Jumaat, 18 Februari 2011

10 DNA ditemui pada Bukhari Azlan


 

Hari ini, perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dan pastinya hangat dengan pertanyaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin. Semalam, Seah yang merupakan doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel yang diklasifikasikan sebagai “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, “Lelaki Y” dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Selain itu, DNA Y  juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful. Dengan penemuan ini, lelaki misteri ini akan menjadi perhatian yang dinanti-nantikan untuk perkembangan perbicaraa ini.

Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila  digemparkan dengan pengakuan Dr.Seah bahawa sampel DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

Pada awal pagi tadi, pihak pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Namun, tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh yang mewakili defendan.

Karpal membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yang dijalankan Seah sebagai bukti. Ini adalah kerana alasan Karpal ialah carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

Ketika ditanya oleh Karpal, Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik. Karpal juga bertanya lebih lanjut mengenai spesimen yang diambil daripada anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Selain perisian Applied Biosystem Genetic Analysis, Seah berkata peralatan untuk melihat DNA digunakan untuk membuat analisis statistik.

Seah berkata, beliau mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan mempunyai sijil untuk mengendalikannya.

Seah bersetuju dengan Ram bahawa beliau tidak melakukan ujian kebarangkalian untuk swab B5.
Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Related Posts with Thumbnails