
Namun, Karpal yang berusia 71 tahun yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.
Beliau menyoal beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful dan bertanya sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.
Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawap soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut.
Namun, apabila Karpal membuktikan relevan soalan berkenaan, hakim Zabidin berlembut.

Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.
Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.
Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?
Seah: Tidak mustahil.