Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Akhbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Akhbar. Papar semua catatan
Khamis, 21 Mac 2013
Papagomo Kantoi Rasuah
KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di http://www.sprm.gov.my/001-shame.xhtml?id=998&uweb=jtl&mid=844.
Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.
Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.
Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.
Berikut adalah maklumat penuh:
Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan:
Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman : "Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
Labels:
Affidavit Mahkamah,
Kenyataan Akhbar,
Surat SPRM
Mageran Kelantan 1977: Pemuda & NGO UMNO Punca Rusuhan

(Antara keratan akhbar ketika Mageran diisytiharkan di Kelantan 1977)
Selepas
insiden 13 Mei 1969 yang di mulakan oleh Harun Idris yang mengetuai
pemuda tahan lasak, maka parti PAS terasa terpanggil untuk bersatu
dengan niat yang murni menyertai Kerajaan Campuran PAS Perikatan di
Kelantan pada tahun 1973. Ketika itu, Perdana Menteri Kedua Allahyarham
Tun Razak Hussein mentadbir negara.
(Sebagaimana yang di lapurkan oleh dokumen-dokumen yang di klasifikasi sebagai tidak lagi sulit oleh kerajaan British di London)
Manakala pada tahun 1974, PAS menyertai Barisan Nasional untuk bergabung dalam kabinet Kerajaan Persekutuan yang di tadbir Umno.
Namun niat baik PAS untuk bersatu telah dimanipulasi Umno untuk menimbulkan pepecahan sesama pemimpin PAS hingga menyebabkan PAS di buang daripada Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga, pada penghujung tahun 1977.
Ini tidak menghairankan kerana Umno telah belajar daripada pihak British mengenai dasar pecah dan perintah dimana Harun Idris yang terlibat mengetuai pemuda tahan lasak dalam insiden 13 Mei 1969 telah memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno pada tahun 1971.
Beliau terus membantu kabinet Perdana Menteri kedua dan ketiga sehingga beliau mendapat jawatan Menteri Besar Selangor sebelum Harun dipenjarakan di zaman Tun Hussein Onn.
Ini ekoran dakwaan rasuah pertandingan tinju dunia Muhammad Ali dan Joe Bugner yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Kabinet Perdana Menteri Kedua dan Ketiga juga mengandungi Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipecat Tunku Abdul Rahman sebelum tercetusnya peristiwa 13hb Mei 1969.
Beliau kembali semula ke Umno atas arahan dan kemahuan Allahyarham Tun Razak Hussein Perdana Menteri Kedua dengan bantuan Harun Idris.
Dasar
pecah dan perintah British didapati di amalkan Umno ketika PAS berada
di dalam Barisan Nasional di mana perpecahan sengaja di timbulkan Umno.
Ia dilakukan dengan mencipta permusuhan antara sesama pemimpin PAS iaitu Datuk Muhammad Nasir Menteri Besar Kelantan yang disokong Umno dan Datuk Asri pemimpin PAS yang dimusuhi Umno secara halus tetapi berada dalam kabinet Barisan Nasional.
Akhirnya Datuk Muhammad Nasir menubuhkan parti baru iaitu Parti Berjasa parti serpihan PAS yang di sokong Umno sekalipun Datuk Asri sebagai pemimpin PAS menghendaki calon lain sebagai Menteri Besar Kelantan.
Kumpulan yang menyokong Datuk Muhammad Nasir mengadakan demontrasi pada 24 September 1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan membantah kumpulan yang menyokong Datuk Asri .
Namun, Datuk Muhammad Nasir digulingkan dari jawatan MB melalui usul undi tidak percaya kira-kira 20 orang ADUN PAS.
Akibatnya, pada 19 Oktober 1977 satu lagi demontrasi diadakan dimana rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan (SUK). Hasilnya perintah berkurung diisytiharkan jam 3.15 petang untuk selama 24 jam.
Kerajaan Persekutuan enggan bekerjasama dengan membelakangkan majoriti ADUN Kelantan kerana segala rundingan yang dibuat cuma dengan Menteri Besar yang telah jelas langsung tidak mendapat sokongan majoriti ADUN.
Plan untuk meluluskan Akta Darurat dan kerajaan MAGERAN di Kelantan seterusnya dibuat Barisan Nasional tanpa berunding dengan PAS yang masih berada di dalam Barisan Nasional.
Datuk Asri yang dimaklumkan kemudiannya mengenai cadangan meluluskan Akta Darurat membantah menyebabkan ianya dianggap melanggar etika Barisan Nasional dan terpaksa meletakkan jawatan.
Akta Darurat telah dibentangkan Perdana Menteri Ketiga dan diluluskan di Dewan Rakyat pada Oktober 1977 untuk mewujudkan undang undang darurat di Kelantan dan pada 8 November 1977 pentadbiran Mageran diistiharkan.
Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir atas alasan enggan mematuhi etika Barisan Nasional mengenai undang-undang Darurat.
Selepas itu pada 12 Januari 1978, pentadbiran MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan yang mengadakan pilihanraya umum untuk negeri Kelantan sahaja pada 11 Mac 1978 .
Tipu helah darurat-mageran ini mengakibatkan PAS kalah dengan teruk dikedua dua peringkat iaitu negeri dan Parlimen.
Fokus artikel ringkas kali ini yang ditulis sempena PRU 13 ialah untuk kita sama-sama merenung siapakah yang menyebabkan kejadian yang di laporkan media perdana sebagai ‘huru-hara’ berkenaan.
Ia bertujuan agar dapat di jadikan pengajaran bagi menghadapi PRU 13 yang mesti diadakan selewat lewatnya sekitar 27 Jun 2013 biarpun khabar angin semasa bertiup sepoi sepoi bahasa yang Dewan Rakyat MUNGKIN dibubarkan tidak lama selepas tarikh ini.
Ibrahim Ali (Datuk) di maklumkan oleh seorang persara polis yang masih ada hari ini, yang bertugas ketika insiden 1977 di Kelantan sebagai dalang yang merancang lakonan huru hara di beberapa lokasi di Kelantan.
Perbuatan membakar tayar dan memecahkan beberapa kedai Cina yang berlaku di sekitar Kelantan termasuk Bandar Kota Bharu di lakukan oleh kumpulan pemuda yang sama yang bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.
Maka sebab itulah kebakaran tayar yang dikatakan huru-hara itu tidak berlaku serentak kerana penjenayahnya adalah kumpulan yang sama.
Persara polis berkenaan juga telah mengesahkan yang pihak keselamatan telah menerima arahan supaya tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap para pencetus kebakaran tayar tersebut.
Ia bermaksud pihak keselamatan tidak dapat menjalankankan tugas mereka dengan effektif untuk menahan para penjenayah serta merta bila mereka melakukan pembakaran tayar yang bertujuan untuk mencetuskan rasa panik, keadaan kononnya adalah ‘huru hara’.
Manakala
Ibrahim Ali sendiri pula tidak berada di Kelantan ketika kejadian
bakar tayar, dia seperti biasa dengan gaya ‘gedebe’ atau cakap besarnya
cuma memantau dan memberi arahan daripada Kuala Lumpur.
Maklumat ini selain daripada di sahkan sendiri oleh persara polis berkenaan, ianya juga di akui sendiri oleh Ibrahim Ali dengan takkaburnya di satu ceramah parti Semangat 46.
Kaset-kaset ceramah semangat 46 di jual meluas di Kuala Lumpur selepas insiden parti Umno di istiharkan tidak sah (lebih dikenali umum sebagai ‘parti haram’) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 oleh Hakim Mahkamah Tinggi Allahyarham Tan Sri Harun Hashim.
Selepas pengharaman Umno, Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 selepas Tengku gagal dalam perebutan nama Umno dengan Dr Mahathir yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan Umno Baru.
Tidak lama selepas itu perkataan ‘Baru’ dibatalkan secara rasmi (Sila baca tulisan saya yang di siar Berita Harian 4 Oktober 2003 Tan Sri Harun Hashim setaraf Lord Denning)
Ketika menyertai Semangat 46, kemarahan Ibrahim Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad amat memuncak sekali sehingga Ibrahim mengatakan yang beliau ingin kencing di atas kubur Dr Mahathir sepertimana yang jelas audionya di ceramah yang kaset kasetnya di jual di Kampung Baru.
Lebih kurang hampir 2 tahun yang lepas saya pernah menulis komen mengenai perkara ini di laman blog chedet milik Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya sangkakan tidak akan disiarkan di blog berkenaan kerana setiap komen akan diluluskan terlebih dahulu sebelum disiarkan.
Amat terkejut bila selepas beberapa hari komen yang tergantung menantikan kelulusan, tiba tiba saya dapati ianya disiarkan di blog Tun Dr Mahathir.
Ini bermaksud keinginan Ibrahim Ali untuk kencing di atas kubur Dr Mahathir adalah dalam pengetahuan Tun Dr Mahathir sendiri.
Mungkin Tun Dr Mahathir ada sebabnya tersendiri kenapa beliau tidak seolah olah ambil hati atas ceramah Ibrahim Ali ketika berada bersama Semangat 46 dulu.
Namun yang jelas Ibrahim Ali kini sebaliknya telah kencing diatas mukanya sendiri dan mungkin Tun Dr M cuma mampu tersengih puas bila melihat Ibrahim Ali kini kembali berkhidmat untuk beliau.
Yang menghairankan adalah, pengikut pengikut Ibrahim Ali seperti langsung tidak mempunyai daya intelektual untuk berfikir untuk setia tanpa banyak soal kepada orang seperti Ibrahim Ali ini.
Kini ada beberapa NGO yang melibatkan Ibrahim Ali berpejabat di Kota Bharu berhadapan dengan KB Mall dan bersebelahan dengan Bangunan Masterskill. Manakala rumah Ibrahim Ali pula ialah di Taman Melawati.
Penulis pernah di maklumkan beberapa tahun lepas Ibrahim Ali pernah di maki hamun secara terbuka oleh penduduk Taman Melawati ketika dia pergi untuk membeli makanan di situ, dia terus segera masuk ke dalam kenderaannya beredar dan para saksinya peniaga sekitar masih lagi ada hari ini untuk mengesahkan kejadian ini.
Ketika Restoran Rasa Utara yang amat digemari Perdana Menteri Ke Empat kita itu masih mempunyai satu cawangan di Wangsa Maju beberapa tahun yang lepas, Ibrahim Ali pernah memberi ceramah panjang dengan nada kuat kepada seorang budak pelayan perempuan berusia belasan tahun yang bertugas di restoran berkenaan tentang kenapa Restoran Rasa Utara tidak mempunyai Air Batu Champur (ABC).
Ianya berlaku pada satu petang Ahad yang mana cuma ada 2 meja sahaja yang mempunyai pelanggan iaitu meja penulis sekeluarga dan meja Ibrahim Ali dengan seorang lelaki Melayu bersamanya.
Ibrahim Ali juga adalah orang yang sama bersuara lantang menyokong serta mengampu keputusan Presiden Umno ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 1998 untuk memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kaset rakaman 2 siri Mesyuarat MKT Umno selama 2 jam di jual meluas di seluruh negara dan juga audio penuhnya muncul di laman laman web reformasi bermula tahun 1998 seperti Mahazalim dan sebagainya.
Kini, pihak berkuasa patut mengambil perhatian dan bertindak dengan sewajarnya bila NGO yang dipimpin Ibrahim Ali membuat beberapa kekacauan di serata tempat di seluruh negara yang mana kebanyakkan insiden berkenaan boleh di tonton dengan jelas di laman laman youtube.
Jika keadaan politik yang tidak stabil di Kelantan yang diarahkan lakonannya oleh Ibrahim Ali berlaku dari masa ke semasa antara 1977-1978, kini Ibrahim masih cuba mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sekali lagi.
Sebagai contoh Ibrahim memberi ang pow dalam sampul putih yang membawa rasa tidak senang kaum Cina kerana ianya biasanya di beri pada waktu kematian bukannya ketika sambutan Gong Xi Fa Cai. Ia berlaku pada tahun 2012.
Pada awal tahun 2013 pula Ibrahim dilaporkan Wikipedia mahu membakar Kitab Injil berbahasa Melayu milik penganut Kristien.
Persoalannya di mana kedudukan Ibrahim Ali dalam agama Islam sendiri? Rakyat seluruh Negara kenal siapa Ibrahim Ali dan jika Ibrahim ingin terus memalukan diri sendiri secara kekal itu terserah tahap IQ nya sendiri tetapi bila ianya melibatkan ketenteraman awam dan maslahah (public interest) maka PDRM wajar serta merta bertindak.
Tiada apa pengecualian sepatutnya diberikan kepada perbuatan jenayah sekalipun PDRM Pulau Pinang telah merakamkan kenyataan Ibrahim Ali dalam isu bakar kitab Injil, apa pula tindakan susulan dan apa pula tindakan pejabat pendakwaraya.
Ibrahim Ali pada tahun 2010 dengan bangganya memalukan Malaysia ke seluruh dunia bila muncul di Al Jazeera English dengan mengungkap , ‘shit’ sebanyak 3 kali tanpa apa-apa tindakan terhadapnya kerana menjatuhkan nama baik negara. Apa agaknya kelas ahli politik dari Malaysia yang mencarut dan disiarkan oleh stesen TV antarabangsa ke seluruh dunia?
Menoleh kembali kenangan insiden pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 serta penahanan beliau pada malam 20 September 1998 di kediamannya Jalan Setiamurni Damansara Height Kuala Lumpur, tentu semua masih teringat yang Ibrahim Ali muncul kembali dengan modus operandi 1977 Kelantan pada 10 Oktober 1998.
Dengan menggunakan adiknya Azmi Ali, mereka mengedarkan risalah yang sengaja dicetak logo PAS untuk rakyat Kelantan berkumpul kononnya berdemostrasi reformasi di Bandar Kota Bharu namun gagal bila cepat disedari oleh Datuk Husam Musa. Ketika itu Husam adalah Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kelantan yang terus membuat laporan polis.
Pihak polis serta FRU dengan professionalnya berjaya mengawal keadaan daripada tercetus lebih lebih lagi dengan wujudnya kereta yang menyamar sebagai penyokong PAS yang pletnya di daftarkan atas nama Azmi Ali iaitu adik Ibrahim Ali yang cuba memberi provokasi kepada rakyat Kelantan untuk ke demonstrasi reformasi.
Kebijakan rakyat Kelantan tidak menghiraukan langsung cadangan demo reformasi provokasi Ibrahim Ali pada tahun 1998 boleh menggagalkan apa juga usaha menerusi modus operandi yang sama jika ingin di ulangi oleh Ibrahim Ali dan kuncu kuncunya sempena PRU 13.
Ini memandangkan keseluruhan rakyat Malaysia kini telah bijak menilai yang telah di buktikan menerusi pilihanraya 2008.
Sebagai penutup, amatlah perlu untuk satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan dalang lakonan huru hara di Kelantan hingga menyebabkan diistiharkan Mageran sehingga mengakibatkan rakyat Kelantan berpecah belah untuk menyokong pemimpin mana.
Ia akhirnya menyebabkan PAS kehilangan kuasa di Kelantan di dalam PRU yang diadakan tidak lama selepas Mageran ditarik balik.
YAB
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara
saksi penting segala tipu daya Umno yang membawa kepada pemecatan PAS
daripada Barisan Nasional seterusnya lakonan huru hara yang terancang
dan pengistiharan Mageran di Kelantan dimana ketika itu Tok Guru
memegang jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS.
Penubuhan Suruhanjaya Di Raja mampu mengesan segala butir butir terperinci sebenar Mageran Kelantan 1977 untuk dijadikan teladan dan sempadan pada semua rakyat seluruh negara.
Di zaman internet ini di mana segala insiden dapat di muat naik terus ke laman laman web serta portal berita, rakyat akan dapat membuat kesimpulan sekiranya ada cubaan untuk mengulangi episod Mageran Kelantan 1977 dalam negara kita.
Untuk memastikan ianya tidak dapat ditutup dengan alasan alasan tidak logik amatlah perlu sebarang insiden di beri liputan meluas oleh media antarabangsa seperti Al Jazeera, BBC dan CNN.
Rakyat juga boleh menghantar berita bergambar/video terus kepada media antarabangsa berkenaan secara dalam talian untuk memastikan sebarang insiden kezaliman terbongkar serta merta tanpa dapat ditutup oleh sesiapa lagi.
InsyaAllah, semua rakyat dan pasukan keselamatan termasuk PDRM patut mengkaji dengan fikiran terbuka apa sebenarnya berlaku di Kelantan yang mengakibatkan pengistiharan Mageran dan apakah tindakan yang boleh dilakukan rakyat serta pasukan keselamatan sekiranya modus operandi berkenaan hendak cuba di ulangi sekali lagi oleh mana mana pihak yang tidak bertanggungjawap.
PDRM yang dianugerahkan gelaran Di Raja pada tahun 1958 patut berasa bangga dan bertanggungjawap menjalankan tugas 'without fear or favour’. Fear yang perlu cuma kepada Allah swt semata-mata.
Hubungan Kabinet Kerajaan Persekutuan dengan PDRM tidak perlu disalah ertikan kerana hubungan itu cumalah hubungan logistik, pentadbiran serta bajet.
Jika terdapat daripada kalangan tertinggi Kabinet Persekutuan yang disyaki terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serius maka bersegeralah untuk menahan reman untuk siasatan.
Ia perlu dilakukan demi moto Polis Sedia Berkhidmat agar sentiasa di hormati rakyat seperti zaman dahulu di mana rakyat menjadikan polis sebagai tempat mengadu dalam segala hal seolah-olah polis mengambil alih pula jawatan penghulu hatta mungkin juga mengambil alih jawatan Jaksa Pendamai(JP) dimana amat jelas betapa hormatnya masyarakat pada PDRM dulu.
InsyaAllah dibawah pentadbiran Tan Sri IGP sekarang PDRM telah mula kembali dihormati rakyat. PDRM seterusnya dapat maju ke depan dengan bertugas dengan tegas, berani kerana benar sepertimana perintah Allah swt dan Nabi Muhammad s.a.w.
Insya Allah, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Majlis Raja Raja serta rakyat seluruh negara akan sentiasa menyokong segala tindakan tegas dan betul PDRM yang jika dilaksanakan, boleh menjadi contoh pada negara lain.
Jika Cawangan Khas boleh mengkategorikan salah sebuah pertubuhan Melayu sebagai kumpulan samseng Melayu sudah tiba masanya untuk Cawangan Khas melaporkan dan mengkategorikan dengan telus sebuah badan bukan kerajaan yang di ketuai Ibrahim Ali juga sebagai kumpulan samseng Melayu berdasarkan pelbagai bukti kukuh yang ada serta bahan audio visual yang telah tersiar ke seluruh dunia menerusi laman youtube.
(Sebagaimana yang di lapurkan oleh dokumen-dokumen yang di klasifikasi sebagai tidak lagi sulit oleh kerajaan British di London)
Manakala pada tahun 1974, PAS menyertai Barisan Nasional untuk bergabung dalam kabinet Kerajaan Persekutuan yang di tadbir Umno.
Namun niat baik PAS untuk bersatu telah dimanipulasi Umno untuk menimbulkan pepecahan sesama pemimpin PAS hingga menyebabkan PAS di buang daripada Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga, pada penghujung tahun 1977.
Ini tidak menghairankan kerana Umno telah belajar daripada pihak British mengenai dasar pecah dan perintah dimana Harun Idris yang terlibat mengetuai pemuda tahan lasak dalam insiden 13 Mei 1969 telah memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno pada tahun 1971.
Beliau terus membantu kabinet Perdana Menteri kedua dan ketiga sehingga beliau mendapat jawatan Menteri Besar Selangor sebelum Harun dipenjarakan di zaman Tun Hussein Onn.
Ini ekoran dakwaan rasuah pertandingan tinju dunia Muhammad Ali dan Joe Bugner yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Kabinet Perdana Menteri Kedua dan Ketiga juga mengandungi Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipecat Tunku Abdul Rahman sebelum tercetusnya peristiwa 13hb Mei 1969.
Beliau kembali semula ke Umno atas arahan dan kemahuan Allahyarham Tun Razak Hussein Perdana Menteri Kedua dengan bantuan Harun Idris.
Dasar
pecah dan perintah British didapati di amalkan Umno ketika PAS berada
di dalam Barisan Nasional di mana perpecahan sengaja di timbulkan Umno.Ia dilakukan dengan mencipta permusuhan antara sesama pemimpin PAS iaitu Datuk Muhammad Nasir Menteri Besar Kelantan yang disokong Umno dan Datuk Asri pemimpin PAS yang dimusuhi Umno secara halus tetapi berada dalam kabinet Barisan Nasional.
Akhirnya Datuk Muhammad Nasir menubuhkan parti baru iaitu Parti Berjasa parti serpihan PAS yang di sokong Umno sekalipun Datuk Asri sebagai pemimpin PAS menghendaki calon lain sebagai Menteri Besar Kelantan.
Kumpulan yang menyokong Datuk Muhammad Nasir mengadakan demontrasi pada 24 September 1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan membantah kumpulan yang menyokong Datuk Asri .
Namun, Datuk Muhammad Nasir digulingkan dari jawatan MB melalui usul undi tidak percaya kira-kira 20 orang ADUN PAS.
Akibatnya, pada 19 Oktober 1977 satu lagi demontrasi diadakan dimana rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan (SUK). Hasilnya perintah berkurung diisytiharkan jam 3.15 petang untuk selama 24 jam.
Kerajaan Persekutuan enggan bekerjasama dengan membelakangkan majoriti ADUN Kelantan kerana segala rundingan yang dibuat cuma dengan Menteri Besar yang telah jelas langsung tidak mendapat sokongan majoriti ADUN.
Plan untuk meluluskan Akta Darurat dan kerajaan MAGERAN di Kelantan seterusnya dibuat Barisan Nasional tanpa berunding dengan PAS yang masih berada di dalam Barisan Nasional.
Datuk Asri yang dimaklumkan kemudiannya mengenai cadangan meluluskan Akta Darurat membantah menyebabkan ianya dianggap melanggar etika Barisan Nasional dan terpaksa meletakkan jawatan.
Akta Darurat telah dibentangkan Perdana Menteri Ketiga dan diluluskan di Dewan Rakyat pada Oktober 1977 untuk mewujudkan undang undang darurat di Kelantan dan pada 8 November 1977 pentadbiran Mageran diistiharkan.
Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir atas alasan enggan mematuhi etika Barisan Nasional mengenai undang-undang Darurat.
Selepas itu pada 12 Januari 1978, pentadbiran MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan yang mengadakan pilihanraya umum untuk negeri Kelantan sahaja pada 11 Mac 1978 .
Tipu helah darurat-mageran ini mengakibatkan PAS kalah dengan teruk dikedua dua peringkat iaitu negeri dan Parlimen.
Fokus artikel ringkas kali ini yang ditulis sempena PRU 13 ialah untuk kita sama-sama merenung siapakah yang menyebabkan kejadian yang di laporkan media perdana sebagai ‘huru-hara’ berkenaan.
Ia bertujuan agar dapat di jadikan pengajaran bagi menghadapi PRU 13 yang mesti diadakan selewat lewatnya sekitar 27 Jun 2013 biarpun khabar angin semasa bertiup sepoi sepoi bahasa yang Dewan Rakyat MUNGKIN dibubarkan tidak lama selepas tarikh ini.
Ibrahim Ali (Datuk) di maklumkan oleh seorang persara polis yang masih ada hari ini, yang bertugas ketika insiden 1977 di Kelantan sebagai dalang yang merancang lakonan huru hara di beberapa lokasi di Kelantan.
Perbuatan membakar tayar dan memecahkan beberapa kedai Cina yang berlaku di sekitar Kelantan termasuk Bandar Kota Bharu di lakukan oleh kumpulan pemuda yang sama yang bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.
Maka sebab itulah kebakaran tayar yang dikatakan huru-hara itu tidak berlaku serentak kerana penjenayahnya adalah kumpulan yang sama.
Persara polis berkenaan juga telah mengesahkan yang pihak keselamatan telah menerima arahan supaya tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap para pencetus kebakaran tayar tersebut.
Ia bermaksud pihak keselamatan tidak dapat menjalankankan tugas mereka dengan effektif untuk menahan para penjenayah serta merta bila mereka melakukan pembakaran tayar yang bertujuan untuk mencetuskan rasa panik, keadaan kononnya adalah ‘huru hara’.
Manakala
Ibrahim Ali sendiri pula tidak berada di Kelantan ketika kejadian
bakar tayar, dia seperti biasa dengan gaya ‘gedebe’ atau cakap besarnya
cuma memantau dan memberi arahan daripada Kuala Lumpur. Maklumat ini selain daripada di sahkan sendiri oleh persara polis berkenaan, ianya juga di akui sendiri oleh Ibrahim Ali dengan takkaburnya di satu ceramah parti Semangat 46.
Kaset-kaset ceramah semangat 46 di jual meluas di Kuala Lumpur selepas insiden parti Umno di istiharkan tidak sah (lebih dikenali umum sebagai ‘parti haram’) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 oleh Hakim Mahkamah Tinggi Allahyarham Tan Sri Harun Hashim.
Selepas pengharaman Umno, Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 selepas Tengku gagal dalam perebutan nama Umno dengan Dr Mahathir yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan Umno Baru.
Tidak lama selepas itu perkataan ‘Baru’ dibatalkan secara rasmi (Sila baca tulisan saya yang di siar Berita Harian 4 Oktober 2003 Tan Sri Harun Hashim setaraf Lord Denning)
Ketika menyertai Semangat 46, kemarahan Ibrahim Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad amat memuncak sekali sehingga Ibrahim mengatakan yang beliau ingin kencing di atas kubur Dr Mahathir sepertimana yang jelas audionya di ceramah yang kaset kasetnya di jual di Kampung Baru.
Lebih kurang hampir 2 tahun yang lepas saya pernah menulis komen mengenai perkara ini di laman blog chedet milik Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya sangkakan tidak akan disiarkan di blog berkenaan kerana setiap komen akan diluluskan terlebih dahulu sebelum disiarkan.
Amat terkejut bila selepas beberapa hari komen yang tergantung menantikan kelulusan, tiba tiba saya dapati ianya disiarkan di blog Tun Dr Mahathir.
Ini bermaksud keinginan Ibrahim Ali untuk kencing di atas kubur Dr Mahathir adalah dalam pengetahuan Tun Dr Mahathir sendiri.
Mungkin Tun Dr Mahathir ada sebabnya tersendiri kenapa beliau tidak seolah olah ambil hati atas ceramah Ibrahim Ali ketika berada bersama Semangat 46 dulu.
Namun yang jelas Ibrahim Ali kini sebaliknya telah kencing diatas mukanya sendiri dan mungkin Tun Dr M cuma mampu tersengih puas bila melihat Ibrahim Ali kini kembali berkhidmat untuk beliau.
Yang menghairankan adalah, pengikut pengikut Ibrahim Ali seperti langsung tidak mempunyai daya intelektual untuk berfikir untuk setia tanpa banyak soal kepada orang seperti Ibrahim Ali ini.
Kini ada beberapa NGO yang melibatkan Ibrahim Ali berpejabat di Kota Bharu berhadapan dengan KB Mall dan bersebelahan dengan Bangunan Masterskill. Manakala rumah Ibrahim Ali pula ialah di Taman Melawati.
Penulis pernah di maklumkan beberapa tahun lepas Ibrahim Ali pernah di maki hamun secara terbuka oleh penduduk Taman Melawati ketika dia pergi untuk membeli makanan di situ, dia terus segera masuk ke dalam kenderaannya beredar dan para saksinya peniaga sekitar masih lagi ada hari ini untuk mengesahkan kejadian ini.
Ketika Restoran Rasa Utara yang amat digemari Perdana Menteri Ke Empat kita itu masih mempunyai satu cawangan di Wangsa Maju beberapa tahun yang lepas, Ibrahim Ali pernah memberi ceramah panjang dengan nada kuat kepada seorang budak pelayan perempuan berusia belasan tahun yang bertugas di restoran berkenaan tentang kenapa Restoran Rasa Utara tidak mempunyai Air Batu Champur (ABC).
Ianya berlaku pada satu petang Ahad yang mana cuma ada 2 meja sahaja yang mempunyai pelanggan iaitu meja penulis sekeluarga dan meja Ibrahim Ali dengan seorang lelaki Melayu bersamanya.
Ibrahim Ali juga adalah orang yang sama bersuara lantang menyokong serta mengampu keputusan Presiden Umno ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 1998 untuk memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kaset rakaman 2 siri Mesyuarat MKT Umno selama 2 jam di jual meluas di seluruh negara dan juga audio penuhnya muncul di laman laman web reformasi bermula tahun 1998 seperti Mahazalim dan sebagainya.
Kini, pihak berkuasa patut mengambil perhatian dan bertindak dengan sewajarnya bila NGO yang dipimpin Ibrahim Ali membuat beberapa kekacauan di serata tempat di seluruh negara yang mana kebanyakkan insiden berkenaan boleh di tonton dengan jelas di laman laman youtube.
Jika keadaan politik yang tidak stabil di Kelantan yang diarahkan lakonannya oleh Ibrahim Ali berlaku dari masa ke semasa antara 1977-1978, kini Ibrahim masih cuba mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sekali lagi.
Sebagai contoh Ibrahim memberi ang pow dalam sampul putih yang membawa rasa tidak senang kaum Cina kerana ianya biasanya di beri pada waktu kematian bukannya ketika sambutan Gong Xi Fa Cai. Ia berlaku pada tahun 2012.
Pada awal tahun 2013 pula Ibrahim dilaporkan Wikipedia mahu membakar Kitab Injil berbahasa Melayu milik penganut Kristien. Persoalannya di mana kedudukan Ibrahim Ali dalam agama Islam sendiri? Rakyat seluruh Negara kenal siapa Ibrahim Ali dan jika Ibrahim ingin terus memalukan diri sendiri secara kekal itu terserah tahap IQ nya sendiri tetapi bila ianya melibatkan ketenteraman awam dan maslahah (public interest) maka PDRM wajar serta merta bertindak.
Tiada apa pengecualian sepatutnya diberikan kepada perbuatan jenayah sekalipun PDRM Pulau Pinang telah merakamkan kenyataan Ibrahim Ali dalam isu bakar kitab Injil, apa pula tindakan susulan dan apa pula tindakan pejabat pendakwaraya.
Ibrahim Ali pada tahun 2010 dengan bangganya memalukan Malaysia ke seluruh dunia bila muncul di Al Jazeera English dengan mengungkap , ‘shit’ sebanyak 3 kali tanpa apa-apa tindakan terhadapnya kerana menjatuhkan nama baik negara. Apa agaknya kelas ahli politik dari Malaysia yang mencarut dan disiarkan oleh stesen TV antarabangsa ke seluruh dunia?
Menoleh kembali kenangan insiden pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 serta penahanan beliau pada malam 20 September 1998 di kediamannya Jalan Setiamurni Damansara Height Kuala Lumpur, tentu semua masih teringat yang Ibrahim Ali muncul kembali dengan modus operandi 1977 Kelantan pada 10 Oktober 1998.
Dengan menggunakan adiknya Azmi Ali, mereka mengedarkan risalah yang sengaja dicetak logo PAS untuk rakyat Kelantan berkumpul kononnya berdemostrasi reformasi di Bandar Kota Bharu namun gagal bila cepat disedari oleh Datuk Husam Musa. Ketika itu Husam adalah Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kelantan yang terus membuat laporan polis.
Pihak polis serta FRU dengan professionalnya berjaya mengawal keadaan daripada tercetus lebih lebih lagi dengan wujudnya kereta yang menyamar sebagai penyokong PAS yang pletnya di daftarkan atas nama Azmi Ali iaitu adik Ibrahim Ali yang cuba memberi provokasi kepada rakyat Kelantan untuk ke demonstrasi reformasi.
Kebijakan rakyat Kelantan tidak menghiraukan langsung cadangan demo reformasi provokasi Ibrahim Ali pada tahun 1998 boleh menggagalkan apa juga usaha menerusi modus operandi yang sama jika ingin di ulangi oleh Ibrahim Ali dan kuncu kuncunya sempena PRU 13.
Ini memandangkan keseluruhan rakyat Malaysia kini telah bijak menilai yang telah di buktikan menerusi pilihanraya 2008.
Sebagai penutup, amatlah perlu untuk satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan dalang lakonan huru hara di Kelantan hingga menyebabkan diistiharkan Mageran sehingga mengakibatkan rakyat Kelantan berpecah belah untuk menyokong pemimpin mana.
Ia akhirnya menyebabkan PAS kehilangan kuasa di Kelantan di dalam PRU yang diadakan tidak lama selepas Mageran ditarik balik.
YAB
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara
saksi penting segala tipu daya Umno yang membawa kepada pemecatan PAS
daripada Barisan Nasional seterusnya lakonan huru hara yang terancang
dan pengistiharan Mageran di Kelantan dimana ketika itu Tok Guru
memegang jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS.Penubuhan Suruhanjaya Di Raja mampu mengesan segala butir butir terperinci sebenar Mageran Kelantan 1977 untuk dijadikan teladan dan sempadan pada semua rakyat seluruh negara.
Di zaman internet ini di mana segala insiden dapat di muat naik terus ke laman laman web serta portal berita, rakyat akan dapat membuat kesimpulan sekiranya ada cubaan untuk mengulangi episod Mageran Kelantan 1977 dalam negara kita.
Untuk memastikan ianya tidak dapat ditutup dengan alasan alasan tidak logik amatlah perlu sebarang insiden di beri liputan meluas oleh media antarabangsa seperti Al Jazeera, BBC dan CNN.
Rakyat juga boleh menghantar berita bergambar/video terus kepada media antarabangsa berkenaan secara dalam talian untuk memastikan sebarang insiden kezaliman terbongkar serta merta tanpa dapat ditutup oleh sesiapa lagi.
InsyaAllah, semua rakyat dan pasukan keselamatan termasuk PDRM patut mengkaji dengan fikiran terbuka apa sebenarnya berlaku di Kelantan yang mengakibatkan pengistiharan Mageran dan apakah tindakan yang boleh dilakukan rakyat serta pasukan keselamatan sekiranya modus operandi berkenaan hendak cuba di ulangi sekali lagi oleh mana mana pihak yang tidak bertanggungjawap.
PDRM yang dianugerahkan gelaran Di Raja pada tahun 1958 patut berasa bangga dan bertanggungjawap menjalankan tugas 'without fear or favour’. Fear yang perlu cuma kepada Allah swt semata-mata.
Hubungan Kabinet Kerajaan Persekutuan dengan PDRM tidak perlu disalah ertikan kerana hubungan itu cumalah hubungan logistik, pentadbiran serta bajet.
Jika terdapat daripada kalangan tertinggi Kabinet Persekutuan yang disyaki terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serius maka bersegeralah untuk menahan reman untuk siasatan.
Ia perlu dilakukan demi moto Polis Sedia Berkhidmat agar sentiasa di hormati rakyat seperti zaman dahulu di mana rakyat menjadikan polis sebagai tempat mengadu dalam segala hal seolah-olah polis mengambil alih pula jawatan penghulu hatta mungkin juga mengambil alih jawatan Jaksa Pendamai(JP) dimana amat jelas betapa hormatnya masyarakat pada PDRM dulu.
InsyaAllah dibawah pentadbiran Tan Sri IGP sekarang PDRM telah mula kembali dihormati rakyat. PDRM seterusnya dapat maju ke depan dengan bertugas dengan tegas, berani kerana benar sepertimana perintah Allah swt dan Nabi Muhammad s.a.w.
Insya Allah, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Majlis Raja Raja serta rakyat seluruh negara akan sentiasa menyokong segala tindakan tegas dan betul PDRM yang jika dilaksanakan, boleh menjadi contoh pada negara lain.
Jika Cawangan Khas boleh mengkategorikan salah sebuah pertubuhan Melayu sebagai kumpulan samseng Melayu sudah tiba masanya untuk Cawangan Khas melaporkan dan mengkategorikan dengan telus sebuah badan bukan kerajaan yang di ketuai Ibrahim Ali juga sebagai kumpulan samseng Melayu berdasarkan pelbagai bukti kukuh yang ada serta bahan audio visual yang telah tersiar ke seluruh dunia menerusi laman youtube.
harakahdaily/-
Jumaat, 13 April 2012
CEO TNB: Masa sesuai untuk saya undur
"Saya merasakan syarikat berada dalam keadaan baik sekarang walaupun tiga suku lepas kami mencatatkan kerugian yang pada asasnya disebabkan kos tambahan yang ditanggung akibat kami terpaksa menggunakan sulingan dan minyak.
"Alhamdulillah, kami berjaya memulihkannya (TNB). Keadaan kembali seperti biasa. Oleh itu, ia masa yang sesuai untuk berundur," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan syarikat utiliti itu bagi prestasi kewangan suku kedua/separuh pertama yang berakhir pada 29 Februari 2012.
TNB mencatatkan keuntungan bersih RM2.81 bilion dalam suku kedua selepas mencatatkan kerugian berturut-turut dalam tiga suku lepas.
"Saya gembira melihat perubahan positif dalam TNB. Syarikat mencatatkan prestasi baik sekarang, jadi ia masa yang baik bagi saya untuk berundur. Saya gembira melaksanakan tugas saya dengan Tenaga dalam tempoh lapan tahun lepas," katanya.
Che Khalib, yang kontraknya dengan TNB berakhir pada 30 Jun, berkata TNB sedang mengenal pasti calon bagi jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang kosong selepas peletakan jawatan Mohd Rafique Merican Mohd Wahiduddin Merican.
"Beberapa nama telah dicadangkan kepada kami oleh sebuah syarikat penyelidikan. Kami sedang mencari calon yang sesuai," katanya sambil menambah, CFO baharu itu akan menyertai syarikat pada akhir Mei. - Bernama
Labels:
Kenyataan Akhbar
Khamis, 5 April 2012
Ajaran Ahmad 100
SHAH ALAM – Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.
Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.
Kelebihan
dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang
berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak
kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur
agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.
Bergerak
secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman
terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku
penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang
beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.
Pelik
dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan
maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan
kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’
Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup
menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan
diberkati.
Berdasarkan
pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup
menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi
perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di
dunia dan akhirat.
“Kami
jahil agama, kami terpesona dengan ‘kejujuran’ Ahmad 100, tetapi
akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya.” Itulah
antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya
mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan
Sinar Harian, baru-baru ini.
Pada
pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan,
isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara
batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu
syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan
dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.
Paling
tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya
apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh
bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin
menerusi wahyu diturunkan kepadanya.
Salah
seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan
nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya
musnah gara-gara ajaran sesat itu.
Abu
berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum
dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan
dikasihi ALLAH SWT.
“Kami
bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab
pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok
menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan
al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan
perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman,” katanya.
Menurutnya,
Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri
Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk
mendapat keberkatan.
“Bermula
pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan
dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.
“Bagi
Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah
satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu
berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak
boleh meninggalkan Ahmad,” katanya.
Abu
berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering
berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad
dengan menggunakan alasan belajar agama.
“Keadaan
bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah
segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata
kerana lelaki itu,” katanya.
Dia
mula menyedari bahawa ajaran Ahmad terpesong, namun gagal berbuat
apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia
Ahmad.
Lebih
memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan
yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh
memiliki zuriat.
Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.
Tidak
berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.
(www.sinarharian.com.my)
Labels:
Kenyataan Akhbar
Jumaat, 30 Mac 2012
21 Orang Pemuda Umno Pulau Pinang Sertai PAS
![]() | ||
| Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno |
JELUTONG, 29 Mac - Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri
Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau
Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.
Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.
Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.
Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.
"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.
Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.
Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.
Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.
Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka. ~harakahdaily
Labels:
Kenyataan Akhbar
Selasa, 20 Mac 2012
MEX: Kembalikan RM976.7 juta pelaburan rakyat
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Mengapakah kerajaan sanggup menswastakan projek lebuhraya yang menelan bajet RM1.32 bilion selepas membiayainya dengan duit rakyat RM976.7 juta kepada sebuah syarikat yang kemudiannya mendapatkan pinjaman RM343 juta untuk menyiapkannya?
Lebih teruk lagi, apabila syarikat berkenaan ini dikatakan ingin menjual lebuhraya tersebut pada harga RM1.7 bilion, dan sekiranya berlaku ia bakal mendapat keuntungan RM1.09 bilion sekiranya wang rakyat RM976.7 juta tidak dikembalikan.
Inilah yang sedang berlaku kepada projek Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang panjangnya 26km menghubungkan Kuala Lumpur dengan Putrajaya, yang dimiliki 96.8% oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepunyaan Tan Sri Sahid Mohamed yang dianugerahkan secara runding terus tanpa tender.
“MEX ialah satu kes yang terang-benderang duit rakyat dikebas untuk membiayai projek membina lebuhraya tersebut, yang kemudiannya mengebas rakyat apabila terpaksa membayar tol untul 33 tahun.
"Tiada contoh terbaik bagaimana kerajaan BN dan kroni mereka membina lebuhraya untuk merompak rakyat,” kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini.
MEX menjadi fokus selepas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyeru perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan mengapa projek tersebut dijual kepada EP Manufacturing Berhad pada harga RM1.7 bilion seperti yang diumumkan syarikat tersebut ke Bursa Malaysia.
Semalam, Rafizi berkata suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.
Oleh yang demikian, katanya penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan.
“Wang pembayar cukai Malaysia dikebas sebegitu rupa untuk menjadikan Tan Sri Sahid sebagai seorang bilionair adalah melampau dan tidak boleh diterima. Seperti yang dinyatakan, daripada jumlah keuntungan tersebut, RM967.7 juta adalah wang rakyat,” tegas Pua.
Pua berkata Najib perlu bertindak demi mempertahankan transformasi kerajaan yang diwar-warkan dengan menghapuskan sikap kronisme dan naungan politik.
“Jika beliau gagal bertindak, beliau boleh menanti serangan bertubi-tubi Pakatan Rakyat terhadap rompakan lebuhraya oleh BN dan kroninya sehingga PRU13,” kata beliau. ~HarakahDaily
Labels:
Kenyataan Akhbar
Isnin, 5 Mac 2012
OKU Sokong Pembangkang, Umnobn Tarik Balik Bantuan
Lelaki kurang upaya yang mendakwa bantuan kerajaan yang diterimanya diberhentikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana dituduh menyokong pembangkang berkata pengalaman itu cukup memedihkan dan beliau terasa dihina.
Walaupun tangannya cacat, namun Frusis Lebi tetap berusaha sebagai seorang peladang, namun baru-baru ini beliau menghadapi kesukaran kerana subsidi pertanian yang lazim diterimanya dihentikan.
Ketika dihubungi, Frusis, 51 berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pertanian Sri Aman bahawa terdapat "masalah" dalam mengagihkan baja dan racun perosak kepadanya.
"Mereka kata bahawa mereka menerima surat dari Mong yang mengarahkan supaya saya tidak lagi diberikan subsidi kerana saya menyokong pembangkang," katanya.
Menurut Frusis, pegawai berkenaan juga enggan mendedahkan surat itu, mungkin kerana takut, tetapi beliau akhirnya berjaya melihat salinan surat berkenaan pada 1 Mac lalu dari sumber-sumber yang ‘simpati’ terhadapnya.
Surat itu menuduh beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, surat itu juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.
"Sepanjang ingatan saya, rumah saya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi, saya hanya menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar," kata lelaki yang tinggal di Entualang Entawa, Sri Aman itu.
Elaun OKU juga dihentikan
Menurut beliau lagi, pada Oktober tahun lalu, kira-kira enam bulan selepas pilihan raya negeri, bantuan kebajikan orang kurang upaya RM300 sebulan yang diterimanya juga dihentikan.
"Seseorang pegawai dari jabatan kebajikan berkata pendapatan saya telah melebihi jumlah yang layak dan saya tidak lagi layak menerimanya.
"Saya hanya dapat kira-kira RM500 sebulan dari hasil pertanian, pendapatan saya tidak stabil... tetapi mereka berkeras, saya tidak terdaya membuat apa-apa," katanya dalam nada kesal.
Frusis berkata ketika itu, tidak terlintas di fikirannya, tindakan itu ada kaitan dengan politik sehingga subsidi pertanian beliau disekat pula.
Menurut laman web jabatan kebajikan, sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan, pekerja kurang upaya layak menerima bantuan elaun jika pendapatannya kurang daripada RM1,200 sebulan.
Walau bagaimanapun, Frusis berkata bantuan kerajaan kepada anaknya yang berusia 35 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan tidak terjejas. Seorang lagi anaknya yang berumur 21 tahun bekerja di Johor.
Golongan miskin ditindas
Berikutan itu, Frusis meminta nasihat dan Jumaat lalu, dengan bantuan ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald, beliau membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
"Kita tidak tahu sama ada Mong (kanan) yang menulis atau menandatangani surat itu tetapi kita mahu polis menyiasat untuk mencari kebenaran," kata Leon ketika dihubungi.
Menurutnya, surat yang sama juga diedarkan kepada pegawai daerah mengarahkan mereka supaya semua bantuan kepada Frusis dihentikan.
"Bagaimana kerajaan negeri boleh menindas golongan miskin? Beliau menyokong parti pembangkang kerana kerajaan mencerobohi tanahnya tetapi mereka benar-benar jahil tentang nasib rakyat, ini benar-benar kejam," katanya.
Leon menambah beliau akan membantu Frusis dalam mengemukakan aduan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, apabila lelaki itu mempunyai masa lapang daripada menguruskan ladangnya.
Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas dan juga mengesahkan atau menafikan jika surat itu dikeluarkan olehnya.

SEJAHAT-JAHAT, SEKEJAM-KEJAM DAN SEZALIM -ZALIM KERAJAAN ISRAEL ZIONIS YAHUDI LAKNATULLAH, MEREKA TIDAK MELAKUKAN SEZALIM INI KEPADA RAKYATNYA....INI KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG MELAUNGKAN TRADISI MEMBELA RAKYAT CUKUP AMAT ZALIM DAN SAMPAI HATI MELAKUKAN KEATAS SEORANG WARGA YANG CACAT ORANG UPAYA LAGI MISKIN PAPA KEDANA.....KETUA MENTERI DAN PARA MENTERI DAN PEMIMPIN BARISAN NASIONAL SARAWAK HIDUP PENUH KEMEWAHAN MELAMPAU TAPI RAKYAT YANG MISKIN KURANG UPAYA DIZALIMI DAN DITINDAS SEBEGINI RUPA,DI LUAR JANGKAAN PEMIKIRAN MANUSIA WARAS HANYA DISEBABKAN BERBEZA ANUTAN POLITIK..KERAJAAN BARISAN NASIONAL AMAT ZALIM DAN KEJAM!!!!!Walaupun tangannya cacat, namun Frusis Lebi tetap berusaha sebagai seorang peladang, namun baru-baru ini beliau menghadapi kesukaran kerana subsidi pertanian yang lazim diterimanya dihentikan.
Ketika dihubungi, Frusis, 51 berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pertanian Sri Aman bahawa terdapat "masalah" dalam mengagihkan baja dan racun perosak kepadanya."Mereka kata bahawa mereka menerima surat dari Mong yang mengarahkan supaya saya tidak lagi diberikan subsidi kerana saya menyokong pembangkang," katanya.
Menurut Frusis, pegawai berkenaan juga enggan mendedahkan surat itu, mungkin kerana takut, tetapi beliau akhirnya berjaya melihat salinan surat berkenaan pada 1 Mac lalu dari sumber-sumber yang ‘simpati’ terhadapnya.
Surat itu menuduh beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, surat itu juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.
"Sepanjang ingatan saya, rumah saya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi, saya hanya menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar," kata lelaki yang tinggal di Entualang Entawa, Sri Aman itu.
Elaun OKU juga dihentikan
Menurut beliau lagi, pada Oktober tahun lalu, kira-kira enam bulan selepas pilihan raya negeri, bantuan kebajikan orang kurang upaya RM300 sebulan yang diterimanya juga dihentikan.
"Seseorang pegawai dari jabatan kebajikan berkata pendapatan saya telah melebihi jumlah yang layak dan saya tidak lagi layak menerimanya."Saya hanya dapat kira-kira RM500 sebulan dari hasil pertanian, pendapatan saya tidak stabil... tetapi mereka berkeras, saya tidak terdaya membuat apa-apa," katanya dalam nada kesal.
Frusis berkata ketika itu, tidak terlintas di fikirannya, tindakan itu ada kaitan dengan politik sehingga subsidi pertanian beliau disekat pula.
Menurut laman web jabatan kebajikan, sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan, pekerja kurang upaya layak menerima bantuan elaun jika pendapatannya kurang daripada RM1,200 sebulan.
Walau bagaimanapun, Frusis berkata bantuan kerajaan kepada anaknya yang berusia 35 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan tidak terjejas. Seorang lagi anaknya yang berumur 21 tahun bekerja di Johor.
Golongan miskin ditindas
Berikutan itu, Frusis meminta nasihat dan Jumaat lalu, dengan bantuan ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald, beliau membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
"Kita tidak tahu sama ada Mong (kanan) yang menulis atau menandatangani surat itu tetapi kita mahu polis menyiasat untuk mencari kebenaran," kata Leon ketika dihubungi.Menurutnya, surat yang sama juga diedarkan kepada pegawai daerah mengarahkan mereka supaya semua bantuan kepada Frusis dihentikan.
"Bagaimana kerajaan negeri boleh menindas golongan miskin? Beliau menyokong parti pembangkang kerana kerajaan mencerobohi tanahnya tetapi mereka benar-benar jahil tentang nasib rakyat, ini benar-benar kejam," katanya.
Leon menambah beliau akan membantu Frusis dalam mengemukakan aduan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, apabila lelaki itu mempunyai masa lapang daripada menguruskan ladangnya.
Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas dan juga mengesahkan atau menafikan jika surat itu dikeluarkan olehnya.

Labels:
Kenyataan Akhbar
Kesan Ammonia tinggi dalam loji
Wartawan Sinar Harian
5 Mac 2012
SHAH ALAM - Siasatan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mendapati, kandungan Ammonia tinggi dicatatkan di loji pembersihan air (LPA) Sungai Semenyih, 25 Februari lalu berpunca daripada Tapak Pelupusan Sampah Pajam, Negeri Sembilan.5 Mac 2012
Dalam satu kenyataan media, Luas berkata, air kurasan daripada tapak pelupusan sampah itu mencatatkan bacaan sebanyak 365 miligram per liter (ml/l) dan ia kemudian mengalir masuk ke Sungai Semenyih ketika hujan lebat.
“Ketika itu, LPA Sungai Semenyih dihentikan operasi sekitar jam 5.10 pagi selama dua jam disebabkan kandungan Ammonia yang tinggi sehingga 7 mg/l berbanding paras dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 1.5 mg/l.
“Luas telah memohon kerjasama kontraktor tapak pelupusan sampah berkenaan untuk membina semula ban bagi menutup laluan air kurasan ini dari mengalir keluar.
“Luas juga memohon kerjasama agensi berkaitan di Negeri Sembilan untuk menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah berkenaan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, LPA Sungai Selisek di Hulu Selangor juga dihentikan operasi, 24 Februari jam 6 pagi dan 25 Februari jam 7.30 pagi masing-masing selama enam serta lima jam, disebabkan kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Bernam.
Siasatan Luas dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendapati, banyak ikan mati di Sungai Bernam dan anak sungainya, Sungai Inki.
Punca pencemaran dikesan daripada Sungai Inki.
Labels:
Kenyataan Akhbar
Mashitah sempurnakan kebangkrapan moral Umno
12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -"SELAMA 40 tahun dalam BN, saya tidak faham Islam tetapi dengan PAS dan PKR saya faham idealismenya. Umno tidak pernah ajar agama sebaliknya PAS yang mengajar saya mengenai Islam...," itulah pengakuan berterus terang bekas Naib Presiden MCA, Dato' Dr Chua Jui Meng ketika dijemput menjadi panelis program Wacana Sinar anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, 29 Februari lalu.
Sejauh mana Umno berperanan menyampaikan Islam dan memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahlinya juga kepada parti-parti kerabat BN yang lain? Jika apa yang dikatakan Dr Chua itu boleh dijadikan sandaran, jelas Umno yang menjadi parti teras dalam BN gagal mempromosikan imej positif Islam walaupun sering mengakui bahawa perjuangannya berteraskan agama dan bangsa. Malah konotasi "Melayu itu Islam" dan "Islam itu Melayu" seringkali terpacul daripada mulut para pemimpin Umno.
Kegagalan Umno ini tidak menghairankan apabila kita melihat reaksi melampau parti sekutunya MCA dalam menangani isu pelaksanaan hudud. Walaupun cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah termasuk hudud hanya terpakai kepada penganut Islam, MCA menentangnya secara bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan umat Islam negara ini yang majoritinya menyokong cadangan tersebut.
Apa yang lebih mendukacitakan, sikap anti-syariah MCA ini tidak langsung mendapat bantahan daripada Umno mahupun kumpulan-kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh MCA terhadap parti Melayu itu. Walaupun seringkali menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam tanpa sebarang sandaran hujah, Umno dan Perkasa tetap mengambil sikap berdiam diri apabila syariah Islam dihina oleh MCA terutama Presidennya, Dr Chua Soi Lek.
Dalam membicarakan kegagalan Umno mempertahan kesucian Islam dan melaksanakan tanggungjawab dakwah, pastinya kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang peranan 'orang agama' dalam parti nasionalis sekular itu. Jelas 'orang agama' Umno yang sering diberi tanggung jawab menerajui institusi-institusi agama dan menjawat portfolio berkaitan Islam dalam kerajaan gagal menjalankan peranan sebagai da'ie (pendakwah) atau sekurang-kurangnya memberi 'nafas Islam' kepada Umno dan BN.
Lebih mendukacitakan apabila 'orang agama' Umno ini turut hanyut dalam kebejatan politik dan terikut-ikut dengan amalan politik Machiavelli majoriti pemimpin Umno.
Lihat sahajalah ruangan kolum 'Langit Terbuka' orang agama Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu. Dalam tulisan bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan', Mashitah secara tidak beretika cuba mengaitkan para pemimpin PAS dan KeADILan dalam apa yang disebut beliau sebagai 'krisis moral' pemimpin pakatan pembangkang.
Antara yang menjadi mangsa serangan beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Badrolamin Baharon yang sangat diyakininya telah melakukan khalwat dengan isteri orang. Walaupun Dr Badrolamin dan wanita terbabit menafikan dakwaan liar itu dan hanya diminta memberi keterangan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mashitah sudah meyakini bahawa mereka telah melakukan khalwat.
Beliau juga menyerang Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana kononnya dibebaskan daripada dua tuduhan liwat 'atas sebab-sebab teknikal' dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pernah ditangkap khalwat di Kota Bharu dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh 'Mahkamah Kelantan'. Mashitah juga tidak teragak-agak menyambung fitnah Umno dengan mendakwa Adun PAS Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.
Paling biadap, lulusan doktor falsafah bidang Usuluddin itu terus menjadi 'penyambung lidah syaitan' apabila mendakwa kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang terpalit dengan 'skandal membabitkan anak dara' kira-kira sepuluh tahun lalu. Tulis Mashitah, "Beliau (Tuan Guru Abdul Hadi) dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3..."
Adalah tidak menghairankan jika tuduhan dan dakwaan bertaraf sampah ini dibuat oleh blogger-blogger Umno yang sememangnya tidak beretika dan bankrap akhlak. Tetapi jika ianya datang daripada seorang ilmuwan agama Umno, berkelulusan doktor falsafah dan memegang jawatan Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, ia adalah sesuatu yang sukar diterima akal!
Sebelum ini pun Mashitah telah mencetus beberapa kontroversi tidak perlu seperti mempersendakan hukum hudud, mendakwa wanita boleh melacur jika darurat dan bergaduh dengan jiran hanya semata-mata kerana rumput halaman rumah.
Adakah beliau begitu terdesak untuk disenaraikan sebagai calon BN sehingga sanggup melemparkan tuduhan tidak berasas kepada lawan politik bagi membuktikan kesetiaannya kepada Umno dan BN?
Adakah beliau tidak merasa ngeri melihat medan politik Melayu Islam sudah begitu teruk bergelumang dengan fitnah qazaf sehingga beliau turut mahu menyumbangkan saham menyebarluaskan 'budaya lendir dan hanyir' itu?
Nampaknya 'orang agama' Umno sudah jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Mereka bukan sahaja gagal berperanan sebagai pendakwah; malah turut merosakkan lagi imej Umno yang sudah sedia busuk dan reput di mata umum.
Jika Menteri Agama Umno, Dato' Seri Jamil Khir Baharom menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai kempen politik dan menghalang pertuduhan qazaf; Mashitah sebagai Timbalan Menteri Agama pula membantu mengukuhkan 'politik lendir dan hanyir' bagi menghadapi lawan politik.
Orang agama Umno nampaknya gagal mengislahkan parti nasionalis sekular itu. Mereka sebaliknya membantu menyempurnakan kebankrapan moral dan akhlak Umno!
Harakah Daily
Labels:
Kenyataan Akhbar
Muhyidin musnahkan 'maaf' dari Najib
| Harakahdaily, | 05 Mac 2012 |

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Permohonan maaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesilapan kerajaan sebelum ini hancur berderai apabila timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula berkata, "di samping kesilapan BN membuat banyak kemajuan".Kenyataan Muhyidin ini disifatkan sebagai usaha beliau untuk mengurangkan kesan permohonan maaf Najib itu.
"Sepanjang 54 tahun, tiada siapa boleh menafikan fakta, disamping kelemahan, kita telah membuat banyak kemajuan dalam bidang sosia ekonomi, kebudayaan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi," kata Muhyidin mengulas kenyataan Najib.
Ekoran itu, kebaikan yang mungkin diperolehi dari permohonan maaf Najib disifatkan termusnah dengan sendirinya, kata Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP.
"Ini menunjukkan BN kekal bongkak dan menolak setiap kritikan rakyat Malaysia sebagaimana biasa.
"Ini juga bermakna, BN tidak akan berubah jika terus kekal berkuasa (kerana tidak mahu mengaku kesilapan)," kata beliau yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau juga mengkritik kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika memberikan ulasan terhadap kenyataan Najib itu yang disifatkan juga seolah-olah menolak permohonan maaf Najib.
Ahmad Maslan meminta mandat diberikan kepada BN lagi ekoran permohonan maaf Najib untuk memperbetulkan kesilapan lalu yang dibuat BN.
Kedua-dua komen diatas membayangkan keadaan panik pemimpin BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.
Masing-masing membuat kenyataan yang bertentangan antara satu sama lain semata-mata untuk mendapatklan undi.
"Ketika tidak mahu bertembung kenyataan dengan Najib yang memohon maaf, pemimpin BN lain cuba mengawal kesan yang tidak baik dari permohonan maaf itu," kata Tony Pua.
Bagi beliau, permohonan maaf Najib itu tidak selari dengan tindakannya dan sebenarnya ia terlambat untuk Najib membuat permohonaan maaf atas kesilapan yang dibuat pra-2008 lalu.
Ini kerana, dia sepatutnya memohon maaf atas kesilapannya yang gagal membetulkan segala kesilapan itu selepas tiga tahun berpeluang untuk berbuat demikian, katanya.

"Seluruh rakyat kecewa dengan pencapaian BN sejak 2008 dalam isu rasuah, kronisma dan salah guna kuasa.
"Rakyat Malaysia lebih berbecah selepas itu ekoran sikap dan polisi pecah dan perintah BN yang memainkan isu perkauman antara kaum-kaum di Malaysia," katanya.
Selepas tiga tahun memerintah, negara tidak menyaksikan sebarang pembaharuan tetapi semakin teruk.
Indeks persepsi dari Tranparency International semakin turun dari 56 ke 60 pada tahun lalu.
Kerajaan BN juga terus tidak ada keyakinan politik apabila membiarkan skandal salah guna kuasa terus berlalu sebagaimana skandal NFC yang melibatkan pinjaman RM250 juta wang rakyat.
Labels:
Kenyataan Akhbar
Jumaat, 2 Mac 2012
Abdul Rahman hilang jawatan Umno, kekal MP Sabak Bernam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Abdul Rahman bagaimanapun masih belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kes itu masih dalam proses rayuan.
"Seperti mana kita tahu ada kes yang mana Mahkamah Rayuan telah membebaskan (tertuduh)...jadi kita tak boleh andaikan apa yang akan berlaku nanti.
"Jadi setakat ini (Abdul Rahman) masih kekal sebagai Ahli Parlimen sampai pilihan raya, selepas itu kita lihatlah bagaimana," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Najib ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama profesional Kelantan sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini.
Abdul Rahman merupakan Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.
Semalam, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 setelah memutuskan Abdul Rahman didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun jika Abdul Rahman gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.
Hakim bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sehingga rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. - Bernama
Labels:
Kenyataan Akhbar
Rabu, 29 Februari 2012
Indeks kemiskinan Kelantan 4.8, Sabah 19.2
7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -KOTA BHARU, 29 Feb: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).
Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.
Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.
“Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.
“Atau sememangnya Dato’ Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini,” katanya di sini.
Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.
Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.
Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang.
Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang.
Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali.
“Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta.
“Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa,” katanya.
Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia.
Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak.
“Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut,” ujarnya.
Harakah Daily
Labels:
Kenyataan Akhbar
Jumaat, 24 Februari 2012
Anak gesa tarik balik ‘borang durian runtuh’
| Khairil Abdul Rahim, |
TEMERLOH, 24 Feb: Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberi kata dua kepada pihak Felda sama ada menarik balik ‘pekeliling durian runtuh’ yang diedarkan kepada peneroka atau laporan polis akan dibuat. Katanya, ini disebabkan timbul keadaan yang amat mengelirukan dan kegelisahan di kalangan peneroka kerana semua dokumen seperti salinan kad pengenalan, geran ladang, rumah digunakan untuk tujuan tertentu.
“Saya banyak terima aduan dalam seminggu ini tentang edaran borang untuk mendapat ‘durian runtuh’ dengan maklumat penting iaitu fotostat kad pengenalan, geran ladang, rumah, status senarai hitam bank dan pewaris.
“Isinya agak berbeza tetapi membawa implikasi yang sangat besar kerana dokumen-dokumen penting boleh dimanipulasi.
“Jadi saya nak minta satu penjelasan siapa yang keluarkan arahan itu? Saya tak salahkan pengurus-pengurus Felda kerana mereka hanya menjalankan arahan daripada pihak atasan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Tambah Mazlan, ini berkaitan dengan janji kepada peneroka.
“Ada pengurus yang janji nak bagi duit tunai RM10,000 ada yang janji dalam bentuk saham. Ini satu harapan kepada peneroka dan bila nak bagi duit mereka tak fikir panjang lalu serah semua dokumen,” katanya.
Katanya, ada beberapa tempat seperti di Jengka 18 peneroka disuruh membuat buku akaun dan agen bank sendiri datang ke balai raya.
“Bagi saya ini akan menimbulkan keadaan yang mengelirukan terutama sebenarnya janji durian runtuh itu tidak wujud sama sekali,” jelasnya.
Mazlan juga berpendapat, ini mungkin juga satu helah di mana akhirnya pihak tertentu akan menggunakan semua dokumen tersebut untuk mereka akhirnya menjustifikasikan peneroka Felda secara majoriti setuju dan menyokong penyenaraian FGVH.
Tambahnya, tidak mustahil secara halus atau pintu belakang mereka menggunakan referendum itu untuk meneruskan penyenaraian dengan paksaan tetapi secara halus.
“Sebab itulah saya sudah beritahu peneroka yang menghubungi saya supaya buat laporan polis kerana ada unsur ugutan, penipuan dan salah guna kuasa.
“Jadi oleh kerana isu ini begitu besar dan melibatkan warga Felda seluruh negara, saya minta surat arahan itu ditarik balik serta merta. Saya nak katakan durian runtuh itu satu pembohongan sebab mesyuarat agung khas (EGM) semalam (kelmarin) pun dibatalkan, KPF tiada kaitan dengan penyenaraian jadi nak dapat durian runtuh dari mana.
“Sebab itu saya katakan durian runtuh itu cerita karut dan yakin ada satu agenda halus yang menjurus kepada mereka nak bina satu keyakinan sebenarnya yang hendakkan penyenaraian itu kononnya besar dan yang menolak itu kecil,” tegasnya.
Mazlan tidak menolak usaha itu mungkin ada kaitan dengan kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang mahu Felda disenaraikan juga menggunakan mekanisme yang lain setelah gagal EGM.
Dalam sidang media yang sama, Mazlan mengucapkan syabas kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang berani mengeluarkan kenyataan terbuka dan jelas bahawa bahaya bagi Felda jika disenarai di bursa saham kerana beliau seorang yang berpengalaman dalam ekonomi.
Katanya, kenyataan berani tersebut sangat signifikan dalam hala tuju penyenaraian Felda dan itu jugalah sebenarnya kebimbangan warga Felda selama ini justeru minta Perdana Menteri membatalkan saja usaha penyenaraian itu. ~HarakahDaily
Labels:
Kenyataan Akhbar
Ahad, 5 Februari 2012
Punca Pas pecat Hasan Ali - TG Haji Hadi

MUKADIMAH: Dalam wawancara selama 1 1/2 jam bersama Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan sahaja menegaskan tidak mempunyai agenda untuk menjadi perdana menteri, tetapi juga mengulas tindak-tanduk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat daripada parti itu kerana melanggar disiplin dan pelbagai cabaran serta halangan dihadapi Pas, terutama dalam usaha mengambil alih Putrajaya.
Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung di kediaman beliau di Rusila, Marang, Terengganu.
Kenyataan Datuk Hasan menjejaskan juga prestasi parti?
Hadi: Dalam sehari dua, apabila sudah banyak hari akan terserlahlah langkah kita itu betul. Contohnya, isu berkait dengan Himpunan Sejuta Umat. Kita lihat isu ini banyak benda tidak tepat. Contohnya, orang Melayu masuk Kristian sampai ratus-ratus ribu. Pernah dengar kan? Bila polis siasat, maklumat itu tidak betul, orang yang disiasat dibebaskan. Mengapa tiada diambil tindakan? Kerana ada pelindung dia; kita tahu. Pada kita murtad ini bukan sahaja masuk Kristian, tapi termasuklah hina hukum Islam. Boleh jadi murtad dengan kejahilan dia, berlaku begitu rupa. Menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Jadi, murtad ini luas. Dan kita nampak isu ini dipolitikkan dan pada PRU 2008 ada yang berhempas-pulas mendapatkan undi Melayu. Rata-rata orang Melayu tak tahu agama kebanyakannya dan mereka sayang pada Islam. Mereka jadikan isu ini untuk tarik undi Melayu, bukan untuk mempertahankan Islam.
Saya pernah bawa usul menangani murtad di Parlimen pada 1998. Mengikut standing order di Parlimen, usul bukan kerajaan hendaklah diletakkan di belakang. Yang kedua, usul seperti ini hendaklah dibawa oleh seorang menteri kerajaan yang boleh disokong, dirujuk kepada standing order. Apabila menteri bawa, ada sokongan. Setelah ada undi barulah saya bawa usul ini, banyak lapis, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja usul ini.
Tetapi akhir-akhir ini dibawa isu ini dengan Himpunan Sejuta Umat. Tidak lebih daripada mempolitikkan isu, bukan nak pertahankan akidah dan nak gunakan orang Pas untuk mengerah orang Pas ramai-rami hadir di stadium Shah Alam. Saya tahu ada kalangan yang nak sediakan bas. Apabila kita tahu macam ini, kita kata jangan pergi, Datuk Hasan Ali pergi, kemudian pergi lagi ke Perak dan buat kenyataan. Kenyataan ini tidak tepat dengan apa yang kita nak. Memang kita tidak setuju dengan murtad; lawan murtad, tapi Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan.
Atau matlamatnya tak betul. Tak ada dalam Islam ini, matlamat menghalalkan cara. Matlamat mesti betul, cara mesti betul. Kalau matlamat betul, cara salah, tidak boleh. Matlamat salah, cara betul, tidak boleh. Dua-dua kena betul. Itu lagi kena faham dan Pas bukan milik siapa, milik organisasi, kumpulan kita.
Pas ini ada Majlis Syura Ulama dilantik dalam Jawatankuasa Pas Pusat empat orang, Dewan Ulama lantik empat orang, Dewan Pemuda dua orang, Dewan Muslimat dua orang kemudian mereka dilantik ini pilih lima orang lagi dalam kalangan ulama yang boleh merujuk dalam bahasa Arab, merujuk kitab-kitab Islam; yang kita ketahui kewibawaan, akademik dan kemampuan.
Kita tahu moral dia konsisten dengan pendirian dan dia boleh buat keputusan, boleh membatalkan keputusan parti, sekiranya bercanggah dengan al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias. Ini jaminan yang ada dalam Pas. Kalau ada ahli parti yang nak buat sendiri, bertindak sendiri, maka kalau dia bercakap sebagai orang Pas, orang kaitkan dengan Pas, jadi lebih baik dia bebas.
Bangunan Umno Hulu Terengganu disimbah dengan cat hijau?
Hadi: Saya rasa kita orang Pas tidak buat sampai begitu. Kita ajar orang kita tidak boleh melampaui batas. Kalau ada orang Pas bertindak begitu kita disiplinkan dia kerana Islam ajar kita, kita berlawan dalam perang pun tidak boleh melampaui batas, apa lagi perang melalui demokrasi. Itu boleh jadi pihak lain yang buat provokasi, boleh jadi belaka. Dalam politik boleh jadi semua.
Siapa Menteri Besar Terengganu kalau Pas menang dalam PRU13?
Hadi: Itu ditentukan parti. Belum tentu saya bertanding di state (negeri). Kalau bertanding di state pun, belum tentu lagi saya jadi menteri besar. Bahkan di Kelantan, saya bagi contoh; tahun 1959, yang jadi menteri besar Datuk Ishak Bakri. Datuk Asri tidak jadi menteri besar. Lepas tu Ishak jadi Speaker, Datuk Asri jadi menteri besar, dia bukan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Lepas tu Datuk Asri tidak jadi menteri besar walaupun dia pesuruhjaya. Tuan Haji Mat Amin Haji Yakob Almarhum.
Di Terengganu juga pernah begitu, masa Daud Saad Almarhum menteri besar, dia pegang pesuruhjaya. Yang dilantik ialah diterima rakyat, diterima pegawai pentadbir negeri. Kerana kita nak memerintah negeri ini ada beberapa orang di kalangan tuanku sultan, pegawai tadbir negeri, wakil rakyat, yang keempatnya rakyat. Ini kita mesti lihat penerimaan semua sekali. Tidak boleh kita nak tentu-tentukan begitu.
Siapa Perdana Menteri (jika PR menang PRU-13?)
Hadi: Pada peringkat ini kita dalam Pas tidak bincang. Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi. Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun. Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri. Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan.
Dari segi politik, kepimpinan negara mesti Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu. Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.
Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima. Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi. Dan kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah. Yang kita silapkan MCA, MIC, silapkan Gerakan; silap Umno sendiri. Dalam Pas sendiri, kita tidak tolak ansur dan DAP menerima kerana kita tegas dalam masalah ini.
Barangkali saudara-saudari ingat masa tahun 2000 DAP keluar daripada Barisan Alternatif, minta Pas batalkan beberapa agenda Pas, kita tegas; kita tidak berganjak dan DAP keluar dan masuk balik. Dengan kita tidak berganjak itu menunjukkan kita tidak menggadaikan prinsip kita. Dan kita tidak zalimi rakan-rakan kita.
Dari segi hudud, adakah DAP terima?
HADI: Memang dia orang bukan Islam, tidak terima, tetapi untuk melaksanakannya dia tidak boleh halang kita. Dan dalam konteks Islam kita bukan sahaja tidak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam, tetapi juga termasuk dalam melaksanakan undang-undang. Dengan sebab itu, dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan dan Terengganu, kita buat satu peruntukan orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada mereka menerima Islam atau menerima satu cara yang lain. Kepada saya, saya yakin orang bukan Islam akan terima pada akhirnya. Jangan kita tanya perompak, tanya mangsanya. Kalau tanya perompak, perompak tak sukalah kena hukum.
Dalam Islam, kalau bunuh hukumnya bunuh. Mungkin Undang-undang barat pun sama hukum membunuh, tetapi kalau ambil harta, kalau perompak kena potong tangan, potong kaki. Kalau tanya Cina-Cina yang kena rompak tu, dia setuju kalau potong tangan, potong kaki. Kemudian ada teori mengatakan kalau kita laksanakan pada orang Islam, orang Islam jadi kudung, jadi apa, itu tidak betul. Kita kena faham, undang-undang hudud ini undang-undang mendidik, bukan menghukum. Nak hukum payah, mendidik.
Apabila dilaksanakan, orang Melayu, orang Islam jadi moral dia tinggi. Penjenayah tidak banyak. Orang lainlah penjenayah. Ia akan jadi macam itu. Itu hikmat dia kena faham. Dengan itu kita terima kalau DAP tidak setuju, tak apalah. Yang peliknya Umno kata dia tidak setuju.
Barangkali dia anggap itu hudud ala Pas?
HADI: Kalau hudud Pas kita muzakarahlah. Kita bincang. Hudud ini ayat Quran, bukan Pas boleh buat. Pas tidak boleh reka hukum hudud ini.
Percanggahan berhubung pelaksanaan hudud antara Pas dan DAP, bagaimana dineutralisekan?
HADI: Kita neutralisekan dengan utamakan perkara yang jadi bersama. Contohnya negara berkebajikan, tolong bela rakyat miskin, tolong rakyat miskin, khidmat pada masyarakat. Rawatan percuma pendidikan percuma. Ada pendidikan swasta, dengan pengawasan dia, ini semua parti bersetuju, kita utamakan yang ini dulu. Nak laksanakan hudud itu, dia makan masa. Ini boleh dibuat. Contohnya nak hapuskan tol, Pas setuju, DAP setuju. Nak bantu kemudahan makanan kepada rakyat, semua setuju. Ini halal, ini haram, bezalah. DAP boleh makan babi, kita tidak boleh makan babi; memang kita tidak setuju dengan babi, tapi kita tidak boleh halang DAP.
Datuk Hasan Ali kata negara berkebajikan bercanggah dengan konsep Islam?
HADI: Ada kenyataan mengenai perkara itu, dia tarik balik, dia minta maaf. Sebab dalam Islam tidak disebut sembahyang Islam, puasa Islam, nikah Islam. Disebut negara, kemudian negara berkebajikan, negara adil, negara ihsan. Itu istilah-istilah yang disebut dalam Quran, tetapi dia merangkumi sekali aspek ini. Dan saya ada tulis buku, negara berkebajikan, berdasarkan huraian yang saya bentang di muktamar Pas. Dan negara berkebajikan sudah diterima di muktamar. Bila muktamar terima dia tolak, itu sudah melanggar partilah.
Berkenan hudud dilaksanakan tetapi proses tidak sebagaimana yang diharapkan? Adakah manifesto senasib?
HADI: Yang pertama, hudud pada undang-undang jenayah sudah diwartakan. Tuanku sudah sain. Sudah lulus. Yang kedua kita balik pada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia kata Islam adalah agama Persekutuan. Agama ini, ada dua. Mengikut tafsiran Barat, religion. Pentafsiran Islam addin. Bila kita sudah merdeka kita kena tafsir mengikut addin, bukan religion. Addin merangkumi segala aspek, cumanya berlaku di Kelantan bila kita lulus di Kelantan, Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu, hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Tok Guru Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz memberi amaran sekiranya Kelantan melaksanakannya, Kerajaan Pusat akan bertindak. Bagi Terengganu tiada surat itu. Terengganu ada bantahan daripada seorang pimpinan Umno yang bukan pimpinan utama, bawa ke mahkamah, tetapi tarik balik benda itu.
Jadi kita harap, setelah gagalnya undang-undang yang diamalkan hari ini, masalah rompakan, masalah jenayah, ada negeri tidak boleh saya sebut takut malu dia, tiap-tiap hari ada kadar jenayah. Tiap hari, bukan tiap-tiap bulan; sehari ada kes bunuh. Negeri yang jumlah penduduk dia ramai di Malaysia yang gejala sosialnya lebih kerana kemajuan industrinya pesat sampai satu hari satu kes bunuh. Itu polis beritahu saya. Tak payahlah saya dedah negeri mana. Itu bahayanya; itu yang media tidak dedah, yang media dedah pun banyak dah. Walaupun yang buat jenayah itu bukan orang kita, orang luar, pendatang tanpa izin, macam-macam, tetapi kesimpulannya jenayah besar.
Kalau laksanakan undang-undang qisas dan hudud ini saya yakin Tuhan kata ‘Dan bagi kamu hukuman jenayah qisas ini membawa kehidupan’.
Quran mengatakan demikian, maknanya membawa kehidupan, di sini jenayah akan berkurang dan hapusnya kes ini, membawa kehidupan kepada manusia. Yang kita ingat kalau laksana hukuman ini banyak orang kena hukum.
Barangkali oleh kerana pencuri 30,000 - 40,000 di seluruh negara dalam masa setahun. Barangkali banyak tangan kena potong. Kita fikir begitu. Bila diisytihar sahaja undang-undang ini maka habis takut mencuri, berhenti mencuri. Dia akan jadi macam itu. Di Arab Saudi, masa pemerintahan Kiya ul Aziz, dalam masa 20 tahun, tidak sampai 10 orang kena potong tangan. Mereka yang pergi buat umrah, pergi haji lihat sendiri tempat pengurup wang, sebagai contohnya, tutup dengan kain sahaja.
Pergi sembahyang, tutup dengan kain, orang takut nak mencuri, itu dia punya kehebatan. Yang pentingnya, kehebatan undang-undang; undang-undang itu hebat. Yang ada hari ini undang-undang tidak hebat, orang tidak gerun, penguat kuasa pun orang tidak gerun. Bahkan rumah polis pun dia masuk, rumah ketua polis boleh perompak masuk. Itu menandakan tidak hebat.
Dengan sebab itu, saya rasa tidak timbul terhalang. Kita tengok dululah apabila kita menang kali ini. Apa akan berlaku, respons daripada Pusat bagaimana, kita tengok.
Ada tak calon wanita di Terengganu?
HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas. Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain. Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar. Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita. Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.
(Penceramah bebas) Ustaz Azhar Idrus?
HADI: Tidak termasuk.
Nampaknya Pas pun laksanakan calon boleh menang?
HADI: Calon yang boleh menang yang cukup syarat. Dia mengikut kehendak parti kita, ikut syarat dan boleh menang. Kalau boleh menang sahaja, tapi tidak cukup syarat parti kita, kita tidak beri jadi calon.
Labels:
Kenyataan Akhbar
Jumaat, 27 Januari 2012
Juruterbang didenda khalwat isteri orang

SUBANG - Seorang juruterbang dan seorang suri rumah dihukum denda masing-masing RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Tropicana Golf Resort di sini, Mei lalu.
Juruterbang, Mohd Zafrie Mohd Jasbir Khan, 30, dan pasangannya, Nur Sarah Euzen Petrus, seorang suri rumah yang berstatus isteri orang semasa kejadian turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan, sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan sama.
“Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf tak guna juga.
“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,” katanya.
Pasangan itu didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Blok K, Kondo Riana Green, Jalan PJU 3/1C, Tropicana Golf Resort di sini, kira-kira jam 4 pagi, 16 Mei lalu.
Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Pendakwa Syarie, Shafezan Rosli mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Shafezan ketika mengemukakan fakta kes berkata, pasangan itu ditangkap penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke rumah itu selepas mendapat maklumat awam.
Penguat kuasa mengambil masa lebih 40 minit untuk mendapatkan kerjasama penghuni sehingga memaksa mereka memecahkan pintu hadapan.
Pasangan itu ditemui dalam rumah berkenaan yang tidak memasang lampu.
Sinar Harian
Labels:
Kenyataan Akhbar
Ahad, 22 Januari 2012
Pengasas Yahoo! letak jawatan secara mengejut
SAN FRANCISCO — Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu, di tengah-tengah kemelut, selepas hampir dua dekad menerajuinya.
Keputusan mengejutkan itu diumumkan semalam, kira-kira dua minggu selepas Yahoo Inc melantik bekas eksekutif PayPal, Scott Thomson sebagai ketua pegawai eksekutifnya.
Washington Post memetik laporan media berkata, Yang melahirkan sokongan ke atas Thompson dalam keputusannya meninggalkan lembaga pengarah Yahoo.
Beliau menganggotai lembaga pengarah sejak ia ditubuhkan pada 1995.
Yang juga meletakkan jawatan dari lembaga Alibaba Group dan Yahoo Japan. Yahoo sedang mengadakan perundingan untuk menjual pegangan di kedua-dua syarikat itu.
Selain itu, Yang juga akan melepaskan gelatan sebagai "ketua Yahoo”.
sumber asal : Sinar Harian

Khamis, 19 Januari 2012
Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang - Anwar

Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini.
"Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang? Dah 20 tahun lamanya menjadi Menteri Besar, tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap tidak ada tanah, tak ada balak, tak ada wang yang banyak dan rumah mewah," katanya.
Kalau orang lain, menurut beliau, setelah 20 tahun menjadi menteri besar atau memegang tampuk kuasa, pasti akan mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga seperti yang sering berlaku di seluruh dunia.
Katanya, kemunculan Mursyidul Am PAS itu sebagai menteri besar yang bersih berpunca dari potensi dirinya sendiri selaku manusia yang kuat berpegang kepada agama, guru agama dan sejajar dengan penglibatannya dengan perjuangan bersama parti Islam atau PAS."Tanpa pegangan kuat kepada agama, tidak akan lahir kekuatan iman, kemantapan rohani sehingga menjadikan Nik Aziz muncul sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai unsur negatif lain," tegasnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut berbangga kerana Menteri Besar Kelantan dari PAS itu bukan sekadar muncul sebagai pemimpin bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi juga dapat memimpin serta mentadbir kerajaan dengan cemerlang.
"Walaupun ada orang kata ustaz atau guru agama tak boleh jadi pemimpin kerajaan, tetapi Nik Aziz telah membuktikan bahawa guru agama juga layak, malah lebih berkelayakan menjadi pemimpin," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.
Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.Dengan kecemerlangan sikap dan prestasi yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu, tegasnya, ia sekali gus boleh mematikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan kemampuan golongan agama atau ulama menjadi pemimpin.
"Kini setelah 20 tahun menjadi menteri besar, Nik Aziz ternyata lebih berkebolehan menjadi pemimpin berbanding pemimpin-pemimpin dari Umno BN sehingga menjadikan Kelantan jauh lebih baik setelah berada di bawah PAS atau Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN," tegasnya.
Beliau turut memuji sikap dan prestasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berada di bawah Pakatan Rakyat ternyata mempunyai sikap yang baik, bebas dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya sehingga menjadikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada yang berada di bawah BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.Beliau yakin prestasi baik yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang memegang tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang berada di bawah pakatan itu akan dapat dipertahankan oleh kesemua mereka yang terbabit, selaras dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat, bukan untuk mengaut kepentingan peribadi.
Sumber: Harakahdaily.net
Labels:
Kenyataan Akhbar
Langgan:
Catatan (Atom)