Rabu, 16 Februari 2011

Tiada Bukti Wujudnya Kemasukan Pada Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan


HarakahDaidy | Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan hari ini mengaku tidak menemui bukti wujudnya kemasukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguambela Karpal Singh dalam perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini, lapor TV Selangor.

Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful yang juga pengadu kes tersebut.

Beliau mengaku tidak mengisi borang pro-forma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.

Beliau juga turut mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

Menurut Khairul konklusi laporan pro-forma hanya dibuat berdasarkan laporan jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng.

Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.


Liwat 2: Terbukti Dakwaan Direka, Anwar mahu kes digugur

KeadilanDaily | Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah meliwat bekas pembantunya hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya.

Menurutnya, Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut kerana kesimpulan yang dibuat doktor pakar Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada berlaku liwat selepas meneliti laporan kimia.

“Seperti yang ditanya oleh Karpal kepada Dr Khairul, sewaktu mereka membuat keputusan akhir bahawa tiada bukti klinikal adanya penetrasi, ia dibuat selepas mengkaji laporan ahli kimia,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan peguamnya Karpal Singh yang menggesa Peguam Negara agar menggugurkan dakwaan itu secepat mungkin.

Anwar seterusnya mengingatkan Gani Patail supaya tidak membiarkan institusi perundangan negara ini terus diperalat seperti berlaku di Mesir, apabila mahkamah dikawal sesuka hati oleh bekas Presidennya, Hosni Mubarak.

“Jadi saya rasa apa yang Karpal cadangkan, Ghani perlu buat perkara yang betul. Jangan jadi seperti Mubarak yang mengawal kehakiman di negaranya,” kata Anwar.

Kesemua bukti perbicaraan setakat ini, kata Anwar mengesahkan bahawa tuduhan ke atas beliau merupakan satu rekayasa semata-mata.

“Ia terdapat dalam laporan proforma, disahkan lagi sekali oleh Dr Khairul, bahawa tidak ada asas untuk dakwaan walaupun pendakwa masih cuba membuat dakwaan. Dari awal perbicaraan lagi kita sudah katakan ia dakwaan yang direka-reka,” kata Anwar.
Related Posts with Thumbnails