5 Mac 2012
Dalam satu kenyataan media, Luas berkata, air kurasan daripada tapak pelupusan sampah itu mencatatkan bacaan sebanyak 365 miligram per liter (ml/l) dan ia kemudian mengalir masuk ke Sungai Semenyih ketika hujan lebat.
“Ketika itu, LPA Sungai Semenyih dihentikan operasi sekitar jam 5.10 pagi selama dua jam disebabkan kandungan Ammonia yang tinggi sehingga 7 mg/l berbanding paras dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 1.5 mg/l.
“Luas telah memohon kerjasama kontraktor tapak pelupusan sampah berkenaan untuk membina semula ban bagi menutup laluan air kurasan ini dari mengalir keluar.
“Luas juga memohon kerjasama agensi berkaitan di Negeri Sembilan untuk menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah berkenaan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, LPA Sungai Selisek di Hulu Selangor juga dihentikan operasi, 24 Februari jam 6 pagi dan 25 Februari jam 7.30 pagi masing-masing selama enam serta lima jam, disebabkan kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Bernam.
Siasatan Luas dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendapati, banyak ikan mati di Sungai Bernam dan anak sungainya, Sungai Inki.
Punca pencemaran dikesan daripada Sungai Inki.