Isnin, 28 Februari 2011

JAIP Ambil Alih Masjid Sempena Pilihanraya Kerdau Untuk Ceramah Politik Umno



KERDAU 27 FEB : Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang 'mengambil alih secara sementara' kesemua 22 masjid di DUN Kerdau sebaik sahaja proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu disifatkan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan yang serius.

Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keghairahan Umno- Barisan Nasional memanipulasikan kuasa ditangan mereka memperlihatkan tindakan terdesak meneruskan kelangsungan politik mereka.

Malah apa yang lebih penting, tindakan Jabatan Agama Islam Pahang seolah- olah menunjukkan badan itu hilang keyakinan kepada Jawatankuasa Tadbir Masjid Daerah Kerdau.
"Jadi ini adalah penyalahgunaan jentera kerajaan yang melampau berlaku di DUN Kerdau,Jabatan agama juga hilang keyakinan terhadap kemampuan jawatakuasa tadbir masjid DUN Kerdau," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan jabatan agama itu juga telah mengheret pegawai-pegawai agama daerah untuk turut sama menjaga masjid di daerah Kerdau sepanjang kempen pilihanraya sekaligus meninggalkan amanah sedia ada yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

"Implikasi ini juga mengambarkan bahawa pegawai-pegawai agama daerah yang terpaksa meninggalkan tugas di daerah masing-masing untuk menjaga masjid, kita boleh bayangkan bagaimana pegawai agama daerah terpaksa meninggalkan tugas asasi untuk datang ke Kerdau untuk jaga satu masjid, perkara ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Menjawap persoalan yang sering dimainkan media arus perdana, parti politik menggunakan masjid sebagai medan berkempen, Tuan Ibrahim menjelaskan ianya tidak berlaku di dalam kawasan Kerdau dan berharap jabatan agama memberi kepercayaan penuh kepada Jawatankuasa Takbir Masjid yang dilantik ahli qariah.

"Dari maklumat yang kami terima, seorang pengurus terpaksa menjaga satu blok di kawasan felda, satu blok satu pengurus, ini bermaksa seorang pengurus yang sepatutnya menjaga satu felda, datang ke Kerdau dengan meninggalkan tugas asasi semata-mata untuk menjaga satu blok yang ada 20 buah rumah pengundi," katanya.
Related Posts with Thumbnails