Sabtu, 14 Ogos 2010

Mekah Miliki Menara Jam Terbesar Dunia


Menara jam terbesar di dunia akan berada di kota suci Mekah. Pemerintah Arab Saudi merancang jam itu akan bergerak pada awal Ramadhan.

Projek yang direka oleh jurutera Jerman dan Switzerland setinggi 601m, 6 kali lebih tinggi dari menara jam tersohor Big Ben London . Melalui menara ini juga, penduduk Mekah akan dapat melihat pemandangan kota Mekah sejauh 7 km.

Seni bangunan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Islam. Khususnya rekaan jam dapat dilihat pada keempat-empat sudut. Nama Allah akan tertulis pada setiap sudut jam tersebut. Menara ini adalah sebahagian daripada hotel Abraj Al-Bait dan kompleks perumahan di Kota Mekah.



Sumber: Saudi Press Agency
Related Posts with Thumbnails