Rabu, 7 Mac 2012

Umnobn Punca Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor rugi RM20Juta

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor rugi RM20Juta kerana 12,000 Ekar tanah miliknya dijual murah...Jangan panik buat penyokong PR kerana semuanya berlaku semasa pentadbiran Kerajaan Negeri yang ditadbir UMNO/BN pada tahun 2007.. ...


Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Exco Pertanian negeri Selangor hari ini mendakwa penjualan 12,000 ekar tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Miri dengan harga murah lima tahun lalu telah mengakibatkan kerugian RM20 juta.


YB Yaakob Sapari berkata, ladang tersebut dijual dengan harga murah RM8,082 seekar ketika Umno mentadbir Selangor pada 2007.

"Keputusan itu adalah keputusan yang silap dan saya mengesyaki ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan dengan perkara ini," kata Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik.

***********************************************

KENYATAAN MEDIA

Oleh Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian,
Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.
6 Mac 2012 / 13 Rabiul awwal 1433h

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
RUGI 20 JUTA ANGGARAN PENDAPATAN SETAHUN

PKPS rugi 20 juta anggaran pendapatan setahun ekoran penjualan ladang seluas 12,000 ekar di Miri, Sarawak. Ladang tersebut telah dijual dengan harga yang murah iaitu RM8,082.00 seekar pada tahun 2007.

Keputusan itu adalah keputusan yang silap dan saya mengesyaki ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan dengan perkara ini. Kerajaan Negeri telah sedaya upaya untuk mempertahankan ladang ini dari terus dijual.

Kami telah merujuk kes ini di mahkamah, tetapi keputusan mahkamah telah memihak kepada pembeli kerana dokumen jual-beli telah ditandatangan PKPS oleh Kerajaan Negeri terdahulu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya menyalahkan Barisan Nasional kerana telah menjual ladang tersebut dengan harga yang murah.

Pengurusan PKPS yang baru telah mengambil inisiatif untuk pengurusan ladang seerti berikut :

1)Prestasi Ladang PKPS pada tahun 2011

PKPS mencatatkan peningkatan jualan sawit dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun pengeluaran buah sawit berkurang pada tahun 2011 kerana PKNS telah mengambil semula tanah mereka yang dipajak PKPS di Tanjung Malim Selangor.


2)Prestasi Keuntungan Operasi PKPS

Tahun 2010 adalah tahun pertama PKPS mula mencatatkan Keuntungan Operasi. Keuntungan PKPS pada tahun terdahulu adalah dari keuntungan jualan tanah.

Setelah mengambilkira lain-lain pendapatan, Perbelanjaan Ibu Pejabat,

Susutnilai dan Rosotnilai, Keuntungan Operasi PKPS adalah seperti berikut :-


PKPS juga telah melaksanakan penjimatan dalam perbelanjaan mengurus di antaranya seperti :

§ Kakitangan berlebihan di ibu pejabat ditempatkan di projek-projek.
§ Kakitangan diberi ”Multi Tasking”
§ Penyelenggaran Wisma PKPS diurus sendiri.
§ Pembelian bahan & bekalan pejabat dikurangkan.
§ Kenderaan berlebihan dilupuskan.
§ Mengamalkan perkongsian penggunaan alat-alat pejabat.
§ Mengawal penggunaan telefon, minyak kenderaan dan lain-lain .
§ Mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan bermasaalah.

Sumbangan PKPS kepada Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor

Sumbangan PKPS kepada Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor pada tahun 2011 adalah sebanyak RM2.29 Juta


4.Baki Pinjaman Kerajaan Negeri dan Bank .

Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Tingkat 14, Bangunan SSAAS,
Shah Alam.
Related Posts with Thumbnails