Ahad, 22 November 2009

Sakit Belakang (Mid Back Pain)

PENGENALAN

Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderong mengalami kesakitan atau kecederaan. Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

TANDA-TANDA

Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang.

SEBAB-SEBAB

Kecederaan otot, seperti: Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.

Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang salah mengangkat barang berat.

Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan. Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan. Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang. Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang. Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL

  1. Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
  2. Mengamalkan postur ( posisi badan ) yang baik.
  3. Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
  4. Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.
  5. Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Masaj bahagian yang sakit dengan minyak , krim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.
  6. Jika anda menerima erawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
  7. Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.
  8. Selalulah bersenam.
  9. Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infra red, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.
  10. Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.
  11. Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk , kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.
  12. Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.

PETUA MENCEGAH

  1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
  2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
  3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
  4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
  5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
  6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
  7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
  8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

BUDAK KAMPUNG ONLINE: Different Pain At Your Back

Jumaat, 20 November 2009

Selamatkan Wang Rakyat Terengganu

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menganggap pembaziran dan penyelewengan kuasa ini benar-benar amat mengecewakan sehingga mendapat teguran daripada Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan yang melibatkan jutaan wang rakyat yang diamanahkan dibazirkan sedemikian rupa tanpa rasa bertanggungjawab.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TERHADAP PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN AGENSI NEGERI TERENGGANU 2008

Laporan Ketua Audit terhadap Peyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan Agensi Negeri Terengganu 2008 menunjukkan KEGAGALAN, PENYELEWENGAN, RASUAH, PEMBAZIRAN DAN SALAHGUNA KUASA Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu dan penglibatan segelintir pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dalam menguruskan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu.

HUTANG NEGERI TERUS MENINGKAT

Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan). Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).

Manakala pada tahun 2008, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta. Ini bermakna Kerajaan Negeri Terengganu mengalami defisit dua tahun berturut-turut.


Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%.

Laporan Ketua Audit Negera Terhadap Pengurusan Kenderaan Kerajaan

1. PEROLEHAN KENDERAAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN

Majlis Perbandaran Kemaman telah menandatangani satu perjanjian bagi pembelian bas dua tingkat berharga RM830,000 dengan Syarikat C.U. Tours Ltd. Part, Thailand pada 26 Julai 2005.

Semakan Audit mendapati Majlis Perbandaran Kemaman telah membuat pembelian sebelum mendapat kelulusan daripada pihak MITI. Tindakan Majlis Perbandaran Kemaman bertentangan dan menyalahi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh MITI iaitu Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2002 menyatakan kelulusan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) hendaklah diperoleh terlebih dahulu sekiranya perolehan bahan/barangan import bernilai melebihi RM50,000.

Malah kelewatan menerima kenderaan daripada perjanjian yang mengakibatkan kerugian masa selama 9 bulan untuk menggunakan bas tersebut dan terpaksa menanggung kos sejumlah RM15,000. Sepertimana jadual 4.1 :


PEMBAZIRAN RM 10.5 JUTA PROJEK SISTEM PENGANGKUTAN BAS AWAM NEGERI TERENGGANU

Kerajaan negeri membazirkan RM10.5 juta membeli 26 buah bas yang dibiarkan tersadai apabila rancangan menyediakan perkhidmatan bas antara daerah terpaksa dibatalkan.

Pada 22 Ogos 2007, Cas Ligas Sdn. Bhd. iaitu syarikat subsidiari milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diperbadankan dengan modal berbayar RM250,000. Syarikat ini memerlukan sebanyak 26 buah bas bagi memberi perkhidmatan pengangkutan yang merangkumi enam buah bas dalam bandar dan 20 buah bas antara daerah.

Pada 19 Disember 2007, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah bersetuju melantik Syarikat Cool Caliber Sdn.Bhd. untuk membekalkan 4 buah bas bandar berharga RM355,000 sebuah dan 20 buah bas antara daerah berharga RM415,000 sebuah. Manakala baki 2 buah bas bandar akan diperoleh daripada Syarikat Sumai Engineering Sdn. Bhd. dengan harga RM402,000 sebuah.

Semakan Audit mendapati:

i) Tiada Perjanjian Dibuat Antara Kerajaan Negeri Dan Syarikat Pembekal
Semakan Audit mendapati, tidak ada perjanjian disediakan antara Kerajaan Negeri dan syarikat pembekal. Hanya berdasarkan surat daripada Pejabat SUK kepada Syarikat Cool Calibre Sdn. Bhd., Syarikat perlu menghantar 10 buah bas pada 16 Mac 2008 dan baki 14 buah lagi pada 30 April 2008.

Bagaimana boleh berlaku tiada perjanjian dibuat antara SUK dan Syarikat Pembekal ? Adalah amat mencuriga dan menghairankan kenapa tidak ada sebarang dokumen perjanjian antara SUK dengan syarikat-syarikat pembekal melibatkan wang rakyat RM10.5 juta? Satu kesalahan dan tindakan penyalahgunaan kuasa yang sangat nyata !

ii) Kelewatan Penerimaan Bas
Semakan Audit mendapati Syarikat lewat membekalkan kesemua 24 bas dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak ada denda dikenakan kepada pembekal terhadap kelewatan tersebut. Mengikut peraturan bayaran penalti sejumlah RM300 sehari bagi setiap buah bas akan dikenakan sekiranya Syarikat gagal membekalkan bas dalam tempoh yang dipersetujui. Lihat Jadual 4.2 Kenderaan lewat diterima daripada Syarikat Cool Caliber Sdn. Bhd.

Pihak SUK menjelaskan kelewatan penghantaran bas-bas tersebut disebabkan pengubahsuaian semula spesifikasi terhadap bas-bas tersebut untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan semasa. Dalam melaksanakan pengubahsuaian tersebut, pihak SUK bersetuju di atas kelewatan bas tersebut dengan syarat tidak ada kos tambahan dikenakan. Pihak SUK juga bersetuju tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada Syarikat atas kelewatan tersebut akibat daripada pengubahsuaian spesifikasi tersebut. Jawapan yang sangat meragukan dan terlalu dangkal .

Bukankah sebarang pengubahsuaian semula spesifikasi terhadap bas-bas tersebut sudah pasti dibuat daripada awal lagi di antara pihak SUK dan syarikat pembekal?

Adakah kos pengubahsuaian 24 buah bas bersamaan jumlah denda sekiranya denda dikenakan kepada syarikat di atas kelewatan RM300 sehari yang berjumlah keseluruhan RM760,800?

Pengubahsuaian apakah yang telah dilakukan kepada 24 buah bas tersebut ? Dianggarkan RM31,700 kos pengubahsuaian bagi setiap bas. RM760,800 jika dikutip daripada denda kelewatan perolehan bas tersebut sudah boleh membeli 2 buah bas lagi.

iii) Bas Tidak Dapat Digunakan Mengikut Tujuan Perolehan
Pada pendapat Audit, projek pengangkutan awam tanpa membuat kajian yang teliti terlebih dahulu menyebabkan rancangan projek ini tidak dapat dilaksanakan dan objektif projek tidak tercapai.

Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Disember 2008, perkhidmatan bas antara daerah tidak dapat beroperasi kerana syarikat pengangkutan tempatan sedia ada membantah cadangan untuk bersaing di laluan yang sama, kos penyenggaraan dan operasi adalah tinggi dan sentiasa meningkat. Terlalu mudah membuat keputusan! Bagaimana dengan wang rakyat berjumlah RM 10.5 juta membeli bas-bas tersebut ?

iv) Syarikat Yang Dilantik Membekalkan Bas Tidak Berpengalaman
Laporan Ketua Audit turut menyebut syarikat berkaitan kerajaan yang dilantik bagi melaksanakan perkhidmatan bas tersebut juga diapati tidak memiliki pengalaman mengendalikan perkhidmatan pengangkutan.

Bagaimana syarikat yang tidak berpengalaman sedemikian diberikan tanggungjawab membekalkan bas-bas tersebut oleh pihak SUK ?

BAGAIMANA PEMILIHAN SYARIKAT PEMBEKAL DIBUAT OLEH SUK DAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN ?

AMK meminta penjelasan dibuat oleh SUK dan Majlis Perbandaran Kemaman terhadap pemilihan kesemua syarikat-syarikat pembekal pengangkutan tersebut.

Adakah secara TENDER TERBUKA atau PEMBAHAGIAN SECARA TERUS ? Kerana kos pembelian dan perolehan pengangkutan tersebut adalah sangat tinggi melibatkan wang rakyat jutaan ringgit.

Kos Penyelenggaraan Perdana V6 Yang Melampau

Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan juga menemui kos pengendalian dua Proton Perdana V6 adalah lebih tinggi dan melampau dari membelinya. Sejumlah RM308, 731 telah dibelanjakan untuk dua kenderaan tersebut yang dibeli dengan harga RM234,054.

KESIMPULAN

JUSTERU, AMK NEGERI TERENGGANU MENDESAK AGAR SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH (SPRM) MENYIASAT DAN MENDAKWA SEMUA YANG TERLIBAT KE MUKA PENGADILAN.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA INI ADALAH SATU BUKTI YANG NYATA DAN JELAS BAHAWA BERLAKU JENAYAH, RASUAH, PENYELEWENGAN SERTA SALAHGUNA KUASA TERHADAP WANG RAKYAT YANG DIAMANAH KEPADA KERAJAAN UMNO/BN NEGERI TERENGGANU DAN PEGAWAI-PEGAWAI/KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI YANG TERLIBAT.

SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU!

*Kenyataan media oleh Fariz Musa, selaku Ketua AMK Negeri Terengganu pada 19 November 2009.

~Merdeka Review

Statistik kematian dalam tahanan

Statistik yang tepat mengenai bilangan kematian dalam tahanan nampaknya gagal ditemui. Wujudnya perbezaaan antara laporan rasmi dengan perangkaan yang dikemukakan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Misalnya,

1. Menurut Laporan Hak Asasi Manusia 2008 yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009, sejumlah 1,535 orang tahanan mati antara tahun 2003 hingga 2007 (tempoh empat tahun). 255 orang mati dalam penjara dan 13 orang mati dalam lokap pada tahun 2008 (tempoh setahun).

2. Pada Mac 2009, ketika Menteri Dalam Negeri menjawab soalan daripada ahli parlimen DAP, Liew Chin Tong, jawapan berbunyi 2,571 orang mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) antara tahun 1999 hingga 2009 (10 tahun). Antaranya, 2,563 (98.7%) mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.

Malah, menurut Menteri Dalam Negeri, 108 orang mati dalam tahanan polis dari tahun 2000 hingga 2006; dan 95 orang mati di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, dari tahun 2000 hingga 2007.

13 tahun sebelum ini, NGO telah mengemukakan laporan hak asasi manusia yang pertama, dan membangkitkan isu kematian dalam tahanan. Pada 18 Julai 1991, perangkaan rasmi dari parlimen menunjukkan 151 orang tahanan mati antara tahun 1980 hingga 1990 (10 tahun).

Kes-kes yang menonjol

Kerajaan tidak memaklumkan secara terperinci, butiran faktor kematian dan tindakan selanjutnya. Jelas, kerajaan tidak memantau dengan baik berhubung isu kematian dalam tahanan polis.

Dari tahun 1995 hingga 1997, media massa pernah melaporkan beberapa kes kematian dalam tahanan. Yang berikut adalah kes-kes yang mendapat perhatian media, dan memperlihatkan sejauh manakah penyalahgunaan kuasa oleh polis:

1.Kes Lee Quat Leong, tahun 1995

Lee Quat Leong, 42, seorang technician. Ditangkap kerana disyaki merompak bank. Beliau dipukul mati pada 12 Mei 1995. Penyiasatan Mahkamah Koroner mendapati 11 orang pegawai polis terlibat, termasuk empat orang pengawai tinggi yang perlu bertanggungjawab dalam jenayah ini. Namun, pada 14 Disember 1995, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa terdapat 45 luka luaran pada mayat, dan 7 tulang rusuk yang dipatahkan. Bagaimanapun, daripada 11 orang, hanya 2 orang pegawai polis yang didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan sahaja.

2. Kes M.Ragupathy, tahun 2002

Pada Julai 2002, sekumpulan orang muda bertembung dengan polis yang sedang meronda. Polis mengesyaki bahawa mereka terlibat dalam satu kes jenayah, maka kesemua mereka ditangkap. Antaranya, M.Ragupathy pernah menjalani pembedahan jantung. Dadanya kesakitan semasa dalam tahanan. Polis tidak mengendahkannya, walaupun Ragupathy tidak dapat makan untuk tiga hari, malah muntah.

Selepas beberapa hari, barulah polis membawanya ke klinik kerajaan, tetapi doktor tidak ada di situ. Maka, seorang jururawat memberikannya ubat penyakit asma.

Keadaannya semakin parah selepas beberapa hari. Polis menghantarnya ke hospital Putrajaya. Pada hari keesokan, doktor mengesahkan kematian Ragupathy. Dua bulan kemudiannya, Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata dalam parlimen bahawa polis tidak perlu memikul apa-apa tanggungjawab jenayah.

3. Kes Vivasanu Pillay

Vivasanu Pillay yang ditahan oleh polis, telah ditemui mayatnya dalam satu sungai. Polis mendakwa Vivasanu terjatuh ke dalam sungai ketika melarikan diri dari balai polis Dang Wangi. Walau bagaimanapun, keluarganya pula mendakwa Vivasanu telah mati dalam tahanan, dan dibuang ke dalam sungai. Timbalan Menteri Dalam Negeri kemudiannya berkata di parlimen bahawa kematiannya tiada kena-mengena dengan polis.

4. Kes Sudan a/l Lolam, tahun 1995

Pada 4 Mac 1996, satu NGO orang asli di Semenanjung Malaysia mengadu kepada pengarah polis Negeri Pahang, bahawa seorang kaum asli telah meninggal dunia 9 bulan yang lalu, ketika dalam tahanan polis. Polis pula mendakwa bahawa Sudan membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan singlet.

5. Kes kematian 46 orang PATI, tahun 1995

Setelah laporan penyiasatan Tenaganita diumumkan pada tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa sejumlah 46 orang PATI mati di beberapa pusat tahanan, antaranya pusat tahanan di Semenyih telah mencatatkan kematian 42 orang pendatang asing.

Mereka dikatakan mati kerana penyakit biasa, seperti sakit perut. Tiada laporan bedah siasat mayat. Malaysian Medical Association berkata penyakit sedemikian boleh diubati segera. Sehingga hari, tiada orang disabitkan kesalahan jenayah.

6. Kes A.Kugan, Tahun 2009

Pada 15 Januari 2009, A.Kugan, 22, ditangkap dan ditahan di balai polis Taipan, Subang, mati secara tiba-tiba dalam tempoh lima hari tahanan polis. Beliau yang dituduh mencuri kereta, tidak sedar diri ketika soal siasat polis, dan kemudian dihantar ke hospital Serdang.

Laporan bedah siasat pertama menunjukkan Kugan mati kerana paru-paru berair. Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan laporan itu menuntut bedah siasat kali kedua. Hasilnya, Kugan didapati dipukul dengan benda seperti paip getah.

Daripada 11 orang polis yang ditukar jawatan kerana kes ini, hanya seorang yang didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

7. Kes Teoh Beng Hock, tahun 2009

Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor (DAP) dipanggil sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk soal siasat satu kes rasuah yang melibatkan wang kira-kira RM2000. Beliau didapati mati di tingkat lima bangunan sebelah pejabat SPRM.

Kes ini mencetus kemarahan orang awam, malah PM terpaksa mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di-Raja setelah didesak oleh masyarakat umum. Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam penyiasatan di Mahkamah Koroner.

~ MerdekaReview

Isnin, 12 Oktober 2009

Janin dalam lubang cetek


MELAKA: Gerak hati serta pengalaman sebagai penjaga dan penggali kubur membuatkan Zul Zelan Bakar, 35, cepat mengesyaki sesuatu apabila terpandang keganjilan pada permukaan tanah di Tanah Perkuburan Jelutung, Ayer Keroh, dekat sini, ketika mengebumikan jenazah seorang bayi sehingga membawa kepada penemuan janin lengkap sifat dalam lubang cetek.



Janin itu ditemui dibungkus dalam kain putih dan plastik, ditanam dalam lubang kira-kira 10.16 sentimeter selepas Zul bersama bapa saudaranya, Md Said Bachik, 46, menggali kubur yang mempunyai kesan seperti dikorek selepas mereka selesai mengebumikan jenazah bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan di tanah perkuburan itu, kira-kira jam 11 pagi. Menurutnya, pengalaman menjadi penjaga dan penggali kubur kira-kira 10 tahun, secara tidak langsung menjadikan dia peka mengenai perkara itu.


“Sekali pandang permukaan tanah (kubur) itu, gerak hati saya kuat menyatakan ada sesuatu,” kata Zul Zelan yang berkhidmat dengan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan terkejut apabila menjumpai janin terbabit. Sepatutnya, sebarang pengebumian di sini, saya dan pak cik akan dapat tahu terlebih dulu kerana kami bekerja dengan Jaim. Namun, setakat hari ini (semalam), kami tidak diberitahu pihak Jaim ada pengebumian lain selain seorang bayi berkenaan. Ini menyebabkan saya curiga melihat kawasan tanah berkenaan yang seperti baru dikorek lalu kami mengoreknya selepas selesai mengebumikan bayi terbabit. Ketika sampai di kawasan kubur kira-kira jam 9 pagi, saya sudah nampak tanah seperti di korek tetapi membiarkannya. Namun, selepas selesai kerja dan berehat, saya tidak sedap hati
-Zul Zelan Bakar, penggali kubur


“Hasil pemeriksaan, polis mengorek kubur berkenaan sedalam kira-kira 0.1 meter. Ia (kubur) tidak sepatutnya begitu dan kami syak janin berkenaan dilahirkan secara haram. Hasil pemeriksaan, janin berkenaan cukup sifat dan dibalut dengan dua lapisan kain putih dan dibungkus dalam plastik. Kami juga menjumpai satu lagi plastik di kubur sama dipercayai mengandungi uri. Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran secara sulit."
-Superintendan Gan Chip Pho, Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

Jumaat, 9 Oktober 2009

YPN tiada kaitan lagi dengan Maizawati

Maiza dengan jubah abayanya. -Foto koleksi MAIZA

KENYATAAN Maizawati Zainal atau Maiza yang menarik diri daripada menjadi duta program BondaMama dan produk tudung Myza kelolaan Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) mendapat perhatian yayasan itu sendiri untuk menerangkan hal yang sebenar.

Menerusi e-mail yang dikirimkan oleh Presiden YPN, Ameer Soekre Ishak, dia menjelaskan penarikan diri bekas isteri penceramah dan penyanyi nasyid Akhil Hayy itu tidak perlu dijadikan isu kerana sejak Ogos lalu, Maiza memang disahkan bukan lagi duta kepada produk mereka.

Malah, menurut Ameer, Maiza sendiri memang sudah sedia maklum tentang perkara itu.

"E-mail ini dihantar sekadar untuk menerangkan perkara sebenar. Mengenai program BondaMama, kami memilih Maizawati atas dasar bahawa dia boleh menyumbang kepada program ini sebagai penceramah dan juga ikon kepada ibu-ibu tunggal.

"Atas persetujuan itu, kami adakan sidang media pada 5 Jun 2009 untuk mengumumkan pelantikannya. Kami telah menghantar draf perjanjian bagi perlantikannya menerusi e-mail pada 8 Jun 2009 bagi tujuan semakan akhir.

"Namun pada 12 Jun 2009, Maizawati telah mengeluarkan kenyataan kepada mStar menyatakan bahawa dia rasa terkilan dan tertipu berkaitan pelantikan tersebut. Tetapi dia bagaimanapun telah menyatakan semua keraguan itu telah dijelaskan oleh pihak YPN.

"Sehingga hari ini, Maizawati belum mengembalikan deraf perjanjian yang dihantar kepadanya walaupun pihak YPN telah tiga kali menghantarnya dalam bentuk 'softcopy' dan juga bercetak.

"Setelah mengkaji beberapa aspek dan juga mendapat pandangan daripada pelbagai pihak, kami tidak lagi berhasrat untuk meneruskan khidmat Maizawati sebagai duta kepada BondaMama untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak manis berbangkit kelak," kata Ameer yang menambah, program tersebut tetap diteruskan walaupun tanpa pembabitan Maiza.

Tentang pelantikan Maiza sebagai duta produk tudung Myza pula, kata Ameer, buat masa ini, dia enggan mengulas tentang kenyataan Maiza yang mendakwa tidak menerima sebarang royalti kerana katanya, Maiza sendiri tidak pernah menghantar semula perjanjian yang dipersetujui bersama.

"Pada 20 Jun 2009, saya telah mengadakan pertemuan dengan Maizawati bagi membincangkan projek pengeluaran koleksi tudung Myza yang turut disertai oleh pemilik Myza Worldwide, Zabedah Hussin.

"Pertemuan itu adalah bagi membincangkan secara terperinci tentang penglibatan Maizawati dalam projek itu. Saya menerangkan padanya bahawa tujuan projek itu adalah bagi membuka peluang kepada golongan ibu tunggal berdaftar dengan YPN utuk melakukan pekerjaan dari rumah dengan menjahit tudung-tudung keluaran Myza Worldwide.

"Semua pihak yang terlibat telah bersetuju dengan syarat dan tawaran yang disediakan oleh YPN iaitu Maizawati akan dibayar sebanyak RM10 untuk setiap tudung yang terjual. Maizawati juga akan diperuntukkan lima helai tudung sebulan bagi tujuan peragaan di dalam media massa.

"Perjanjian itu telah ditandatangi oleh Maizawati dan Myza Worldwide. Pada 2 Ogos 2009, koleksi Myza dilancarkan. Walaupun terdapat sedikit kekecohan kerana kegagalan Maizawati muncul tepat pada masanya di tempat itu, tetapi ia dapat disempurnakan.

"Tetapi memandangkan YPN tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi bagi mengendalikan program-program promosi tudung Myza, maka YPN melantik Ginadelina Rahim dari Produksi Runut Bunyi (PRB) bagi mengendalikan program pemasaran," katanya.

Tambah Ameer lagi, YPN sentiasa mengelakkan dari sebarang publisiti murahan serta kes-kes sensasi. Malah, dengan penjelasan ini, dia berharap tiada lagi sebarang kenyataan dari mana-mana pihak yang membabitkan YPN dengan mana-mana aktiviti Maizawati.

"Kami juga berharap agar pihak PRB dan Maizawati tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengaitkan aktiviti mereka dengan YPN," katanya.

Di dalam laporan mStar Online semalam, Maiza memaklumkan telah menarik diri daripada program-program kendalian YPN.

Katanya, dia enggan mahu dirinya tertipu kerana sudah berkali-kali meminta pihak YPN untuk mengemukakan surat hitam putih berkaitan dengan program yang dijalankan.

Related Posts with Thumbnails