Rabu, 8 Disember 2010

Khir Toyo serah surat peletakan jawatan

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah menghantar faks kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim untuk memaklumkan peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang pada jam 11.20 pagi tadi.

NONESurat yang sama difaks kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Isnin lalu, bekas Menteri Besar Selangor itu memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan ketua pembangkang berikutan pendakwaannya di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

khir toyo mansion 060709 06Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

-malaysiakini
Related Posts with Thumbnails