Khamis, 29 April 2010

Orang Umno Sungai Buaya dapat apa?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa yang muridnya seramai 330 orang sahaja.

Cina di bandar Bukit Beruntung dan kawasan sekitar mendapat sebuah sekolah kebangsaan Cina dengan peruntukan RM6 juta daripada kerajaan pusat.

Dan khabarnya 16 Pesakit buah pinggang Cina turut mendapat 4 mesin cuci darah ...Ha! Ha!Ha! Ha! Kita semua tumpang serononk tengok MIC menang di Hulu Selangor!

Apa orang Melayu di Sungai Buaya dapat selain beras , kain batik dan duit RM 1,000 tunai dan RM 49,000 dalam bentuk draf!?? Ha! ha! ha! 16 tahun lebih hancing kena kencing sampai kini!

Peneroka Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor pernah dijanjikan akan mendapat kira-kira RM1.2 juta seorang kerana menjual ladang mereka kepada syarikat pemaju pada penghujung tahun 1994. Mereka seramai 363 peneroka menjual tanah itu kepada Syarikat Murnia Jaya Development Berhad setelah diarahkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor ketika itu.

Bagaimanapun, ramai daripada mereka telah meninggal dunia. Kini hanya tinggal 57 orang lagi dan mereka pula ada yang uzur kerana lanjut usia.

Murnia Jaya dikatakan gagal mematuhi segala perjanjian pembayaran apabila hanya melunaskan sejumlah kecil dari harga yang sepatutnya. Baca lagi di sini

Peneroka dijanjikan untuk mendapat (pampasan) keluasan tanah 8 hektar yang dijual dengan harga lebih kurang 1.2 juta apabila kawasan mereka kononnya nak dimajukan untuk menjadi Bandar Baru Sungai Buaya.

Sampai hari ini, mereka yang bertanggungjawab menipu dan menindas peneroka Felda Sungai Buaya masih belum membayar pampasan kepada penduduk Sungai Buaya, bakinya masih ada lagi RM853,000 setiap seorang; daripada jumlah RM1.2 juta dan mereka telah menanti dengan derita, tangisan dan air mata lebih kurang 16 tahun lamanya.

Muhyiddin Yassin datang ke Sungai Buaya berlagak seperti 'Santa Claus' menjanjikan bahawa kerajaan pusat akan menangani isu Felda Sungai Buaya, sedangkan dia sendiri terlibat dengan apa yang telah berlaku kepada peneroka Felda Cahaya baru ketika dia menjadi Menteri Besar Johor.

Peneroka di Felda Cahaya Baru,setelah menunggu hampir 17 tahun hanya baru mendapat RM120,000 sahaja daripada jumlah RM1.3 juta.
Related Posts with Thumbnails