Rabu, 9 Februari 2011

Bot Peronda RM 1 bilion Sebuah. Sedangkan boleh dapat Lagi Murah


Kerajaan Malaysia telah mengumumkan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion untuk membeli 6 buah bot peronda (patrol boat). Harga Rm1 bilion untuk sebuah bot adalah sangat tinggi. Amerika Syarikat dan England boleh membekalkan bot yang sama dengan harga di antara RM 100 juta hingga RM 150 juta ringgit sahaja. 6 buah bot tidak sampai pun harga RM 1 bilion. Bagaimana kerajaan boleh memperuntukkan RM 6 bilion untuk 6 buah bot, apabila Amerika dan England hanya memerlukan RM 1 bilion sahaja untuk 6 buah bot?.

Dan sekiranya kita tidak mahukan bot yang begitu canggih, bot yang berharga RM 100 juta sebuah pun memadai. Ini bermakna dengan harga RM 1 bilion kerajaan Malaysia sudah boleh dapat 10 buah bot peronda.

Ini mengingatkan saya kepada tahun 70an dimana budget untuk tentera disalah guna. Selepas siasatan dibuat didapati yang harga untuk sebungkus Mee Maggi adalah 10 kali ganda sehingga 20 kali ganda berbanding daripada harga di pasaraya biasa. Dalam erti kata lain, jika tentera pergi ke pasaraya untuk beli Mee Maggi adalah lebih murah daripada harga di dalam kontrak. Dan harga di pasaraya kebiasaannya adalah lebih tinggi dari harga kontrak, sepatutnya!.

Kita lihat krisis di Mesir. Mubarak dikatakan telah mengumpul hartanya sebanyak RM 70 bilion. Dan RM 70 bilion ini diperolehi melalui kontrak-kontrak. Terutama sekali kontrak pertahanan. Di mana-mana sahaja diktator-diktator seluruh dunia sekiranya kita kaji kekayaan mereka semuanya berbilion-bilion, atau berpuluh-puluh bilion dan kesemuanya kerana kontrak pertahanan. Melalui kontrak pertahanan inilah menteri-menteri, perdana menteri dan presiden mencari kekayaan. Olah kerana banyak dari kontrak ini tidak di tender, dan hanya melalui rundingan terus maka harganya tidak terkawal.

Negara-negara jiran kita seperti Filipina dan Brunei juga ada membeli bot peronda. Mereka membeli bot peronda dengan harga RM 100 juta sehingga RM 150 juta sahaja. Dan mereka mengeluarkan satu tender terbuka, sesiapa sahaja boleh memasuki tender tersebut. Mereka akan memilih mengikut harga yang termurah dan memenuhi spesifikasi tender tersebut. Jika spesifikasi yang ditetapkan dipatuhi, dan harganya lebih berpatutan, mereka boleh dapat tender tersebut.

Kenapa Malaysia tiada tender terbuka untuk membeli peralatan tentera?. Apa sebab Malaysia hanya memberikan tender pertahanan kepada seusatu syarikat?. Dimana syarikat tersebut pada masa yang lepas juga telah diberi kontrak tetapi gagal untuk membekalkannya selepas bayaran dibuat. Mereka dibayar duit tetapi gagal untuk membekalkan peralatan tentera. Syarikat-syarikat ini mempunyai track record yang buruk, dan kerajaan Malaysia bagi lagi tender-tender yang besar. Adakah ini cara kita untuk menyelamatkan syarikat tersebut yang mempunyai masalah?. Ini menjadi satu persoalan.


Sumber : malaysia-today
Related Posts with Thumbnails