"Sekiranya   beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan   saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR   matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.
Tolak anasir ekstrim
"Sesungguhnya   PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim   PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan   timbalan presiden PKR.
Semalam, Ketua Wira PERKASA,  Arman Azha  Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR  menolak Azmin  sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan  sokongan mereka  kepada Mustaffa.
Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan),   Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak   berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum   PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya harap semua  anggota PKR  memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden.  Beliau daripada  ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada  agenda Islam," kata  Arman Azha.
Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.
Dalam   persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan   salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan   Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.
Bercakap dalam sidang   media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika   sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima   kasih."Saya   nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih,"  katanya  sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong  NGO  Melayu itu.
Katanya, walaupun menyokong membahaskan  perkara  berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi  pendekatan  chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.
Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.
"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".
Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.



