Khamis, 8 April 2010

Hulu Selangor: Masyarakat Kuala Kubu Bharu gesa kerajaan pusat putuskan hubungan dengan rejim Tel Aviv

Desakan rakyat semakin kuat. Masyarakat mahu Kerajaan Pusat memutuskan semua hubungan dengan mana-mana elemen yang mempunyai kaitan dengan rejim Tel Aviv. Masyarakat resah akan hubungan Umno-BN dan elemen Zionis jelas terpamer dalam tinjauan TV Selangor di Kuala Kubu Bharu.


Apa yang lebih membimbangkan adalah pendedahan adanya perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Menurut Rashidi Mohd Ali, 59,kewujudan pemantau Israel di kebanyakkan sektor kerajaan mengancam pentadbiran di Malaysia seluruhnya,

“sekarang ni dorang ni bila datang ke Malaysia mesti dia ada tujuan, ibarat macam kita pergi rumah orang la kan, mesti ada tujuan, apa tujuan dia datang rumah kita, sedangkan orang tu kita tak tau, lain la kalau kita tau”

“tak wajar la sebab Negara luar pulak nak ambil tahu masalah Negara kita, yang selama ini Negara kita boleh dikatakan aman mungkin esok yang akan datang akan jadi macam mana pulak mungkin jadi macam Negara-negara diluar tu”

“saya rasa perlu dipantau la, sebelum merebak ke keseluruhan Negara kita Malaysia la amnya”
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar pada 6 April lalu mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia.

Agen perisikan Israel itu dikatakan masuk melalui syarikat yang dilantik kerajaan untuk menguruskan program peralihan sistem komunikasi PDRM dari aturcara analog kepada digital.
Individu yang terbabit dikenalpasti sebagai Izhak David Naskar, pakar sistem komputer, dan Ido Sccheschter.
Bagi Wan Muhd Khomeni Wan Muhd Shariff, 31, penduduk Felda Gedangsa,campurtangan Zionis merupakan suatu perkara yang serius dan perlu diberi perhatian,

“ya, ia adalah satu perkara yang serius yang saya fikir adalah bahaya yang perlu diberi perhatian yang sewajrnya,”

“saya harap, pihak kerajaan ataupun pihak yang bertanggungjawab berkenaan dengan keselamatan Negara perlu mengambil serius terutama Perdana Menteri Malaysia sendiri, supaya ia merupakan isu keselamatan Negara, ia perlu diambil serius, sekiranya tak diambil perhatian, maka saya percaya, sesuatu yang tidak baik akan berlaku”

“sebagai orang Islam kita dalam hal perkara sebegini kita dah nampak apa yang berlaku terhadap Palestin, dan rakyat-rakyat yang luar yang mana telah pun ditindas sebegitu hebat oleh Isarel, dan dalam hal ini apabila ia melibatkan Negara kita sebuah Negara Islam, kita patut pertahankan la, Negara kita daripada sebarng-sebarng unsure yang kita rasakan itu adalah unsure yang tidak baik”
Related Posts with Thumbnails