Justeru beliau menggesa kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuang agenda bumiputera di dalam pelaksanaan MBE memandangkan kedudukan golongan itu di dalam pelbagai sektor masih belum berjaya sepenuhnya. ''Tidak dinafikan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudian diikuti Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) dilaksanakan kedudukan golongan bumiputera ada menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun secara realitinya agenda bumiputera masih tidak kesampaian. Baik dari segi pemilikan ekuiti, jurang pendapatan dan penyertaan pekerjaan".
''Tidak ada bukti yang menunjukkan pelaksanaan DEB yang bermula pada tahun 1970 telah menyebabkan ekonomi negara kita tidak berkembang. ''Sebaliknya dasar tersebut berjaya menstabilkan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu mengapa ada pihak yang terlalu resah dengan pelaksanaan dasar ekonomi yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera sedangkan ia tidak pernah menjejaskan perkembangan ekonomi negara".