Isnin, 20 Februari 2012

Video Bogel Melia Aimiellia Cetus Konterversi


Credit : OHBULAN
 
Sebenarnya ZoOM dah lama membaca kisah pelakon baru bernama Melia Aimiellia ni dalam blog OHBULAN dan Rotikaya, namun disebabkan hanya menunggu dan membaca kisah panas gadis ini serta ingin mengetahui kebenaran.

ZoOM melarang jari-jari ini untuk menaip,namun setiap kali berita terpampang didada akhbar online atau bercetak, acap kali jari ini ingin menekan "Keyboard". Akhirnya kali ini ZOoM turut terpalit kesan gambar dan video panas yang semakin hangat diperkatakan.

Hari ini sekali lagi cerita video melia Aimiellia terpampang diakhbar online, gadis ini tampil dengan jawap ini :

Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.

“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Melia berkata dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

“Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.

“Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.

“Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia menganggap penyebaran video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini.

“Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari,” katanya yang menjalani kehidupan seperti biasa sejak dilanda kontroversi itu.
 ZoOM  rasa dah ramai sangat artis yang menidakkan perkara yang mereka lakukan, walaupun mereka tahu setiap inci perlakuan mereka akan diperhatikan dan dibualkan, namun ia tidak memberi kesan kepada mereka yang hanya tahu "GLAMOUR" dan taksub dengan dunianya.

Acap kali kedengaran gossip panas mengenai gambar dan video, dan acap kali juga amaran dan maklumat yang disalurkan bagi menjaga adab ketika berada diluar sana ataupun menyimpan sumber yang boleh mengakibatkan fitnah dan menyusahkan diri sendiri dikemudia hari.
Related Posts with Thumbnails