Ahad, 9 Mei 2010

Wartawan Perlu Semak Ketepatan Fakta

Oleh Frederick Luccas

KUALA LUMPUR 9 Mei - Pengamal media mesti berani melaporkan sebarang salahguna kuasa dan penyelewengan membabitkan pentadbiran kerajaan tanpa rasa takut atau khuatir terhadap tindakan undang-undang selagi maklumat yang disampaikan adalah benar dan tepat.

Wartawan juga perlu melaporkan secara jelas dan berlandaskan fakta bagi mengelakkan daripada di saman pihak yang berbabit.

Nasihat ini diluahkan oleh pegawai perhubungan SUNTV Indonesia, Insany Syahbarwaty dalam dalam dialog antara bbeerapa organisasi media dan tokoh kewartawanan dari Asia Tenggara anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) di sini semalam.

Dialog tersebut berusaha memberi pendedahan mengenai realiti kebebasan media di rantau ini manakala CIJ membenbtangkan hasil kaji selidik badan itu mengenai laporan kebebasan berekspresi di Malaysia untuk tahun 2009.

Menyentuh mengenai media Indonesia, Insany yang juga wartawan terkenal berkata senario kebebasan berekspresi di Indonesia amat jauh berbeza dibandingkan dengan Malaysia.

"Jika di sana, saya berani melapor dan menyiasat perkara yang berkaitan dengan isu yang saya laporkan, tetapi saya masih tidak berani menyentuh perkara yang berkaitan dengan perjalanan agama.

"Kami telah menyaksikan perbalahan agama yang pahit dan tidak akan menjadi punca perbalahan sebegitu untuk berlaku semula", kata beliau yang mengetuai Pusat Media Maluku (MMC).

Tambah Insany, wartawan perlu membuat kajian sebelum melaporkan mengenai sesuaitu isu penting.

Ini termasuk semakan latar belakang isu yang ingin dilaporkan, mengesahkan maklumat yang diterima adalah tepat serta tidak membuat andaian ke atas apa-apa fakta yang diterima.

Ini kerana rakyat akan mempercayai apa yang dilaporkan, maka tanggungjawab mengesahkan fakta terletak pada wartawan itu sendiri.

Sehubungan itu, Pengarah Negara Persekutuan Akhbar Asia Tenggara (SEAPA), Prangtip Daoreung berkata wartawan perlulah melaporkan isu seperti seadanya dan bukannya menyoal dan menyiasat kesahihan sesuatu perkara.

"Keberanian dicari dan dibincangkan oleh ahli falsafah, bukan kita. Kita melaporkan isu semasa ia berlaku, dan apa yang sebenarnya berlaku. Ini penting kerana pencarian kebenaran mutlak bermula dengan laporan wartawan.

"Wartawan juga perlu belajar isu teknikal yang mungkin timbul dalam isu yang dilaporkan agar intepretasi laporan menjadi lebih tepat dan meyakinkan", tambah beliau yang pernah memenangi Anugerah Sigma Delta Chi 2007 untuk Kewartawanan Penyiasatan.

Kata Prantip lagi, kaedah mengikut jejak aliran dokumen atau jejak aliran wang tidak dapat digunakan untuk kesemua negara kerana had kuasa dan undang-undang adalah berlainan, maka wartawan perlu mencari kaedah lain apabila menyiasat sesuatu perkara.
Related Posts with Thumbnails