Khamis, 5 Januari 2012

Salam Unik Geng Kongsi Gelap

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang. 
 
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77. 
 
HMetro | Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.


Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.

P/S Apasal tak bongkar salam cangkok & salam naik ibu jari geng melayu 30. Rata-rata geng ni pun mengrekrut budak-budak sekolah dan remaja menganggur. Kalau yang mengrekrut tu abang long berperangai samseng dan kaki pukul, kaki judi, arak, kaki betina, kaki pub. Maka anak buah ini pun akan ikut rentak abang long jack ini.
Related Posts with Thumbnails