Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Dah lama MK tak menulis di ruangan ini. Bila ADUN Bakaq Bata pi Mekah MK pun relax banyak sebab tak nampak dia. Bila Haji Mat Bashah tu balik, baru MK nampak UMNO sebab pemimpin UMNO yang banyak buat spoil terhadap UMNO di Kedah ni ialah beliau sendiri.
Baru-baru ni tanpa usul periksa dan tanpa mengetahui apa yang sebenar berlaku Mat Bashah hentam tindakan (kononnya) kerajaan negeri mahu roboh surau Salihiah Kancut.
Tiga hari berlangsung Sidang DUN Kedah baru-baru ini tidak ada seorang pun ADUN BN yang bangkitkan isu tersebut sama ada dalam soalan mahupun dalam perbahasan sedangkan semua ADUN diberi peluang berucap.
Begitu jugak sewaktu Exco dan MB menjelaskan secara terperinci isu surau tersebut, tidak ada sekerat pun ADUN BN yang bangun meminta penjelasan walhal MB TIDAK PERNAH tidak memberi laluan kepada ADUN pembangkang yang mahu penjelasan sewaktu beliau tengah berucap.
Sebab mereka semua faham bahawa surau itu di bawah MAIK sebagai pemegang amanah. Majlis fatwa yang dipengerusikan oleh Dato' Mufti telah bermuzakarah sampai la-ik (bahasa Kedah tua bermaksud, halus atau terperinci). MAIK dam majlis fatwa 100 kali lebih alim (berilmu) dari Mat Bashah. Mereka yang buat keputusan membenarkan istibdal yakni pindah wakaf yang tidak mengurangkan manfaat.
Mereka juga tahu bahawa MAIK dan Majlis Fatwa terletak di bawah Tuanku Sultan, kalau masih tak puas hati mereka kena pi mengadap komplen dekat tuanku bukan boleh bahas kat kali lima.
Ada beberapa fakta tak betul yang dimainkan oleh pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan surau, walhal surau pun depa jarang pijak. Pijak masjid pun mungkin setahun dua kali, raja posa dan raya haji.
1. Kononnya surau kat shopping complex tu adalah 'ganti wakaf'. Sebenarnya ia bukan ganti harta wakaf. Ganti wakaf diserahkan kepada MAIK RM1.48 juta, pi cari tanah wakaf baru dan buat binaan baru untuk manfaat orang Islam.
2. Kononnya surau dibuat pemaju dalam shopping complex, tak bebas jemaah nak buat aktiviti. Itupun tak betul, surau terletak tingkat bawah cuma attach dengan shopping complex. Ada syiar surau, ada kubah, boleh masuk dari luar. 24 jam boleh guna walaupun shopping complex tu tutup. Puak hak buat demo hari tu boleh buat aktiviti masa mana pun.. jangan dok lepak kat kedai kopi, karaoke atau kedai ekog saja.
3. Kononnya surau tu ada nilai sejarah berusia 100 tahun. Ni lagi bohong besar. Surau yang bernilai 100 tahun di atas tapak tu sudah diroboh tahun 2007 masa zaman BN. Masa depa roboh tu awat puak yang hari ni dok bantah senyap sepi tak kata apa pun? Bangunan yang ada tu baru dibina 2007.
4. Kononnya seluruh bangunan yang berusia 4 tahun itu adalah surau. Tak betul jugak, hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain jugak. Tidak ada kampung orang Islam di keliling kelalang surau tu. Hanya ada beberapa rumah dan mereka lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Jemaah hanya beberapa orang di surau waktu Zohor dan Asar. Waktu lain, pagar pun berkunci sebab bangunan tu disewa oleh Takaful Ikhlas. Bangunan tu lebih berfungsi sebagai pejabat Takaful Ikhlas dari sebuah madrasah.