Oleh Frederick Luccas
KUALA LUMPUR 9 Mei - Pengamal media mesti  berani melaporkan sebarang salahguna kuasa dan penyelewengan membabitkan  pentadbiran kerajaan tanpa rasa takut atau khuatir terhadap tindakan  undang-undang selagi maklumat yang disampaikan adalah benar dan tepat.
Wartawan  juga perlu melaporkan secara jelas dan berlandaskan fakta bagi  mengelakkan daripada di saman pihak yang berbabit.
Nasihat ini  diluahkan oleh pegawai perhubungan SUNTV Indonesia, Insany Syahbarwaty  dalam dalam dialog antara bbeerapa organisasi media dan tokoh  kewartawanan dari Asia Tenggara anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ)  di sini semalam.
Dialog tersebut berusaha memberi pendedahan  mengenai realiti kebebasan media di rantau ini manakala CIJ  membenbtangkan hasil kaji selidik badan itu mengenai laporan  kebebasan  berekspresi di Malaysia untuk tahun 2009.
Menyentuh mengenai  media Indonesia, Insany yang juga wartawan terkenal berkata senario  kebebasan berekspresi di Indonesia amat jauh berbeza dibandingkan dengan  Malaysia.
"Jika di sana, saya berani melapor dan menyiasat  perkara yang berkaitan dengan isu yang saya laporkan, tetapi saya masih  tidak berani menyentuh perkara yang berkaitan dengan perjalanan agama.
"Kami  telah menyaksikan perbalahan agama yang pahit dan tidak akan menjadi  punca perbalahan sebegitu untuk berlaku semula", kata beliau yang  mengetuai Pusat Media Maluku (MMC).
Tambah Insany, wartawan perlu  membuat kajian sebelum melaporkan mengenai sesuaitu isu penting.
Ini  termasuk semakan latar belakang isu yang ingin dilaporkan, mengesahkan  maklumat yang diterima adalah tepat serta tidak membuat andaian ke atas  apa-apa fakta yang diterima.
Ini kerana rakyat akan mempercayai  apa yang dilaporkan, maka tanggungjawab mengesahkan fakta terletak pada  wartawan itu sendiri.
Sehubungan itu, Pengarah Negara Persekutuan  Akhbar Asia Tenggara (SEAPA), Prangtip Daoreung berkata wartawan  perlulah melaporkan isu seperti seadanya dan bukannya menyoal dan  menyiasat kesahihan sesuatu perkara.
"Keberanian dicari dan  dibincangkan oleh ahli falsafah, bukan kita. Kita melaporkan isu semasa  ia berlaku, dan apa yang sebenarnya berlaku. Ini penting kerana  pencarian kebenaran mutlak bermula dengan laporan wartawan.
"Wartawan  juga perlu belajar isu teknikal yang mungkin timbul dalam isu yang  dilaporkan agar intepretasi laporan menjadi lebih tepat dan meyakinkan",  tambah beliau yang pernah memenangi Anugerah Sigma Delta Chi 2007 untuk  Kewartawanan Penyiasatan.
Kata Prantip lagi, kaedah mengikut  jejak aliran dokumen atau jejak aliran wang tidak dapat digunakan untuk  kesemua negara kerana had kuasa dan undang-undang adalah berlainan, maka  wartawan perlu mencari kaedah lain apabila menyiasat sesuatu perkara.



