Kalau ikutkan kali terakhir kesatuan TNB berpiket adalah pada 1996. Dan sekarang ini, sekali lagi kesatuan dan persatuan terdiri daripada Kesatuan Pegawai-pegawai Rendah TNB, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB dan Persatuan Eksekutif TNB yang dianggotai sekitar 25,000 pekerja memberikan tempoh sehingga 24 Februari ini, kalau tidak mereka akan akan mengadakan piket :
Antara Isu Yang Menjadi Pertikaian & Desakan Kalangan Kesatuan TNB Menggesa
- Menggesa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh supaya berundur dan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyambung kontrak beliau, yang dijangka akan tamat Jun ini.
- Antara isu yang menjadi pertikaian ialah penyumberan keluar dan penswastaan perkhidmatan, pengambilan eksekutif baru tidak mematuhi Perjanjian Bersama (CA), pemangkuan sementara untuk kenaikan pangkat melebihi tujuh bulan seperti yang dimaktubkan dalam CA.
- Peletakan jawatan tertakluk kepada kelulusan Naib Presiden Sumber Manusia tanpa berunding dengan Persatuan Eksekutif TNB
- Pengagihan bonus muktamad tahun kewangan 2010/2011 ditolak dari bonus syarikat
Inilah tujuannya ada kesatuan, tugasnya untuk menjaga kebajikan pekerja bawahan. Dalam keadaan TNB sekarang yang kerap ditimpa kerugian, orang atas masih lagi menerima kesemua elaun yang disediakan daripada kereta, rumah, bil elektrik, ex-gratia, manakala orang bawah?
Bagi kami berpiket tiada salahnya apatah lagi mereka sekarang berjuang berkenaan hak-hak yang sepatutnya mereka perolehi. Dan berpiket juga memang termaktub di dalam akta kesatuan.
Kesatuan ditubuhkan untuk melindungi hak pekerja daripada ditindas oleh pihak majikan
Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan seorang atau lebih pekerja, hadir berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan secara aman.
Sekarang ini kami dimaklumkan sedikit sebanyak masalah yang berlaku di dalam TNB itu sendiri iaitu :
- banyak aset TNB yang sudah dijual termasuklah rumah-rumah percutian untuk kakitangan TNB sudah banyak yang sudah dijual.
- tak cukup dengan itu, kesatuan TNB dilihat telah dihalang untuk turun berjumpa dengan “anak-anak buahnya”
- Jawatan kosong TNB sepatutnya banyak, tetapi malangnya TNB gagal mengisi kekosongan jawatan dek kerana persaraannya kakitangan sebelumnya yang mana bilangan kakitangan TNB tidak selari dengan pengingkatan pengguna
- Banyak kerja yang sepatutnya kalangan kakitangan TNB yang lakukannya, tetapi akhirnya dikontrakkan dan diambilalih oleh kalangan kontraktor
- Pelaksanaan bacaan secara By Monthly Reading yang diperkenalkan oleh pengurusan Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Nor dilihat membebankan pengguna. Sepatutnya dah elok-elok bacaan meter dilakukan setiap bulan, tetapi ditukarkan secara berselang seli dengan bil anggaran yang dihantar melalui Syarikat Pos Malaysia.
Termasuk juga pembatalan usahasama pemilikan lombong arang batu di Indonesia turut menjejaskan prestasi TNB ketika ini :
- TNB pernah memegang 92.5% dari TNB Coal International Limited yang mempunyai hak perlombongan arangbatu di Kalimantan, Indonesia.
- Setakat Februari 2009, TNB menggunakan 15.7% arangbatu untuk menjana tenaga dan terpaksa membayar pada harga pasaran yang tinggi bila kenaikan harga arangbatu yang berlaku sekarang.
- Kesan dari penjualan lombong arangbatu di Kalimantan, Indonesia pada tahun 2006 juga telah menyebabkan TNB mengalami kerugian yang banyak dari segi perniagaan, tiada sesiapapun dari pihak pengurusan tertinggi yang mengambil tanggungjawab terhadap kerugian tersebut.
- Mengambilkira kenaikan harga pasaran arangbatu semasa, maka jumlah kerugian yang ditanggung oleh TNB dengan menggunakan gas kini berlipat ganda kepada RM300 – 350 juta setiap bulan.
Masih ingat kebakaran pelantar gas Bekok C yang menyebabkan bekalan gas TNB terjejas teruk? Krisis kekurangan bekalan gas telah berlarutan dari bulan Januari 2011 hingga awal tahun 2012. Akhirnya TNB terus mengalami kerugian berbilion ringgit. Yang lebih dikesalkan adalah pengurusan TNB di bawah kepimpinan CEO TNB yang menerima gaji RM600,000 setiap bulan iaitu Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Nor dilihat tidak cekap dalam
- pengurusan bahan api
- dan telah gagal menyediakan plan tindakan jangkamasa panjang dan jangkamasa pendek yang sesuai bagi mengatasi masalah kekurangan gas.
Dalam keadaan yang sebegini, adalah kalangan pelabur akan “berdiam diri”. Akhirnya nanti jika TNB tidak melakukan tindakan yang drastik bukan sahaja kalangan kakitangan TNB yang akan menerima masalah, tetapi rakyat juga turut sama akan sama-sama “menangggung kos peningkatan bahan api dan kehilangan keyakinan pelabur” dengan cara menaikkan tarif elektrik.
Mungkin kalangan anda di sini yang merupakan kakitangan TNB, boleh berkongsi situasi sebenarnya yang berlaku sekarang ini kepada TNB ?