Ahad, 26 Julai 2009
Artist Malaysia Julia Ziegler tolak berlakon filem lucah
Bercerita dengan Julia mengenai pengalaman selama tiga bulan di negara itu, Julia mengakui hatinya tenang menjadi "orang biasa" apabila tidak dikenali dan tidak diburu peminat. Bagaimana pun semasa berada di negara itu, Julia turut ditawarkan untuk berlakon. Tetapi wanita ini terpaksa menolaknya kerana bimbang dirinya menjadi mangsa sindiket penerbit filem porno.
Melalui seorang kawan, Julia diperkenalkan kepada sebuah syarikat yang kononnya mempunyai projek khas untuk diberikan kepada Julia. Syarikat berkenaan bersetuju untuk membayarnya sebanyak RM175,000 dengan syarat dia harus bersetuju memakai bikini dan akan dibawa ke California. Bagaimana pun selepas berasa curiga dengan tawaran itu kerana bimbang ada maksud tersembunyi, Julia terpaksa menolak pelawaan itu.
"Mat salih ni bukan semua baik. Mereka tengok kita dari Asia, mulalah nak buat benda yang tak baik. Mula-mula disuruh pakai bikini, lepas tu dia akan suruh kita buka pakaian satu persatu. Daripada menjadi mangsa, lebih baik saya menolak tawaran itu," katanya.
Labels:
Artis Malaysia,
Selebriti