UMNO REFORM
Sudah sampai masa kita  menjawab tuduhan Anwar Ibrahim  mengenai kehadiran Israel dalam  penglibatan mereka dalam urusan  kritikal pentadbiran negara ini. Anwar  sejak beberapa hari ini membuat  beberapa tuduhan serius dan setakat ini  tidak nampak tanda-tanda  jawapan yang serius diberikan terhadap tuduhan  Anwar Ibrahim.  Laman-laman penyokong UMNO terus kaku – kerana mereka  tidak mempunyai  cara atau dokumen balasan dalam menafikan tuduhan Anwar  Ibrahim. Dalam  pada itu Anwar terusan menghentam kerajaan kerana  dikatakan secara  sengaja tahu tetapi membenarkan syarikat-syarikat dari  Israel  melibatkan diri dalam pentadbiran sensitif kerajaan termasuk soal   keselamatan yang melibatkan PDRM (polis).
Blog dan web UMNO hanya setakat ini mampu  memberi  saingan nipis tanpa justifikasi konkrit dalam berhujah. Perlu   diingatkan, kalau setakat Anwar Ibrahim juga berkawan dengan orang   Yahudi Zionis – tidak akan memberi sebarang justifikasi mengenai tuduhan   Anwar sekiranya ia benar. Melayari laman pro UMNO kita lihat ada satu   dua tulisan yang cuba mengaitkan Anwar dengan Yahudi Zionis sungguhpun   ini tidak memberi remedi kepada dokumen dan pendedahan yang di baut  oleh  Anwar Ibrahim. Persoalannya kita perlu lebih proaktif dalam  menjawab  isu-isu ini kerana setakat ini jentera pembangkang sudah mula  bergerak  membawa isu-isu ini di media alternatif dan pada setiap  ceramah mereka.
Dalam perkara ini amat   jelas sekali – media propaganda pembangkang bertindak cemerlang sedang   kita masih terkehel dalam mencari sudut jawapan kerana maklumat tidak di   bekalkan untuk diberi penjelasan kepada rakyat. Setakat Anwar agen   Yahudi berkenalan dengan Paul Wolfowitz  tidak memberi makna  berbanding  dengan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa kerajaan berkompromi  dengan Israel  dalam isu komunikasi dan komputer PDRM dengan memberi  mereka ruang dan  peluang untuk menyusup masuk dalam sistem keselamatan  negara – berbayar  lagi!
Tuduhan ini perlu  disangkal segera! Tuduhan ini perlu  diperjelaskan segera dan setakat  mahu membawa Anwar Ibrahim berdepan  dengan Jawatankuasa Hak dan  Kebebasan di Parlimen atau menggantung  partisipasi beliau dalam  parlimen tidak memberi makna besar berbanding  dengan pendedahan beliau.  Ketua Pembangkang ini lebih suka kalau dia di  gantung – kerana ini  akan memberi lebih isu kepada pembangkang dalam  memperkatakan bahawa  demokrasi kita demokrasi tempang dan sistem kita  tercemar. Ini akan  memberi pembangkang peluru untuk berterusan  berkempen.
Dalam  melihat keadaan  sebeginilah maka beberapa perkara dalam UMNO perlu di  tangkaskan lagi.  Media Alternatif mereka bergerak segera – dalam  menyiarkan dakwaan  Anwar – you tube dan face book dan twitter penuh  dengan dakwaan Anwar  bahawa kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Najib  berkompromi dengan  Israel. Dalam pada yang sama – media UMNO dan  penyokong kerajaan BN  terus berusaha tanpa kekuatan bagi memberi  justifikasi mengenai isu  ini. 




