Selasa, 22 Mac 2011

Video Seks Anwar Dengan Amoi: Laporan polis dibuat




Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Najib Tun Razak terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan perlakuan seks di antara seorang lelaki seimbas beliau dengan seorang perempuan yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini semalam. 
 
“Saya cabar Najib (supaya membuktikan beliau tidak terlibat) memandangkan semalam beliau menafikan dirinya terlibat. Mengapa perlu buat penafian dan buat-buat tak tahu?,” soal beliau.

Berikutan tersebar video lucah itu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi, di sini. Beliau hadir pada kira-kira jam 10.35 pagi bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, yang ditemui sejurus membuat laporan polis itu mendakwa Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak atasan polis mengetahui mengenai kontroversi video lucah tersebut.

“Perkara ini berlaku di Carcosa dan beberapa tempat lain. Ia satu jenayah berat dan dibiarkan dan ini tidak mungkin dibiarkan tanpa penglibatan pihak atasan polis, Najib dan Hishammuddin.

“Polis perlu jaga imej dan perlu buktikan mereka tidak memilih untuk buat siasatan,” katanya yang ditemui di ruang legar balai tersebut.

Beliau mendakwa beliau memiliki bukti bahawa kontroversi ini merupakan satu lagi percubaan politik untuk menjatuhkannya.

Kes tuduhan liwat berdepan kegagalan
Katanya, kontroversi terbaru ini sengaja dicipta memandangkan kes tuduhan liwat yang dihadapinya kini bakal berdepan kegagalan.

“Mereka sudah tahu akan kalah kes itu dan sekarang cuba mengadakan kes lain terhadap saya. Namun ia tidak akan menggugat kerjaya politik saya,” katanya.

Beliau dalam laporan polis turut menuntut agar siasatan yang menyeluruh dan tidak berat sebelah.
“Individu-individu ini telah melakukan tindakan-tindakan jenayah berikut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi, jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi ini yang telah kelihatan di Carcosa.

“Mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka. Saya harap siasatan tidak berat sebelah dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga, dibawa ke muka pengadilan,” tambah beliau.

Turut hadir pemimpin PKR seperti Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Naib Presiden N Surendran dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong turut hadir memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan ‘Hancur Fitnah’ dan ‘Hidup Anwar’.

Kontroversi ini beri kelebihan kepada Pakatan Sementara itu, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata kes ini tidak akan menggugat parti itu dalam Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya, melalui kontroversi yang melanda kini memberi kelebihan kepada Pakatan.

“Dalam PAS, berita yang dibawa perlu disahkan. Kami ketawa bila dengar cerita ini kerana dari segi logiknya ia hanya percubaan politik ketika menjelang pilihan raya terutama di Sarawak. Kami dalam PAS kukuh bersama Pakatan.

“Saya percaya perkara ini memberi kelebihan kepada Pakatan kerana rakyat kini terarah kepada kami,” katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama’ PAS Datuk Harun Taib hari ini bahawa PAS akan mengkaji semula perikatan mereka dalam Pakatan.

Semalam timbul dakwaan wujudnya klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur (wanita) di sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu.

Pita seks: Anwar buat laporan polis


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

NONEBeliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
NONEAnwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.

Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.MalaysiaKini

VIDEO SEKS - NAJIB BELUM KATA, `LEMBU KULIM' SUDAH TAHU SIAPA TERLIBAT


Oleh: WFAUZDIN NS
GEMPAR dengan video Seks di Seri Carcosa. Tayangan Perdana secara percuma dan dijemput para wartawan untuk menyaksikannya. Bertepatan dengan pembubaran Dun Sarawak, tiba-tiba muncul video seks ini seperti mana kisah seorang pemuda yang tidak mencuci duburnya beberapa hari yang bersumpah laknat di dalam masjid menjelang Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh dahulu.

Sumpah laknat pemuda yang kini bergelar`haji' yang pernah seluar dalamnya didapati berada di rumah seorang wanita itu mungkin kebetulan dengan Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh, dan video seks yang didedahkan oleh Mr `T' itu pun mungkin kebetulan juga dengan pembubaran Dun Sarawak. Di zaman Najib memang banyak yang terjadi secara `kebetulan', bahkan peruntukan serta projek-projek banyak dicurahkan kebetulan dengan Pilihanraya Kecil.

Seorang lelaki dari Kulim yang digelar `firaun besar' dan saya namakan di sini sebagai Mr `Z' telah mengeluarkan kenyataan di TV 3 Suku dan akhbar pencacai Utusan Meloya berkaitan video seks seperti yang didedahkan oleh Mr `T'. Mr Z menyebut beliau percaya melebihi 100 peratus bahawa memang pemimpin pembangkang ternama itu terlibat dengan skandal di dalam video berkenaan. Tidak pula beliau nyatakan samada beliau sudah menonton atau tidak video tersebut. Itu tidak penting, kerana kita tahu Mr Z ini kalau dia bermimpi bahawa tokoh pembangkang yang amat dibencinya itu melakukan `projek' dengan bini dia sekali pun, Mr Z pasti percaya bahawa mimpinya itu benar-benar berlaku. Kerana apa? Sebab Mr Z terlalu busuk hatinya dan dendamnya terhadap tokoh pembangkang tersebut.

Sebelum ini ramai yang menghormati Mr Z bukan kerana kewarakan atau alimnya dia di dalam ugama, tetapi semata-mata kerana dia adalah salah seorang pejuang yang bersama-sama rakyat untuk menjatuhkan rejim sekutu Apco. Itu dulu, kini Mr Z dari Kulim ini telah pun berselimut dengan sekutu Apco setelah diterajang keluar dari PKR. Kelebihan Mr Z ini adalah berbohong. Beliau sendiri pernah mengaku bahawa sepanjang beliau berada di dalam PKR beliau selalu berbohong kununnya atas arahan bosnya dulu. Ertinya, sepanjang beliau berada di dalam PKR, beliau menjadi lembu dicucuk hidung. Sekarang pun, beliau masih lembu cuma tuannya berbeza, kali ini tuannya lebih kaya raya, maklumlah sekutu Apco. Perut Mr Z sentiasa berisi sekarang setelah bersama puak sekutu Apco itu.

Perangai suka berbohong memang tidak boleh diubah oleh Mr Z, mungkin dia dilahirkan memang untuk menjadi `lembu yang suka berbohong'. Sebagai contoh, dia pernah menulis menghentam ahli DAP kununnya menentang Azan di sebuah masjid. Sebenarnya yang berlaku bukan ahli DAP tetapi kes tersebut melibatkan ahli MCA. Itu satu contoh betapa Mr Z ini akan menulis atau bercakap tanpa menyiasat terlebih dahulu dan tidak menggunakan otaknya. Benarlah kata orang, otak lembu memang tidak boleh berfikir. Begitulah juga dengan kes video seks yang terbaru ini. Samada beliau sudah menonton atau tidak, Mr Z terus menuduh musuh ketatnya itu terlibat. Beliau terpaksa tonjolkan sifat lembu kepada tuannya.

Percayalah, orang Kulim Bandar Baru tidak mahu `lembu bodoh' lagi. Tunggulah saat dan waktunya lembu bodoh ini dikorbankan walaupun nanti tiada siapa yang mahu memakan dagingnya kerana lembu ini busuk berbau bangkai luar dan dalam./wfauzdin.blogspot.com

Minta polis siasat video lucah fitnah Anwar

Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.

Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat.

Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya.

"Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas tayangan video lucah itu dengan lebih jauh, beliau berkata, penipuan Umno dalam hal itu lebih ketara apabila ia turut dimaklumkan oleh para wartawan yang melibatnya sebagai 'superimpose'. Perkara itu amat jelas apabila lelaki terbabit itu bukan Anwar, tetapi lelaki lain apabila lelaki itu berperut buncit dan jelas tidak seperti badan Anwar tetapi di bahagian mukanya digunakan muka Anwar.

Isnin, 21 Mac 2011

Video seks: PR nafi Anwar, Ummi Hafilda tidak terkejut

Siasah Daily | Satu rakaman video aksi seks yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin tinggi pembangkang menggegarkan politk negara hari ini.

Spekulasi bahawa lelaki terbabit ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim segera tersebar ekoran pendedahan itu.

Rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur itu terus meletakkan Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat dalam keadaan defensif.

Pemimpin-pemimpin PKR dalam kenyataan masing-masing di media sosial segera menolak keaslian video itu, mendakwa rakaman itu palsu dan diubah suai.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata video itu diubah suai, menimbulkan persoalan sama ada beliau sudah menonton video itu sebelum mengeluarkan kenyataan tegas itu.

Pemimpin-pemimpin lain PR termasuk Ahli Parlimen PAS Khalid Samad turut membuat kenyataan menafikan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar, walaupun tidak jelas sama ada mereka sudah menonton rakaman video itu.

Media yang melaporkan tentang rakaman itu juga tidak menyebut Anwar sebagai individu yang terlibat dalam aksi seks yang dirakam itu.

Walau bagaimanapun, seorang penulis blog, Kickdefella mendakwa Anwar ialah individu dalam video itu, dan mendesak PAS menimbangkan semula hubungan dengan tokoh pembangkang itu.

Pihak terbabit mendedahkan rakaman itu mendakwa hanya sekumpulan wartawan dijemput khas yang dipertontonkan video itu.

Ummi Hafilda, yang dihubungi portal berita mynewshub.my mengaitkan pendedahan itu sebagai menyokong apa yang dibawa selama ini terhadap Anwar.

"Saya tak tahu video klip apa yang dimaksudkan tetapi jika benar, saya harap masyarakat akan sedar apa yang saya katakan selama ini bukannya fitnah, tetapi kenyataan," katanya seperti dilapor laman itu.

Kemunculan rakaman video itu menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi mengaitkannya dengan motif dan perancangan politik.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Related Posts with Thumbnails