Umno yang ada pada hari ini bukanlah Umno asal kerana parti asalnya telah berkubur pada tahun 1988 dahulu. Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang ideologi jauh menyimpang dari Umno asal. Parti asalnya ditubuhkan pada 11 Mei 1946 tetapi menghembuskan nafas terakhirnya selepas mahkamah mengisytiharkan ianya diharamkan selepas berlakunya krisis semasa Tengku Razaleigh menentang Mahathir untuk jawatan Presiden pada tahun tersebut.
Selepas ianya diharamkan Mahathir menubuhkan Umno Baru pada 1988. Jadi Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru bukannya Umno asal. Jadi sambutan pada tahun ini bukannya sambutan ke 65 sebagaimana yang diwar-warkan sebaliknya ia adalah sambutan ke 23.
Umno Baru yang ada pada hari ini juga sudah tidak sama seperti Umno asal. Perjuangannya lebih kepada kepentingan perut dan bawah perut. Umno yang ada pada hari ini penuh dengan rasuah dan penyelewengan. Buktinya setiap kali pemilihan sudah tentu ada yang disabitkan dengan kesalahan rasuah menyogok perwakilan sehingga ada yang diharamkan dari menyertai perebutan jawatan Timbalan Presiden.
Perjuangan bangsa dan agama hanyalah dibibir mulut sahaja kerana masing-masing berebut jawatan hanya kerana mereka tahu dengan jawatan dalam Umno mereka boleh menjadi kaya raya. Maka tidak hairanlah kalau dahulu ada yang hanya bekerja sebagai Peon (Pembantu Pejabat), Kerani, Pembantu Am dan sebagainya tetapi selepas memegang jawatan dalam Umno mereka menjadi kaya raya malah boleh digelar jutawan. Itulah Umno yang ada pada hari ini. Siapa banyak duit dia akan dipilih sebagai pemimpin. Untuk menang jawatan AJK Bahagian pun ada membelanjakan ratusan ribu apatah lagi jika ingin menang Ketua Bahagia sudah tentu jumlahnya lebih besar dari itu. Malangnya Umno tidak melihat rasuah politik ini menyalahi agama dan undang-undang. Sebab itulah tidak ada seorang pun yang disabitkan di mahkamah hanya dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin parti sahaja. Beberapa orang yang pernah dikenakan tindakan termasuklah Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain.
Kepada ahli-ahli Umno sedarlah bahawa Umno Baru yang ada pada hari ini adalah Umno palsu yang jauh menyimpang dari perjuangan asal. Mari sama-sama kita kembali kepada Islam demi agama, bangsa dan negara. PAS ITU SEMUA sedia menerima sesiapa sahaja untuk bersama-sama membebaskan manusia dari perhambaan kepada manusia dan harta dunia kepada perhambaan kepada Allah.