Kegagalan Umno-Barisan Nasional mentadbir negeri Sabah sejak menyertai gagasan Malaysia 47 tahun lalu, telah menyebabkan rakyat negeri terkaya pada satu masa dahulu menjadi seperti pelarian yang merempat di bumi kelahiran mereka.
Ini kerana ketika Parti Bersatu Sabah (yang kini menjadi rakan kongsi BN) memerintah negeri itu sebagai pembangkang mereka telah menganiaya masyarakat Bumiputera-Islam dengan menghilangkan kad pengenalan mereka sehingga status mereka sebagai rakyat Sabah diragui.
"Siapa yang tidak kenal PBS dan apa yang mereka telah lakukan kepada umat Islam di Sabah. Ketika mereka perintah Sabah, mereka telah merampas ratusan ribu kad pengenalan orang islamn dan membuangnya menyebabkan sehingga kini ratusan ribu masyarakai Islam di Sabah tidak diketahui status kerakyatan mereka. Bila tidak ada kad pengenalan, anak-anak mereka juga tidak ada surat beranak maka rakyat Islam Sabah imenjadi seperti pelarian yang tidak bernegara di bumi kelahiran mereka sendiri.
"Inilah penghianatan PBS yang kini didakap oleh dan merestui pengkhianatan mereka terhadap umat Islam. Kini BN letak calon PBS di Batu Sapi minta pengundi Islam menerima calon parti yang mengkhianati mereka. Sungguh zalim dan tidak bermoral pemimpin Umno kerana demi kuasa mereka sanggup berpakat dengan orang yang menzalimi kaum mereka sendiri," tegas Anwar.
Beliau berkata kemiskinan yang tersebar luas di Batu Sapi terutamanya di kawasan penempatan majoriti masyarakat Bumiputera-Islam sepatutnya menyedarkan pemimpin Umno-BN untuk melakukan sesuatu untuk menyelesaikan bencana ini tetapi sebaliknya mereka terus merompak kekayaan Sabah tanpa belas kasihan.
"Balak berpuluh bilion tapi jambatan roboh tidak mampu di baiki di kampung orang miskin. Mereka fikir orang kampung bodoh maka dengan itu mereka senang di beli dan dijadikan macam hamba dan pada masa yang sama pemimpin Umo dan Bn hidup senang lenang dalam istana-istana mereka hasil rompakan kekayaan negeri ini.
Bercakap dalam ceramah kelompok di Taman Khong Lok malam tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau amat terkejut dengan keadaan yang sungguh dhaif di Pasar BDC ketika melawat kawasan tersebut petang semalam.
Suara Keadilan yang menyertai rombongan beliau mendapati pasar yang berusia lebih sedekad itu dalam keadaan amat usang.
Pasar itu tidak mempunyai bekalan air dan eletrik malah bumbungnya berlubang-lubang dan sesetengahnya tidak mempunyai bumbung langsung.
Disebabkan kawasan Sandakan berada di penghujung benua Borneo, matahari terbit lebih awal dan terbenam pada kira-kira pukul 6.00 petang.
Peniaga terpaksa menjalankan urusan perniagaan mereka dalam keadaan gelap gelita sehingga pukul 7.00 malam.
Tanah di pasar tersebut pula berlecak dan berlopak selepas hujan menjadikan keadaan lebih menyukarkan kepada pelanggan.
Menurut seorang peniaga di situ, tidak pernah Ahli Parlimen Batu Sapi atau Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut melawat keadaan di pasar tersebut.
"Walaupun kami sudah berpuluh kalim meminta sedikit bantuan untuk memperbaiki bumbung yang bocor dan menyediakan kemudahan asas, semua permintaan kami tidak dilayan malah ditolak.
"Selalu berlaku pelanggan tersalah beli barangan makanan mereka, mahu beli ayam terbeli daging, mahu beli sawi terbeli kailan sebab berjual beli dalam keadaan gelap ," kata peniaga itu dalam nada kesal.
Sehubungan itu kata Anwar pemimpin Umno-BN tidak berminat langsung mendengar keluhan peniaga Melayu di pasar tersebut kerana selagi mereka miskin dan hidup melarat maka mudahlah mereka menindas, mengugut dan memastikan undi rakyat Batu Sapi berpihak kepada mereka.
"Apa salahnya guna setakat RM20,000, RM30,000 untuk perbaiki prasarana pasar ini. Hasil balak puluhan bilion tapi bumbung pasar bocor pun tidak mampu dibaiki. Ke mana semua peruntukan yang diberi kepada wakil rakyat?
"Sebab itulah pilihan raya kali ini penduduk Batu Sapi kena ajar Umno-BN supaya mereka sedar sikit," tegas Ahli Parlimen Pernatang Pauh itu.