BAGI mereka yang tidak mengetahui seluk beluk dunia penyiaran tentu akan mempercayai dengan apa saja yang dihidangkan oleh media massa. Mereka akan percaya bulat-bulat apa yang disiarkan. Akan menelan terus yang dipersembahnkan itu macam telan biji selasih.
Ada setengahnya yang menjadikan akhbar tertentu sebagai hadith sahih dalam merujuk tentang sesuatu pekara. Mereka akan mempercayai apa saja yang didedahkan meskipun akal mereka meraguinya.
Keretan akhbar yang diterakan di atas (foto) adalah sebuah berita mengenai demontrasi menentang Israel semalam. Tajuk berita ini ialah ialah "Ribuan sertai demonstrasi" dengan memaparkan gambar ketua Pemuda Umno yang tidak dilantik menjadi menteri, Khairy Jamaluddin sedang berucap mengecam Israel.
Dalam gambar ini juga tertera dua kain pemindang yang menetang Israel. Di penjuru kain pemindang ini dicatat perkataan Pemuda BN dan logo Umno - keris lucah! (Kenapa saya kata keris lucah kerana ia tidak bersarung, keris telanjang).
Memang perarakan raksasa semalam yang diketuai Anwar Ibrahim, Nasharuddin Mat Isa, Lim Kit Siang dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat mencapai jumlah puluhan ribu. Rata-rata media mencatatkan angka 10,000. Jadi yang mrndapat sambutan ialah pihak Pakatan Rakyat bukannya pihak Pemuda BN. Mungkin anda boleh membilang sendiri berapa jumlah yang mengeliling Khairy.
Bagaiman pun di sini bukan soal kita mahu merebut siapa menjadi hero dan juara dan pihak mana yang ramai. Biarlah berapa angka yang hadir menunjuk perasaan menentang binatang Israel, tidak kisah. Seorang pun jadi. Tetapi apa yang hendak dipaparkan bagaimana sifat munafik akhbar ini dalam melaporkan berita, memberi kelebihan kepada satu pihak dan menyembunyikan fakta di pihak lain. Bukankan cara akhbar ini menyembunyikan fakta?
Jadi bila kita bercakap soal integriti, soal profesional dan etika kewartawanan ianya sungguh memalukan.
Saya rasanya UBN yang didokong akhbar ini tidak untung sangat kalau mereka eksploitkan laporan itu dengan menumpang kehebatan himpunan pihak lain. Kepada orang ramai bukan soal angka tetapi soal komitmen terhadap Gaza. Itu yang penting.
Namun inilah hakikat dan realiti kita kalau terlalu politiking tidak kira masa dan keadaan. Barangkali ada kebenarannya seruan Najib Razak ketika meletak batu asas bangunan baru akhbar berkenaan supaya, akhbar itu bersikap rasional dan tidak mementingkan soal sensasi. Apabila akhbar berkenaan lebih mementingkan itu maka matlamat perjuangan asal akhbar itu sudah tidak bererti lagi. [wm.kl. 11:00 am 05/06/10]