
"Isu ini mungkin berpunca daripada tindakan dua bekas pekerja NFC yang belot dan cuba sabotaj syarikat.

Mohammad Salleh berkata NFC telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Ditanya, mengenai desakan supaya isterinya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang juga menteri pembangunan wanita, meletak jawatan, Mohammed berkata beliau tidak berhak untuk komen.
“Ia melibatkan isteri sya dan perdana menteri serta timbalan perdana menteri. Apa-apa pun keputusan Shahrizat, saya akan sokong 100 peratus,” katanya.
Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli sekadar tergelak mendengar perkembangan terbaru isu projek ternakan lembu itu. Beliau bagaimanapun engan mendedahkan sama ada kedua-dua individu berkenaan yang disiasat pihak polis itu adalah sumber maklumat PKR.
"Saya tidak akan mengesahkan atau menafikan (sumber) yang bekalkan maklumat itu... ini akan membahayakan pemberi maklumat itu," katanya.

"Pihak polis sebaliknya harus memberi tumpuan kepada laporan berhubung (pembelian) kondominium itu, bukan menghambar pemberi maklumat itu," katanya kepada Malaysiakini.