Selasa, 29 Mac 2011

Arman Sah Letak Jawatan Dalam PERKASA





Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta setelah membayangkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepemimpinan badan itu.
Arman membayangkan peletakan jawatannya adalah kerana Perkasa dilihat gagal memperjuangkan asas-asas yang didokong oleh beliau.

"Saya meletakkan jawatan ini atas dasar prinsip, prinsip saya secara peribadi adalah prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air," kata beliau.

Beliau menolak desas-desus kononnya tindakan itu didorong oleh rasa keciwa kerana tidak memperolehi sebarang imbuhan menerusi Perkasa walaupun badan itu dikatakan didokong oleh Umno.

"Orang kata saya keluar dari Perkasa sebab tidak mendapat projek. Ini semua fitnah dan saya tidak pernah melobi apa-apa untuk mendapatkan projek sepanjang saya dalam Perkasa," tambah beliau.

Menurut Arman beliau mahu aktif dalam politik namun belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya ingin melangkah lebih jauh dalam memartabatkan prinsip saya, iaitu perjuangan dari segi politik kepartian, di mana saya akan lihat mana-mana parti politik yang membawa perjuangan agama bangsa dan negara."

Selain Arman Azha, Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.
Related Posts with Thumbnails