Ahad, 4 Julai 2010

Maria Ozawa Mahu Berasmara Dengan Ariel

JAKARTA - Bintang filem pornografi terkenal dari Jepun, Maria Ozawa menawarkan diri untuk berlakon bersama dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel Peterpan kerana tertarik apabila melihat susuk tubuh dan ketampanan wajahnya, lapor akhbar Kompas semalam.

Dia yang terkenal dengan panggilan Miyabi dan pernah mencetuskan kontroversi menerusi beberapa buah filem berbaur lucah berkata, Ariel memang diminatinya bukan kerana skandal klip video seks dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari.

"Saya tertarik kerana dia memiliki fizikal tubuh impian wanita dan bukan sebab isu penyebaran video panas itu," kata Maria, 23, yang mendakwa kes Ariel, 29, mendapat perhatian di Jepun dan ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu.

Model kacukan Jepun-Kanada-Perancis itu berkata, jika berpeluang dia mahu berlakon dengan Ariel dalam filem genre seram, komedi atau romantis kerana dia sudah meninggalkan bidang pornografi tiga tahun lalu.

~Agensi

PM: Tak perlu percaya Raja Petra bulat-bulat

PEKAN, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin yang kini melarikan diri ke London.

Perdana Menteri berkata rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan.

“Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam, bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Najib (gambar) yang juga Ketua Bahagian Pekan berkata rakyat tidak perlu percaya bulat-bulat terhadap pelbagai tuduhan yang dibuat Raja Petra dalam laman blognya, Malaysia Today yang dikatakan mendapat pembiayaan PKR.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu mengkaji setiap dakwaan berbaur politik yang ditulis Raja Petra itu.

Semalam, Nazri berkata bukti yang menunjukkan parti pembangkang itu membiayai pengendali blog itu sedang disiasat.

“Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar kepada Raja Petra. Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000 RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu,” kata Nazri.

Mengulas mengenai pelantikan dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, Perdana Menteri berkata ia membuktikan bahawa kedudukan wanita di negara ini sama taraf dengan kaum lelaki.

“Malah dalam Islam pun tidak menyekat kemaraan dan kedudukan serta status wanita dalam Islam sentiasa terpelihara,” katanya.

Buat julung kalinya negara mempunyai hakim syarie wanita selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melantik mereka Mei lepas, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


~Bernama

Ikuti Terjemahan Washington Post Ini, Benarkah Anwar Mohon Maaf ?

Kontroversi artikel The Washington Post
Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post

Berikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia:

Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat.

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya.

Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai.

Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku.

Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik.

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS.

Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar."

Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati."

Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend. /Sumber: Detik daily

Komen Blogger:

Mengapa susah sangat pemimpin Umno untuk memahami bahasa mudah di dalam akhbar berkenaan? Kita ingat YB DSU Rais Yatim yang selalunya berbunga-bunga bahasa percakapannya itu arif tentang maksud bahasa, rupa-rupanya ada juga kejahilan di dalam pengetahuan bahasa MP dari Jelebu itu. Jika sudah kelulusan Oxford yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno yang tidak berjawatan di dalam kabinet itu pun tidak faham apa yang tertulis di akhbar berkenaan, apa lagi pemimpin Umno yang lain.

Di mana yang dikatakan DS Anwar mohon maaf? Secara jelas DS Anwar menyebut sememangnya beliau menentang keras dan hilang sabar terhadap Israel. DS Anwar dikatakan cuma kesal jika istilah yang digunakan itu menyebabkan silap faham di kalangan mereka yang tidak bersalah tetapi tiada satu pun ayat atau perkataan menyebut DS Anwar mohon maaf atau menarik balik kecamannya terhadap zionis Israel.

Apa yang menariknya, tulisan di akhir artikel tersebut menyebut bahawa perubahan DS Anwar dari seorang yang demokrat yang pro Amerika kepada fanatik Anti Israel merupakan sesuatu yang serius. Bukankah ini bermaksud bahawa Penulis artikel tersebut juga masih yakin dan percaya sememangnya DS Anwar anti Zionis Israel. Sekaligus, ini membuktikan bahawa DS Anwar tidak memohon maaf kepada puak yang menyokong zionis Israel itu.

Oleh yang demikian, mengapa pemimpin Umno menafsirkan benda lain dari yang dimaksudkan oleh Penulis itu sendiri? Mengapa tidak dihebohkan tentang tuduhan liwat yang direka terhadap DS Anwar di dalam artikel yang sama? Mengapa tidak diulas tentang pertemuan Saiful Bukhari dengan Najib sebelum tuduhan liwat 2 ke atas DS Anwar? Bukankah perkara itu juga ditulis oleh Penulis?

Kesimpulannya, ini bermakna pemimpin Umno masih lagi tercari-cari isu yang boleh mereka gunakan untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Mereka sanggup dilabelkan bodoh asalkan rakyat mempercayai mereka. Masalahnya, adakah rakyat kesemuanya ingin menjadi bodoh seperti mereka? Jika Najib, KJ, Rais, Muhyiddin atau sesiapa sahaja yang merasakan mereka telah menjumpai keburukan DS Anwar, kita cabar mereka untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar. Sekali lagi kita boleh memotong jari jika pemimpin Umno berani berdebat dengan DS Anwar. Mustahil, kerana Umno dulu, kini dan selamanya memang penikus./

~wfauzdin.blogspot.com

Razali: Tiada kerjasama Pakatan, dana bina gelanggang futsal dibatal

PASIR PUTEH, 4 Julai — Kementerian Belia dan Sukan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik peruntukan bagi pembinaan gelanggang futsal di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jika tidak mendapat kerjasama berhubung tapak pembinaannya.

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, sebaliknya peruntukan itu akan diagih-agihkan kepada negeri-negeri yang memberi kesanggupan untuk meluluskan tapak terutama kerajaan negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sejak projek itu diperkenalkan tahun lepas pihak kementerian sukar untuk mendapatkan tapak, termasuk di Kelantan dan Pulau Pinang, tanpa sebarang alasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata hanya 60 daripada 90 gelanggang yang diluluskan sehingga ini di Kelantan, dapat dilaksanakan.

“Itupun ia terpaksa dibina di sekolah-sekolah dan kawapersan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang tapaknya dimilki oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata begitu juga dengan cadangan untuk membina 80 gelanggang di Pulau Pinang tetapi hanya 11 dapat dilaksanakan disebabkan masalah yang sama.

Katanya kementerian itu bercadang membina 1,178 buah gelanggang di seluruh negara yang membabitkan peruntukan RM150,000 sebuah bagi faedah belia menggunakannya untuk aktiviti sukan futsal, badminton dan sepak takraw.

Beliau berkata gelanggang itu penting bagi mengurangkan gejala sosial di kalangan belia seperti kegiatan “mat rempit tanpa mempunyai agenda politik.

“Kita menerima maklum balas, sejak pembinaan itu diperkenalkan, ia telah berjaya mengurangkan kegiatan yang tidak bermoral kerana mereka dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang lebih berfaedah di gelanggang berkenaan,” katanya.

~Bernama

Yahudi Guna Media Untuk Kuasai Dunia

3 JULAI — Yahudi sentiasa menggunakan media untuk terus menguasai dunia. Laporan dari Kabul, Rabu lalu mendakwa pejuang Taliban meletupkan kereta dan melancar roket ke arah pangkalan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di timur Afghanistan, dalam cubaan gagal untuk menawan kem terbabit.

Media juga melaporkan, beberapa penyerang terbunuh dalam serangan di pangkalan udara di Jalalabad itu, manakala dua anggota tentera asing cedera. Laporan juga mendakwa 102 askar asing maut di timur Afghanistan pada Jun lalu. Ketakutan dan ancaman perang dijangka berlarutan jika masyarakat dunia mengabai pentingnya kehadiran ‘tentera asing’ di Afghanistan.

Di Tel Aviv pula, pemimpin rejim Zionis dilaporkan bersikap terbuka untuk mengadakan rundingan langsung dengan Presiden Palestin. Media dikuasai Yahudi yang mendominasi rejim Zionis menggambarkan perpaduan kekal di Asia Barat jika rakyat Palestin bersikap terbuka dan melupakan persengketaan sejak 1948. Media antarabangsa sentiasa setia memperjuangkan kepentingan rejim Zionis dan proksi mereka.

Ketika penyembelihan di Sabra dan Shatila (Chatila) di Beirut, Lubnan pada September 1982, media melaporkan kewajaran tindakan itu kerana ancaman berterusan samseng dan belia Palestin di penempatan Yahudi.

Kematian 2,750 umat Islam dinafikan dengan laporan kejayaan Zionis mempertahankan kedaulatan wilayah mereka.

Dari segi angka, bangsa Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan tujuh juta di Amerika Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim (1:100). Namun Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada umat Islam.
Tentunya fungsi media tidak boleh ketepikan.

Dalam dunia media, tokoh Yahudi terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua Editor Time), Katherine Graham (penerbit The Washington Post) dan Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif The New York Times) menguasai pandangan dunia dan mencorakkan pemikiran sejagat. Suara Yahudi sentiasa berada pada segenap pelosok dengan pelbagai drama dan intrignya.

Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk berbangsa Yahudi.

Hollywood sendiri diwujudkan Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling, (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple) dan Andrew Vaina (Rambo) — semuanya Yahudi. Merekalah yang turut mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita. Di negara jiran pula, ejen Yahudi menguasai media menerusi proksi di kalangan rakyat tempatan. Karya sastera dan laporan berita disiarkan menurut acuan pihak tertentu.

Konsep seni kabur dan antisosial mendapat tempat secara terbuka. Di Jakarta polemik teater Utan Kayu dan Komuniti Utan Kayu banyak diperdebatkan. Isu karya untuk masyarakat atau seni untuk seni menjadi polemik. Ada yang menggunakan sastera untuk mempertikaikan Islam, tak kurang juga cerpen dan novel yang berkiblatkan isu kabur mendapat tempat di media ternama, berbeza penulis Islam yang terpaksa membuat komuniti tersendiri, misalnya menerusi Forum Lingkar Pena atau Komuniti Pendekar Sendang Drajat.

Ejen Yahudi menguasai media utama di Asia Tenggara. Justeru, tidak menghairan apabila berita Malaysia mencuri khazanah seni Indonesia diperbesarkan, berbanding kejayaan Kuala Lumpur mengirim angkasawan pertama ke angkasa lepas.

~Berita Harian
Related Posts with Thumbnails