lain yang tidak ikhlas,” ujarnya.“

Isu ini adalah agenda terancang yang disusun pemimpin umno untuk memecahbelahkan kesatuan ahli PAS dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat, tegasnya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengenai keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan, UMNO cuba untuk memerangkap PAS dengan memberi gambaran yang belbagai berkenaan isu ini melalui media umno dengan tujuan untuk memecahkan kekuatan dalaman ahli PAS dan Muafakat kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat.Ustaz Abu Bakar menjelaskan situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan UMNO yang lemah dan tidak yakin dapat mengekalkan kuasa mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kekuatan UMNO untuk memerintah bergantung kepada kekuatan Barisan Nasional, akan tetapi perpaduan dalam BN amat rapuh khususnya dalam komponen BN sehingga kerap kali menimbulkan pergeseran sesama mereka.

Umno juga dilihat cemburu dan Dengki dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang dilihat jauh lebih menyerlah berbanding mereka, kerana iu pemimpin pemimpin BN/Umno cuba untuk melemahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat yang dilihat kerapkali menjuarai isu-isu berkaitan rakyat dan menampakkan kelemahan kerajaan pimpinan BN, katanya.

Tambahan pula, undi masyarakat bukan melayu yang dilihat semakin hilang dengan ketara amat membimbangkan mereka. jelasnya.

Isu ini imbul disebabkan untuk menutup isu-isu besar yang meranapkan negara di sudut ekonomi, reputasi dan juga keselamatan negara.

”Kita perlu melihat isu yang melibatkan lebih ramai pihak dan berskala lebih besar berbanding dengan isu survival UMNO dan bagaimana mereka hendak mengekalkan kuasa," katanya.

Menurut beliau lagi, UMNO tidak berani berbincang mengenai hal yang lebih besar kerana perkara ini jelas menunjukkan mereka gagal mentadbir negara apabila diberi kuasa.

“Kita memandang serius mengenai kenaikan harga barang, pengurangan bajet dalam sektor kerajaan dan swasta, isu rasuah dan judi yang semakin berleluasa, isu Felda, dan juga isu APCO yang telah dibawa masuk kerajaan ke dalam negara yang secara jelas dan terang menyokong Yahudi dan menjejaskan keselamatan negara”, jelas beliau

Kebimbangan terhadap isu-isu besar yang wujud disebabkan kegagalan pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan 1 Malaysia.

“Ternyata 1 Malaysia telah gagal”, katanya.

Related Posts with Thumbnails