Apa kata TPM Muhyiddin di Sibu hari ini 10 Mei 2010 – Keseluruhan program tebatan banjir di Sibu mungkin menelan kos lebih RM1 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya. Beliau berkata, berikutan jumlah kos yang tinggi itu, ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan mungkin dilanjutkan sehingga melampaui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu RMK-11.
Apa janji TPM Muhyiddin hari ini 10 Mei 2010, “Tetapi saya mahu berikan jaminan bahawa kerajaan BN sedar mengenai masalah bencana alam ini dan telah menyediakan peruntukan lebih RM300 juta bagi pelaksanaan fasa pertama (program tebatan banjir) dan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.
Kenapa TPM Muhyiddin tabur RM1 billion di Sibu pada hari ini?
1. Membuktikan kegagalan Ahli Parlimen BN selama memerintah Sibu selama 50 tahun . Sudah 5 dekad tapi masalah banjir tidak di atasi dan khabarnya masalah ini dipandang remeh oleh MP BN sebelum ini.
2. Untuk mengumpan serta menarik undi pengundi kaum Cina di Parlimen Sibu yang dikatakan lebih 70% memihak kepada DAP dan PR.
3. Untuk meneruskan agenda pembohongan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia. Janji di Bagan Pinang masih tidak ditunaikan? Janji di Manek Urai hanya mimpi? Janji di Hulu Selangor apa dah jadi?
4. Untuk menguji pengundi si Sibu sama ada mereka cerdik atau bodoh. Jika cerdik seperti pengundi di Hulu Selangor, undi PR maka SRJK(C) Hulu Selangor dapat RM3 juta, maka pengundi di Sibu juga cerdik, undilah calon DAP maka anda akan tetap dapat RM1 billion.
Kesimpulannya, TPM meneruskan agenda taburan duit kerana janji projek dengan nilaian duit bukanlah rasuah mengikut apa yang dikatakan oleh SPR yang dilantik kerajaan 1Malaysia. Jika di Hulu Selangor anggaran taburan sebanyak RM400 juta, di Sibu RM1 billion lebih, tetapi percayalah di DUN Kerdau jika ditakdirkan diadakan pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini maka percayalah tidak sampai RM1 juta akan ditaburkan sebab di sana majoriti Melayu sehingga mencecah 89% yang dipenuhi melayu Felda. Paling kuat pun yang datang hanyalah agensi kerajaan seperti Felda, JAKIM, MARA, RISDA yang akan menabur projek.
Jika mentaliti melayu masih ditakuk lama maka sedikitlah habuannya. Tetapi jika sudah ada kesedaran untuk menjadi Melayu yang cerdik maka undilah calon PR kerana pasti TPM Muhyiddin akan membawa berguni-guni duit 1Malaysia ke sana kelak. Maka yang cerdik dan untung kaum Cina dan yang rugi ialah kaum Melayu. Inilah propaganda UMNO untuk mengemis undi kaum Cina ibarat kata pepatah “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.
Putera Melaka.