KUALA LUMPUR 10 April: Lebih 400,000
pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu menentukan nasib 35 sama
ada dikuasai Pakatan Rakyat atau BN kembali memperoleh dua pertiga
majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air.
Penganalisis
pilihan raya, Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi
Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100
ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini
akan “menjadi 400,000 pengundi meragukan”, lapor The Malaysian Insider.
Menurut
Ong, perkara itu “hanyalah sebahagian masalah kecil” daripada pelbagai
masalah lain yang belum dapat dikenal pasti kebanyakan pihak dengan
jumlah pengundi sebanyak 12 juta.
“Sekiranya
dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800
pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi,” katanya merujuk
kepada kerusi yang memperoleh kemenangan tipis.
“Sekiranya
sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR,
atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti,” katanya.
Kerajaan
BN hanya memperoleh 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga
majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan
Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu.
Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga.
Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan – pengundi
berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan
(IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara,
pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos
dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan
polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera
melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang
melebihi had umur rekrut.
Namun
begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu
pengundi didaftarkan di alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC
yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ong
turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di
Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak
pernah berjanji akan menawan kembali dengan “apa cara sekalipun”.
Tambahnya,
daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di
Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus
kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar
nasional sebanyak 16.3 peratus.
Beliau
menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000
pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008.
Kredibiliti
daftar pengundi seringkali dipersoalkan sejak Jawatankuasa Khas Piihan
Parlimen (PSC) dibentuk pada tahun lepas bagi menambah baik sistem
pilihan raya.
Panel
itu menyiapkan laporan dalam tempoh enam bulan dan menyerahkan laporan
lengkap tersebut kepada Parlimen minggu lepas, namun Pakatan dan
pertubuhan awam telah mengkritik berikutan terdapatnya kekurangan
cadangan bagaimana ia akan membersihkan daftar pengundi.
Pemerhati
pilihan raya Bersih kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perhimpunan
ketiganya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April.
Perdana
Menteri Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa dwipartisan pada
Ogos 2011, selepas dikritik hebat berkenaan pentadbirannya menguruskan
perhimpuanan Bersih pada 9 Julai yang menyaksikan ribuan rakyat
mengadakan protes jalanan.