Rabu, 21 Julai 2010

Polis serbu ibu pejabat PKR

Kira-kira 10 anggota polis menyerbu ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Ia dipercayai berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin.

Pada 9 Julai lalu, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard ditahan polis di Seremban kerana tulisannya dalam blog mengenai Altantuya Shariibu.

Beliau ditahan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR cabang Rembau.

Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga berkata rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.

Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan beberapa jam selepas disiasat.
Related Posts with Thumbnails