Khamis, 22 September 2011

Gerak: Umno Lahanat Tak Bagi Guna Stadium

13 tahun lalu, saya diarahkan oleh Hj Mahfuz Omar yang menjadi Ketua Sekretariat Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) untuk menempah Stadium Bukit Jalil untuk diadakan majlis Pelancaran Gerak Peringkat Nasional.
 
Setelah Salahuddin Ayub menandatangani cek RM5000 sebagai deposit, saya terus ke Staduim Bukit Jalil bersama saudara Fazli Abd Ghani, yang sekarang menjaga arkib PAS - dia sudah jadi pakar sejarah PAS. Pengurus Perbadanan Stadium Merdeka yang menguruskan stadium itu ialah seorang pelakon drama kegemaran ramai - OPAH- Abu Bakar Kasim. 

Sewaktu saya tiba, Ziana Zain sedang berlatih menyanyi kerana akan diadakan konsert pada malam berikutnya di stadium itu. Kelihatan ramai pekerja sedang mengemaskan stadium kerana malam sebelumnya berlangsung jamuan untuk petugas Sukan Komenwel. Kata Abu Bakar, petugas pembekal makanan itu bekerja sejak malam tadi kerana banyak makanan tak habis. Tempahan untuk 50 ribu, yang datang hanya sekitar 20 ribu. Kontena yang berbaris di luar itu membawa sisa makanan yang tak diberitahu kemana hendak dibuang.

Setelah selesai membawar deposit tempahan atas nama Mahfuz Omar dan saya sebagai penjamin, saya beredar ke Balai Polis Cheras untuk memohon permit himpunan. Ketua Polis Cheras waktu itu ialah ACP Bakri Zinin, Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman sekarang.

Selesai di IPD Cheras, saya ke Harakah untuk memaklumkan supaya wartawan menulis berita tentang hal itu kerana inilah kali perama program parti pembangkang akan diadakan dalam stadium. Tempahan dengan pengurusan stadium dan permit polis sudah di pohon. Semuaya beres, menunggu masa untuk berlaku.

Jika tidak salah ingatan saya, majlis akan berlangsung pada 21 Oktober 1998 (nanti saya betulkan jika tersilap). Masih ada lebih kurang satu minggu untuk membuat persiapan. Poskad khas yang direka semalaman, yang ditujukan kepada Perdana Menteri telah dihantar untuk dicetak sebanyak 100,000 keping. Saudara Azmi unit amal yang mengurus cetakan. Sementara itu tandatangan sokongan kepada Gerak yang diiklankan di Harakah masuk melalui mesin fax tak putus-putus. Sejuta tandatangan yang disasarkan akan di'hadiahkan' kepada PM.

Malam itu saya tidur lena selepas membayangkan betapa meriahnya stadium itu nanti dengan pimpinan dan penyokong Gerak yang akan hadir. Tentu ramai! Orang tengah marahkan Tun Mahadhir keranan memecat Anwar Ibrahim. gerak diketuai oleh Almarhum Presiden PAS, Dato' Hj Fadzil Noor.
Jam 9 pagi esoknya, Abu Bakar Kasim tercegat di depan tangga pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, Taman Melewar. Saya nak jumpa Mahfuz Omar atau Sanusi Md Nor, katanya. Sayapun turun ke bawah bila dipanggil seorang teman. Maaf Encik Sanusi, saya terpaksa pulangkan duit deposit tempahan Stadium semalam atas arahan 'orang atas' .... Maaflah cik Sanusi! Saya tak boleh buat apa-apa... Ini cek encik semalam. Seperkara lagi....dan saya dimaklumkan permit polis pun tak akan dikeluarkan! Katanya ringkas dan meminta diri. 

Petang itu saya dipanggil ke IPD Cheras, disoal macam orang salah kerana memohon permit himpunan pelancaran Gerak oleh SB berpangkat inspektor dari Kelantan. Lepas makan lepat pisang dan teh tarik, saya dan Fazli Ghani balik....pening. Perjuangan tetap akan diteruskan. Inilah kisah pembangkang memohon guna stadium di zaman BN jadi Kerajaan. Ziana Zain boleh buat konsert, sukarelawan Komenwel boleh makan-makan... Kita tak boleh! 

Akhirnya waktu pelancaran Gerak tiba juga. Berlaku di Taman Melewar yang mencatat sejarah dalam gerakan politik di Malaysia. Setiap inci bumi taman melewar penuh sesak, jem sampai ke Greenwood hingga ke Setapak. Saya tak dapat ke mana- mana, terperap dalam bilik..tangga pun dipenuhi manusia.
Menjelang jam 10, dicelah-celah orang ramai, 4 anggota polis berpangkat tinggi mencelah di celah ratusan ribu manusia mara ke pentas untuk menghentikan program. Dalam berhimpit-himpit, orang memberi laluan...disiplin dan rasa hormat kepada mereka sebagai penjawat awam membawa mereka ke pentas bertemu Cikgu Mustafa Ali (Cikgu Pa) yang menjadi Bendahari PAS waktu itu, dia bertanggungjawab ke atas premis markaz PAS itu. 

Masa itu, kesedaran hak orang awam bila berdepan dengan polis belum seperti sekarang. Tak ramai yang tahu berhimpun dalam premis sendiri tak perlukan permit polis. Sekejap saja berhadapan Cikgu Pa mereka pun beredar dengan aman tanpa gangguan program diteruskan. Selepas itu Cikgu Pa membuat pengumuman...Kata Cikgu Pa, polis minta bercakap di mikrofon untuk minta orang amai beredar, perhimpunan ini tiada permit...tapi saya tidak izinkan kerana saya bimbang mereka tidak dapat keluar seperti mana mereka masuk tadi! Orang ramai bertakbir Allahu akbar!!! Tanpa disuruh...
Derma malam itu juga catat sejarah. Kali pertama saya dan 6 sekretariat Gerak mengira wang derma sampai pagi. Wang kertas saja RM67 ribu, duit syiling pakai timbang kilo. 

Sehingga Gerak dilancar ke seluruh negara dan menjalankan berbagai- bagai aktiviti dan roadshow, wang itulah digunakan...itulah titik mula perubahan lanskap politik negara kita sejak Merdeka... Kepimpinan Dato' Hj Fadzil Noor adalah arkiteknya... Bertuahnya kita kerana pernah 'memilikinya..bertuah juga diri saya kerana turut berpeluang terbabit biarpun hanya sepalit warna di atas 'karya besarnya'...'.

Selepas itu, palancaran Gerak di Negeri- negeri semuanya diganggu polis, hingga ada yang terpaksa di batalkan. Saya sempat ke Pahang, Johor dan Kedah... Di Kedah berlaku di Muassasah. Petugas yang ditugaskan mengedar poskad khas kepada PM memanggil saya ke mejanya... Abang ambik poskad ni bang...sain saja dan bagi duit 3 kupang esok saya tong poskan! Saya senyum saja!
Saya ungkit kisah ini untuk apa?? 

Kerana ini adalah satu sejarah! Ulangan sejarah ini sudah tiba. Baru 13 tahun, kita sudah berada semula di putarannya... Di waktu Ustaz Azizan mengetuai kerajaan Kedah Waktu ini, dia sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Darul Aman dengan baik hati dan berbudi tinggi memberikan keizinan kepada Barisa Nasional menggunakan Stadium Suka Menanti untuk menjalankan aktiviti mereka... Dato' Bashah mengucap terima kasih atas kebaikan itu di akhbar!

Ia berlaku dua hari lalu. Inilah contoh kepimpinan PAS yang mengetuai Pakatan Rakyat... Bakal memimpin negara yang tercinta ini nanti.... Ada orang kata : PAS dengan UMNO-BN dengan PR sama saja... Politik politik juga! 

Sama kah??? Mana mungkin! Kita sudah jauh berbeza walaupun dalam bab menggunakan stadium, apa lagi hal lain! Teras kita Islam... Amalan kita selari dengan demokrasi. BN yang mengurung demokrasi hanya untuk kelompok sempit mereka sudah ditolak... Dan akan terus ditolak...tunggulah masanya! Mereka tiada upaya untuk bangkit lagi dengan tolakan itu...

Yang terlebih baik dari itu...PAS mengadakan Majlisnya di kompleks sendiri di Batu 9... Kemaihhh!
Muhammad Sanusi Md Nor
Related Posts with Thumbnails