Jumaat, 30 September 2011

Penduduk terseksa menunggu jambatan baru Jalan Air Keroh, Ali Rustam Buat Dono Jer


BEBERAPA orang penduduk merangkak ketika menyeberangi sebatang anak sungai semalam, selepas jambatan asal dirobohkan untuk diganti dengan jambatan baru di Jalan Air Keroh di Kampung Bukit Senggeh, Nyalas, Jasin, Melaka.

JASIN 29 Sept. - Perkhabaran pembinaan jambatan baru bagi menggantikan jambatan yang rosak awal tahun lalu begitu menggembirakan penduduk Jalan Air Keroh di Kampung Bukit Senggeh di sini.

Senyuman penduduk juga tidak lekang dari bibir apabila melihat kontraktor mula sibuk memecah jambatan lama dan memunggah pembentung konkrit untuk menyiapkan jambatan baru yang dikatakan hanya mengambil masa tiga minggu untuk siap.

Namun, entah apa yang tidak kena, kegembiraan penduduk di situ tidak lama apabila kerja-kerja pembinaan jambatan terbabit yang didakwa penduduk berjalan hanya sehari, tiba-tiba dihentikan dan kini membebankan pula penduduk.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Jamaliah Yusof, 57, berkata, masalah tersebut menyebabkan penduduk terputus hubungan dengan masyarakat luar dan sukar untuk melaksanakan urusan harian dengan sempurna.

Katanya, masalah itu lebih memberi tekanan kepada keluarganya kerana menyukarkan penghantaran suaminya, Mohd. Isa Yusuf, 64, ke Hospital Jasin akibat diserang penyakit lemah jantung malam kelmarin.

''Anak-anak terpaksa menggunakan laluan ladang getah yang tidak boleh dilalui langsung oleh kenderaan tetapi kami tiada pilihan terpaksa kerana perlu segera menghantar suami ke hospital," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Katanya, sejak lebih dua minggu, penduduk di situ terpaksa menggunakan laluan getah tersebut untuk keluar menjalankan aktiviti harian termasuklah anak perempuannya yang berulang-alik kerana bekerja di pusat bandar seawal pukul 6 pagi.

Bagi Ibrahim Yusuf, 47, projek pembinaan jambatan baru yang terbengkalai sejak lebih dua minggu itu banyak menimbulkan kesulitan kepada penduduk, khususnya pelajar yang ingin ke sekolah.
''Saya hairan, kalau tidak boleh disiapkan segera atau tidak cukup peruntukan, kenapa tergesa-gesa robohkan jambatan lama.

''Jambatan lama itu hanya rosak kecil dan boleh dibaiki sedikit untuk sementara waktu, kalau terus dibiarkan masalah ini berlaku, susahlah penduduk kampung untuk menjalankan kerja harian," katanya.
Sementara itu, Biramah Beekandaya, 73, berkata, dia dan cucunya berusia lima tahun terpaksa 'merangkak' melalui laluan kecil yang dibuat sendiri oleh penduduk setiap kali menghantar cucu ke Tadika Kemas di kampung itu.

''Mak cik sudahlah uzur tetapi terpaksa melalui juga laluan sempit dan berbukit di tapak projek pembinaan jambatan baru itu, kami perlu merangkak melaluinya, kalau tidak, boleh terjatuh kerana laluannya agak bercerun," katanya.

Tegasnya, penduduk terdedah dengan keadaan berbahaya kerana keadaan tapak projek yang dipenuhi pembentung konkrit, malah apabila waktu hujan, laluan di situ termasuk ladang getah langsung tidak boleh digunakan sebagai laluan.

Komando Hebat Dunia

MyNewHub |
Inilah kisah lima pasukan tentera elit atau komando terhebat dunia.
5. Kopassus

Ditubuhkan pada 1952, kumpulan tentera elit Indonesia ini membina nama apabila mengepalai kebanyakan operasi tentera bagi kerajaan.
Operasi terbaik: Pada tahun 1981, sebuah gerakan ektrimis Islam telah merampas kapal terbang Garuda Penerbangan 206. Sebaik kapal terbang tersebut mendarat, para komando Kopasus telah mengempur kapal tersebut dan dalam masa yang amat singkat, membunuh tiga orang pengganas serta membebaskan 50 penumpang.
4. Sayeret Matkal

Kumpulan tentera elit Israel ini amat mahir dalam penggunaan senjata kecil, seni membertahankan diri dan juga mendapatkan maklumat tentang musuh secara senyap. Kini, mereka kebanyakannya menjalankan operasi dalam menghalang serangan pengganas dan juga operasi menyelamat tebusan.
Operasi terbaik: Dikenali sebagai operasi Entebbe, satu misi menyelamat bagi membebaskan tebusan yang ditahan di Air France flight 1 di Lapangan Terbang Entebbe, Uganda pada tahun 1976, seramai 45 askar Uganda, enam pengganas dan tiga orang tebusan telah mati terbunuh dalam operasi tersebut, walau bagaimanapun, mereka berjaya menyelamatkan 100 orang tebusan.
3. Kaibiles

Pasukan tentera dari Guatemala ini merupakan pasukan elit yang mahir bagi peperangan dalam hutan dan juga operasi menentang pengganas. Dikenali sebagai pasukan yang tidak tahu erti takut. Ditubuhkan pada tahun 1975, motto mereka adalah, “Jika kami mara, ikut kami. Jika kami berhenti, paksa kami untuk terus bergerak. Jika kami berundur, maka bunuh kami.”
Operasi terbaik: Lapan anggota Kaibiles terbunuh manakala lima lagi cedera apabila mereka diserang hendap di Congo ketika mereka bersama-sama menyertai pasukan pengaman PBB. Anggota-anggota yang terkorban merupakan sebahagian strategi dalam operasi untuk menangkap Timbalan Komander bagi pasukan tentera penentang.
2. Alpha Group

Pasukan tentera Rusia yang dianggotai oleh 700 orang ahli ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan pasukan itu masih lagi mampu bertahan walaupun selepas era kejatuhan Soviet Union.
Operasi terbaik: Pada tahun 2004, dalam satu krisis penahanan pelajar di Beslan, 1,200 tebusan telah ditahan oleh Gerakan Pemisah Chechen. Operasi tersebut berakhir dengan kematian seramai 31 orang pemisah. Seramai 350 orang awam turut terbunuh dalam operasi tersebut.
1. U.S. Navy SEALs

United States Navy Sea, Air and Land (SEAL) terkenal dengan kebolehan mereka untuk menjalankan operasi air dan juga dalam operasi risikan, serangan pengganas, operasi menyelamatkan tebusan dan juga operasi-operasi kecil lain.

Operasi terbaik: Pasukan di bawah arahan Presiden Barack Obama berjaya membunuh Osama bin Laden di kediamannya di Pakistan. Pasukan ini juga berjaya membunuh tiga lanun Somalia ketika lanun-lanun tersebut menahan seorang kapten untuk dijadikan sebagai tebusan.

Khamis, 29 September 2011

Gambar Umno Seremban Dan Perkasa Bertindak Ganas

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA nampaknya sudah mula bermain kasar. Pertubuhan yang bukan anak jantan ini mula untuk tonjolkan keberanian setelah dikutuk dan dipersendakan akibat kebaculan mereka sewaktu berjanji untuk hadir semasa perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, tetapi mereka ghaib entah ke mana.



Di Seremban, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, PERKASA mahu menunjukkan jantan mereka dengan menganggu ceramah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sambutan Aidilfitri dan ceramah Timbalan Presiden malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam. Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanLebih kurang 100 orang budak-budak PERKASA berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kononnya mereka mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu, tetapi ianya dihalang oleh para penyokong PAS. Mengapa di situ memorandum mahu diserahkan? Bukankah itu merupakan satu tindakan provokasi dan mengapa pihak berkuasa gagal bertindak pantas? Bayangkan jika ini berlaku kepada Najib, sudah tentu ada tangkapan awal dibuat.

PERKASA jangan ingat kami di dalam PR takut untuk berdepan dengan mereka. Kalau kami boleh berdepan dengan ratusan atau ribuan FRU dengan berbagai senjata, usahlah PERKASA cuba untuk bermain api dengan PAS atau PR. Kami di dalam PR cuba sedaya upaya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang tetapi jika PERKASA hadir untuk memaksa kami melanggar undang-undang, kami juga bersedia untuk melayan kamu.

Beberapa hari yang lepas, ceramah Ketua Umum DS Anwar juga diganggu oleh beberapa pemuda diketuai oleh Lokman Adam. Ceramah juga terganggu dengan `black out' secara tiba-tiba. Ini lah kerja kumpulan bacul dan dayus yang mendapat sokongan dari pemimpin yang bacul dan dayus. Mereka takut untuk berdepan melalui debat, tetapi mahu tunjuk berani dengan cara kotor sebegitu.

Kepada penyokong-penyokong PR terutamanya PAS dan PKR yang seringkali pemimpin mereka diganggu, kita harus belajar dari peristiwa ini. Persiapkan para petugas kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Jelas, tumpuan mereka ini hanya kepada DS Anwar dan Mat Sabu. Justeru itu, persediaan mesti ada jika kita menganjurkan ceramah bagi kedua-dua tokoh ini.

Sekiranya berlaku apa-apa terhadap tetamu yang memberi ceramah terutamanya pemimpin utama kita, pihak Penganjur dianggap gagal memastikan keselamatan mereka. Kita tidak harus bergantung sangat kepada pihak Polis kerana kita sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Polis jika berlaku sesuatu./wfauzdin.blogspot.com

Bekas Mufti Kurang Maklumat Pembangunan Negeri Kedah


Oleh Zulkifli Yahaya

http://www.alhusna.info/images/Dr%20Asri.pngBUKAN kali pertama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Bercakap dalam satu majlis forum di Kota Bharu baru-baru ini beliau berkata, PAS memerintah Kedah dengan BN memerintah Kedah sama sahaja, tidak ada sebarang perubahan. PAS, katanya, hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh BN tanpa membuat sebarang penambahbaikan. 

Saya tidak mahu memberi reaksi hanya kerana Kedah dikritik. Kritikan ataupun muhasabah daripada sesiapa pun amat dihargai, kerana kerajaan negeri Kedah adalah sebuah kerajaan manusia bukannya kerajaan malaikat.
 
Parti yang menerajui kerajaan adalah PAS, sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat.

Justeru tidak ada barang sepicing hasrat mahu mengetepikan Islam daripada melandasi wawasan dalam pentadbiran. Seperti yang dikatakan tadi, wawasan yang ideal ini dilaksanakan oleh sekumpulan manusia. Ia ada masalah dan kelemahan. Namun menyamakan PAS dan BN dalam memerintah Kedah, ia dakwaan yang merapu. Apatah lagi mendakwa PAS hanya mengekalkan dasar BN tanpa sebarang penambahbaikan. Di ruangan ini saya sudah

jenuh menyenaraikan dari semasa ke semasa perbezaan dalam pencapaian antara kerajaan negeri sekarang dan dahulu serta penambahbaikan yang telah dibuat.

Pembaca mungkin sudah jemu untuk menelaah jika butiran yang sama diulang tetapi jika tidak diulang, orang seperti Dr Mohd Asri dan golongan tercicir maklumat ini akan terus-menerus membuat tuduhan tidak betul terhadap kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS.

Dari aspek politik ia meletakkan PAS Kedah dalam keadaan ‘bahaya’ kerana wujud persepsi buruk terhadap parti yang memerintah, lantas sebahagian rakyat akan berkirakira untuk menolak PAS.

Bagaimana pentadbiran antara PAS dan BN boleh dikatakan sama jika hari ini kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pembangunan insan yang berteraskan Islam berbanding dahulu yang hanya menumpu kepada pembinaan modal insan.

Kerajaan mewujudkan Kem Belia Sejahtera, Kem Bina Insan, Kem Bina Sahsiah dan Kem Anak Soleh yang telah mentarbiyah beribu-ribu anak negeri ini menjadi insan beriman dan bertakwa, sedangkan dahulu tidak ada.

Kerajaan kini membina sebuah kampus tetap Kolej Universiti Insaniah bernilai RM330 juta fasa pertama serta menambah lebih 40 kursus baru, pembelajaran sehingga ke peringkat doktor falsafah sedangkan dahulu tidak ada.

Kerajaan kini memperkenal dasar baru pembalakan iaitu tender terbuka. Dahulu projek diberi secara anugerah, hasil balak negeri tidak melebihi RM8 juta setahun. Kini di atas keluasan yang sama iaitu 2,340 hektar hasil balak bertambah iaitu RM35 juta (2008), RM38 juta (2009) dan RM53 juta (2011).

Kerajaan memperkenalkan dasar perbelanjaan berhemah, akibatnya sepanjang hampir empat tahun belum ada sehari kerajaan negeri memanjat tangga Putrajaya untuk berhutang dengan Pusat, sedangkan di bawah kerajaan lalu berkali-kali kerajaan negeri ‘meminta sedekah’ daripada Pusat akibat kesuntukan kewangan.

Perbelanjaan berhemah juga menyebabkan buat kali pertama berlaku dalam sejarah kerajaan negeri mempunyai lebihan RM19 juta pada akhir 2010 me- ngatasi unjuran defisit. Hal ini tidak pernah berlaku pada zaman BN.

Dasar tiada pemborosan dan memaksimumkan hasil untuk rakyat jelata (semestinya dengan mengetepikan rasuah) bukankah itu daripada ajaran Islam?

Pada zaman BN duit hasil syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) digunakan untuk membiayai program politik BN. Berkajang-kajang penyalahgunaan wang tersebut telah didedahkan juga di ruangan ini secara bersiri terutamanya Syarikat Seri Temin Development Corporation Sdn Bhd dan Permodalan Kedah Berhad. Ia melibatkan jutaan ringgit. Jika GLC mencatatkan keuntungan, duit tidak masuk ke kantung kerajaan negeri. 

Ahli lembaga pengarah GLC dibayar elaun tetap tetapi kini hanya elaun hadiri mesyuarat yang diberi. Kalau dulu elaun lembaga pengarah GLC mencecah sehingga RM7 juta tetapi kini elaun lembaga pengarah tidak sampai RM2 juta.

Lagi perbezaan ialah di bawah kerajaan PAS, sebahagian keuntungan GLC dimasukkan ke akaun kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat. Kira-kira RM35 juta setahun dapat dikumpul daripada GLC. Hal ini tidak berlaku dahulu.

Apabila PAS memerintah kerajaan negeri turunkan cukai tanah. Akibatnya kerajaan hilang hasil cukai RM50 juta setahun.

Meringankan beban rakyat, tidakkah ia satu unsur ajaran Islam? Sekalipun hilang hasil RM50 juta setahun, hasil Kedah tetap bertambah. Menurut statistik pada tahun 2007 hasil negeri ialah RM361 juta, RM357 juta tahun 2008, RM368 juta tahun 2009 dan RM490 juta tahun 2010. Di mana tidak Islamnya kerajaan PAS Kedah?

Kerajaan PAS perkenalkan Skim Kafalah iaitu pemberian sagu hati kepada waris keluarga miskin yang meninggal sebanyak RM500 sebulan. Bantuan untuk sekolah agama rakyat (zaman BN dianggap sekolah melatih pengganas), untuk guru agama tanpa tauliah dan tok bidan kampung yang tidak pernah diberi dahulu, diberi pada zaman pemerintahan PAS.

Ruangan ini terhad untuk menyenaraikan lebih banyak perkara perihal catatan kejayaan kerajaan negeri berbanding dahulu. Terlalu banyak perbezaan dan penambahbaikan.

Jika Dr Mohd Asri menganggap tiada perbezaan antara kerajaan BN dan PAS kerana beliau tiada maklumat. Atau mengutip maklumat daripada tempat yang salah. Saya tidak ada sumber rujukan bekas mufti itu mengenai kerajaan negeri Kedah, cuma yang pasti catatan kejayaan kerajaan negeri di bawah PAS tiada dalam Utusan Malaysia, TV3 apatah lagi kitab Tajul Muluk dan Mujarrobat. 

Datang sendiri ke Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri untuk dapatkan info sebenar. Atau layari Wartakedah.net, akhbar harian edisi alam maya. Kata pepatah Arab, ‘manusia sering menjadi musuh terhadap apa yang dia tidak tahu.’

Peristiwa Memali: Pengakuan OCPD Bukit Aman

Bekas OCPD: Bukit Aman buat keputusan 'tak bijak'

Seorang bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam peristiwa Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'.

NONEBekas ketua polis daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim dalam bukunya 'Memali: A policeman remembers' berkata keputusan tidak bijak itu dibuat dengan campurtangan politik serta kerana memandang rendah ketabahan pengikut Ibrahim.

Peristiwa berdarah pada 19 November, 1985 menyebabkan kematian Ibrahim, 13 pengikutnya dan empat anggota polis, selepas percubaan kali kedua untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Muszaffar menulis bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman sepatutnya tidak menuruti arahan daripada pemimpin politik mereka dan menolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis.

"Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada peringkat akar umbi," katanya.

NONEPada masa itu, pihak polis diletakkan di bawah jagaan Tun Musa Hitam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kejadian itu adalah perdana menteri.

Menurut Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari 1986, kerajaan cuba memberikan justifikasi bagi menangkap Ibrahim di bawah ISA dengan menuduh beliau menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan dengan kekerasan.

Walaupun Muszaffar tidak membekalkan apa-apa dokumen mengenai contoh campur tangan politik itu, katanya, Musa telah mengeluarkan arahan khusus semasa percubaan pertama pada 2 September 1984 untuk menangkap pemimpin PAS berkenaan.

NONEDalam buku itu, Muszaffar berkata Musa telah mengarahkan Bukit Aman untuk memastikan bahawa pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan semasa menangkap Ibrahim dan berundur sekiranya mereka menghadapi rintangan.

Dengan diketuai oleh ketua daerah polis cawangan khas, pihak berkuasa menuju ke rumah Ibrahim di Kampung Charok Puteh pada jam 2:45 pgi hari berkenaan tetapi berundur mereka dihalang oleh puluhan penduduk yang bersenjatakan buluh runcing dan senjata lain.

Rabu, 28 September 2011

Tertembak Ketika Cuci Pistol

SUGUL...isteri Syaiful Nizam cuba ditenteramkan saudara-maranya di Hospital Kajang, malam tadi. Gambar kecil, Syaiful Nizam Zamaluddin. FOTO: Ghazali Bujang

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.

"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa dalam keadaan parah.

"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.

Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan.

Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan.

Sehingga ini, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Empire Gallery Subang Meletup


Polis sebentar tadi mengesahkan kejadian letupan kuat yang menggegarkan pusat membeli belah Empire Gallery pada jam 3.30 pagi tadi sehingga mencederakan empat individu.

Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pihak berkuasa termasuk pasukan bomba.

Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.

"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi warga tempatan.

"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.

Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.

Kristian: Sokong Hudud selagi hak orang bukan Islam dihormati

Walaupun MCA dan Gerakan telah mengutuk PAS kerana menyatakan semula keinginan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan, pemimpin-pemimpin Kristian berpendapat bahawa tidak ada silapnya dengan rancangan tersebut. Ini adalah kerana semua pengikut bagi mana-mana agama sepatutnya digalakkan berusaha untuk menguatkan lagi pegangan mereka, selagi mereka tidak mengganggu hak orang lain.

“Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa hak mereka yang berbeza agama dilindungi sepenuhnya. Oleh itu apa salahnya dengan perlaksanaan hudud di Kelantan atau negeri lain pun?” beritahu Ramon Navaratnam, bekas presiden ‘Transparency International’ dan pemimpin Kristian, kepada Malaysia Chronicle.

“Kita tidak patut mempolitikkan semua perkara terutamanya agama. Adalah perkara biasa bagi seorang Islam dan Kristian mahupun seorang penganut Buddha dan juga Hindu untuk berusaha mengukuhkan pegangan mereka seboleh mungkin dan ini sepatutnya digalakkan. Ia hanyalah salah apabila mereka tidak mengendahkan orang lain dan mula bertindak melampau di dalam perlakuan dan amalan. Selagi rakyat bukan Islam di Malaysia dilindungi sepenuhnya, penganut Kristian dan rakyat Malaysia amnya tidak seharusnya berfikiran cetek dan bimbang tanpa sebab yang munasabah.”


Kenyataan Ramon disokong oleh Dr Paul Tan Chee Ing, presiden ‘Catholic Bishops’ Conference of Malaysia’.

“Saya berpendapat telah tiba masanya untuk membenarkan rakyat Islam di Kelantan, untuk melaksanakan hukum shariah asalkan rakyat bukan Islam dikecualikan daripada perlaksanaannya,” kata Paul, yang juga merupakan ketua ‘titular’ Katholik di diocese Melaka-Johor.

MCA dan Gerakan katakan TIDAK!

Kenyataan pemimpin-pemimpin Kristian bercanggah dengan kenyataan presiden MCA dan Gerakan iaitu Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon, kedua-duanya membangkang keras, walaupun sebab-sebab mereka berbuat demikian tidak jelas.

“Pegangan MCA sangat jelas. Kami bantah sekeras-kerasnya terhadap perlaksanaan hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA akan menarik diri dari Barisan Nasional – mudah sahaja. Pendirian kami amat jelas. Umno ingin melaksanakan hudud, MCA tidak akan bekerjasama, kami tidak akan terlibat,” beritahu Soi Lek kepada wartawan pada hari Jumaat.

“Malaysia adalah Negara yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi dengan minoriti penduduk bukan beragama Islam yang ketara. Asas perlembagaan Negara kita memulihara hak-hak masyarakat majmuk, dan kerana itulah undang-undang punitif adalah sekular dan melibatkan semua pihak. Kami tidak boleh mempunyai undang-undang berlainan untuk setiap lapisan masyarakat,” kata Chang Ko Youn, timbalan presiden Gerakan di dalam kenyataannya.

Bagaimana dengan hak-hak orang Islam?

Walaubagaimanapun, seperti yang telah diutarakan oleh masyarakat Islam, kedua-dua ahli politik MCA dan Gerakan tersebut berkemungkinan melakukan apa yang mereka menuduh PAS lakukan - iaitu menghadkan hak-hak masyarakat lain.

“Pernahkah MCA dan Gerakan mengambil kira perasaan masyarakat Islam? Hudud hanyalah untuk orang Islam. Kami mahu dihakimi dibawah hukum hudud kerana ingin menjadi pengikut yang taat. Mengapa MCA dan Gerakan mahu melarang? Undang-undang Syariah telah dipraktikkan di Negara kita dan ia tidak langsung melibatkan masyarakat bukan Islam, jadi mengapa takutkan hukum hudud?” beritahu Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam kepada Malaysia Chronicle.

Khalid juga mengecam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana mengatakan Umno menyokong hudud tetapi Negara tidak bersedia untuk melaksanakannya.

“Sebagai satu bangsa, kita masih belum bersedia untuk hukum hudud, itu benar. Ini adalah kerana kerjasama Umno dengan MCA dan Gerakan dan parti-parti komponen untuk memburukkan hudud, agar masyarakat bukan Islam dan juga segelintir umat Islam takutkannya. Jika Umno dan BN tidak mempolitikkan hukum hudud, mendidik masyarakat awam mengenainya adalah lebih mudah. Pemimpin-pemimpin agama tidak mempunyai masalah kerana mereka celik agama. Ahli-ahli politik yang memporak-perandakan keadaan,” kata Khalid.

Kelantan

Hukum hudud merupakan salah satu cabang daripada undang-undang Islam yang melibatkan 6 kesalahan jenayah, dan ia amat digeruni kerana melibatkan hukuman seperti rejam sehingga mati, pemotongan anggota badan dan sebatan. 6 jenayah hudud adalah mencuri, merompak, berzina, fitnah zina, minum arak dan murtad.

Dalam Pakatan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang juga merupakan ketua umum PKR, menyokong hukum hudud dan Kelantan patut melaksanakannya selagi hak-hak masyarakat bukan Islam dilindungi sepenuhnya. DAP bagaimanapun tidak bersetuju dangan pendapat beliau.

Keadaan dalam Pakatan bukanlah suatu yang baru dan ketiga-tiga parti telah menyatakannya berulang kali. Jika PAS ingin melaksanakan hukum hudud atau negeri Islam, ia perlu mempunyai majoriti yang mencukupi di peringkat negeri mahupun kerajaan persekutuan. PKR mahupun DAP tidak terikat untuk menyokong cadangan tersebut. Di Kelantan, PAS mempunyai majoriti yang mencukupi kerana hanya 10 peratus daripada penduduknya adalah bukan Islam.

Akan tetapi, Nik Aziz Nik Mat , Menteri Besar Kelantan tidak berupaya berbuat demikian kerana kerajaan persekutuan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengeluarkan surat melarang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Nik Aziz telah mencabar Perdana Menteri, Najib Razak untuk membatalkan surat tersebut, namun, tidak mendapat sebarang maklumbalas.- Malaysia Chronicle

Selasa, 27 September 2011

Warga Asing Undi Barisan Nasional



Sungguh jelek dan memalukan apabila sebuah parti yang mendakwa dirinya parti terbesar yang didokong rakyat, menguasai kerajaan lebih 50 tahun, terpaksa mendapatkan khidmat warga asing untuk membantu mereka mengekalkan kuasa.

Umno-Barisan Nasional tidak boleh menafikan fakta, bahawa di bawah pemerintahan mereka, mereka terlalu mudah untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing.

Dasar kerajaan Umno-BN terlalu longgar. Mereka sanggup menggadaikan status warganegara yang begitu berharga itu hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa dengan penuh rakus dan tamak haloba.

Umno-BN menerusi agensi dan jabatan kerajaan yang bersubahat, mula memberikan kad pengenalan (IC) palsu kepada warga Indonesia dan Filipina, khususnya yang berada di Sabah mulai tahun 1980-an untuk menguasai negeri tersebut.

Kerakusan mereka ini merebak dan semakin berleluasa, tetapi terbongkar apabila rakyat yang semakin sedar, mula mendedahkan satu-persatu, bahawa wujudnya pemalsuan dan pemberikan MyKad kepada warga asing, khususnya di kalangan warga Indonesia dan kini, warga Bangladesh pula.

Untuk apa dasar sebegini longgar diamalkan? Untuk tujuan apa MyKad atau IC diberikan sewenang-wenangnya kepada orang asing semata-mata atas alasan mereka cukup syarat untuk diberikan kerakyatan kerana tempoh mendiami negara mencukupi?

Apakah kerajaan Umno-BN boleh menafikan bahawa jika alasan tempoh mendiami negara dijadikan asas, berapa puluh ribu warga asing yang sudah mendiami Malaysia sejak puluhan tahun masih mempunyai IC Merah atau sekadar Permastautin Tetap (PR) sahaja?

Mengapakah hanya sekarang ini harus Umno-BN segerakan pemberian MyKad dan mengiktiraf mereka sebagai warganegara? Mengapa sudah hampir saat Pilihan Raya Umum diadakan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya begitu tangkas memproses senarai warganegara baru dan dijadikan pengundi dalam tempoh yang singkat?

Apakah sistem pentadbiran kerajaan sudah semakin canggih sehingga ramai kalangan kakitangan awam begitu cekap memproses MyKad baru atau pun mereka diarahkan oleh pemimpin Umno-BN untuk berbuat demikian?

Inilah persoalan yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak bersetuju dan amat marah dengan tindakan kerajaan Umno-BN yang secara sewenang-wenangnya memberikan MyKad kepada warga asing.

Malah rakyat juga berang dan mengesyaki terdapat kalangan kakitangan awam yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN untuk menyempurnakan pendaftaran mereka dengan kadar yang segera.

Apakah status warganegara begitu murah buat mereka? Apakah mereka tidak sedar bahawa dengan memberikan kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak, akan mengancam masa depan negara?

Kita turut mempersoalkan keikhlasan pemimpin Umno, kerana apabila kuasa mereka semakin terhakis akibat tidak disokong kaum Cina dan India, mereka sanggup melabelkan warganegara Malaysia sebagai kaum pendatang atau orang asing.

Manakala, warga asing yang sebenar, pendatang asing yang sebenar, terdiri dari kalangan rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya, 'ditimang-timang ' serta diberikan hak yang cukup istimewa sebagai warganegara Malaysia.

Inilah pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat dan negara yang harus kita hentikan. Kita tidak mempunyai cara lain untuk menyelamatkan negara, selain daripada menghapuskan Umno-BN daripada berkuasa.

Justeru kita mendesak dan merayu Majlis Raja-Raja Melayu supaya bingkas menangani persoalan ini. Kerakyatan adalah kedaulatan. Kedaulatan adalah hak istimewa Raja-Raja Melayu. Apakah Raja-Raja Melayu boleh menerima 'rakyat' Malaysia yang menyebut 'Daulat Tuanku' dalam telo Indonesia dan Bangladesh?

Ketua Polis Negara Bimbang Akan Dihadapkan Ke Mahkamah?


WarkahDaily – Apakah kewajaran Ketua Polis Negara yang secara terang-terangan menyatakan berpendirian beliau tentang kedudukan sebuah parti politik, Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang, padahal beliau merupakan penjawat awam yang memerlukan sikap profesional yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) dilaporkan mengeluarkan pandangan secara terbuka bahawa kerajaan BN boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Kenyataan seperti itu sepatutnya tidak keluar oleh seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat bukan kerana parti pemerintah.

Apakah beliau tidak boleh membezakan antara parti politik dan kerajaan yang memerintah? Padahal beliau dibayar gaji melalui wang yang dimiliki rakyat keseluruhan, bukannya daripada ahli Umno-BN.

Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian Ismail Omar itu menampakkan sangat KPN itu berkhidmat untuk Barisan Nasional (BN) kerana memperlihatkan kebimbangan Umno-BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang.

“Apa masalah kepada pasukan polis kalau BN kalah? Mengapa Ketua Polis Negara nampak risau sangat?

“Saya harap sangat tidak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bahawa sudah jadi parti perasuah,” kata Mahfuz.

Mahfuz mempersoalkan, mengapa Ketua Polis Negara sibuk sangat sama ada BN menang atau kalah?

“Kalau Ismail dah terlupa, rakyat perlu bangkit beramai-ramai untuk mengingatkannya bahawa tugas polis menjaga kepentingan negara dan rakyat, bukan menjadi suruhan BN dan menjadi pengawal keselamatan parti itu.

“Polis sepatutnya dilihat tidak memihak,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan Ketua Polis Negara itu memperlihatkan dirinya lebih Umno dari Umno.

Mahfuz juga mempersoalkan apa perlunya pihak polis mengadakan sesi memerah otak, diskusi dan juga forum sehingga berbulan-bulan lamanya sebelum ISA dan lain-lain undang-undang darurat dihapuskan.

“Adakah polis sudah mengambil alih tugas Jabatan Peguam Negara?

“Kerja polis bukan menggubal undang-undang, kerja polis menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Sambil mengakui pihak polis boleh dipanggil untuk memberikan pandangan dalam penggubalan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan bidang kuasanya, Mahfuz berkata adalah pelik kalau Ketua Polis Negara pula yang nampak lebih sudu dari kuah.

Beliau juga berharap Ismail mengurangkan kenyataan-kenyataan yang boleh memudaratkan dirinya sendiri.

“Sekarang semakin ramai yang menuduh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kelihatan lebih tidak cerdik dari (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi).

“Saya harap Ismail lebih berhati-hati agar beliau tidak popular dengan tuduhan tidak cerdik seperti Abdullah,” katanya.

Tolak hudud, tolak hak Muslim




PETALING JAYA: Golongan yang menolak pelaksanaan hukum hudud telah menolak hak asasi manusia, menafikan hak masyarakat Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Haji Kamal Koh berkata, mereka yang menentang hukum hudud bererti mereka telah menafi dan mencabuli hak asasi masyarakat Islam.

“Kenapa kita mesti mengorbankan hak kita, mengenepikan hak kita semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain,”? soal beliau ketika diwawancara oleh FMT mengenai isu hudud yang menjadi polemik dewasa ini.

Kamal Koh berkata, dalam negara demokrasi, kuasa terletak pada rakyat majoriti dan pendapat majoriti harus didengar dan diikut. Di negara ini, orang-orang Melayu dan Bumiputera yang beragama Islam merupakan penduduk majoriti.

“Seharusnya undang-undang Islamlah yang layak dilaksana dan digunapakai di negara ini, jika kita mengambilkira jumlah penduduk majoriti,” terangnya.

Beliau berpendapat isu hudud ini menyerlahkan masalah keyakinan orang-orang Islam sendiri tentang kelebihan dan kebaikan undang-undang Islam. Mereka mempersoalkan – bolehkah undang-undang ini dilaksanakan di negara ini?

“Ini merupakan krisis keyakinan,” kata beliau sambil membidas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menyatakan hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Ujar beliau, “segolongan masyarakat mempunyai persepsi yang negatif dalam menangani hukum hudud kerana peranan media arusperdana yang sering memperlekeh isu ini dan menjadi tanggungjawab kita untuk menukar persepsi negatif ini kepada positif.”

Kamal Koh menyoal, “apabila Allah SWT mewajibkan pelaksanaan hukum hudud, adakah Allah tidak tahu di Malaysia ini terdapat masyarakat majmuk, yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain?

“Adakah Allah tidak tahu tentang perkara ini? Bukankah Allah yang mencipta masyarakat majmuk itu dan Dia juga yang mencipta hukum hudud?,” soal beliau lagi.

Seperti takut hantu

Katanya, sebenarnya mereka yang menentang hukum hudud adalah seperti kata (Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru) Datuk Nik Aziz (Nik Mat), “takut hudud seperti takut hantu.”

“Orang yang tidak faham hukum hudud atau tidak mengenal hantu, akan menentangnya secara membabi buta,” kata Nik Aziz.

Menurut Kamal Koh, penentangan Pengerusi DAP Karpal Singh juga tidak mempunyai asas kerana Nik Aziz mengumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud di Kelantan akan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sebuah akhbar arus perdana semalam melaporkan bahawa Nik Aziz berkata kerajaan negeri mahu melaksanakan undang-undang itu melalui sistem mahkamah syariah.

Ini ekoran dari sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan juga menurutnya, tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud dan qisas seperti mana yang disuarakan oleh pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr. Aziz Bari.

Menurut Aziz Bari, undang-undang Islam termasuk hudud dan qisas boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan tidak menghalangnya.

Kamal Koh juga mempersoalkan mengenai undang-undang negara yang diterima pakai sekarang ini sebagai warisan dari sistem undang-undang penjajah British.

“Negara kita seolah-olah belum merdeka kerana masih terikat dan terpaksa menerima pakai undang-undang penjajah (yang digubal oleh Lord Reid) yang dianggap sesuai untuk masyarakat majmuk dan undang-undang itu berkuasa (supreme) atas segala-galanya,” tegas beliau.

Kamal Koh juga menyarankan supaya kesedaran politik Islam dipertingkatkan di kalangan orang Melayu-Islam sendiri dan orang-orang bukan Islam juga harus diberi penerangan dan kesedaran tentang betapa indahnya undang-undang ciptaan Ilahi ini.

Nik Aziz pernah menyifatkan undang-undang Islam ini seperti nasi beriani. Orang-orang yang hanya makan nasi biasa tetapi tidak pernah makan nasi beriani tidak akan tahu betapa nikmat dan lazatnya nasi beriani. -FMT

Hudud Dan Kelantan

Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

Dan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

Yang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

Isnin, 26 September 2011

Boleh Laksanakan Hudud, Dengan Syarat ?


Oleh: nurem

"Mutakhir ini isu hudud kerap dibahaskan. Ada yang berkeras ingin melaksanakan hudud, ada yang menentang dan ada pula yang mengambil pendirian atas pagar. Pendirian tentang isu ini bergantung kepada tahap kefahaman masing-masing tentang hudud.

Sudah tentu bagi mereka yang bidang dan lapangan tentang hudud, semestinya berkehendak agar hudud dilaksanakan tanpa ada prejudis. Ini hukum Allah, beri kebebasan kepada Kelantan untuk melaksanakannya. Lagipun Kelantan telah mengiktiraf negerinya adalah Serambi Mekah, bersedaya upaya menitikberatkan ruh syariah dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial walaupun ada usaha memperlekeh dan menyekatnya.


Syarat apa lagi yang boleh membenarkan Kelantan melaksanakan hudud ini ? Jika syaratnya Menteri Besar mesti kelulusan agama, syarat itu sudah lebih dari cukup. Bukan sahaja Menteri Besarnya 'tok guru' tetapi exconya juga adalah sebatian antara ulama' dan umara'. Jika syaratnya juga mesti masjid-masjid dan surau-surau bersepah di setiap daerah. Syarat itu pun dah dikira 'settle'.

Bukan itu sahaja, jika negeri-negeri lain pertumbuhan pusat judi, kelab malam dan hiburan semakin hari semakin berputik, negeri Kelantan pula dipenuhi dan ditumbuhi dengan pondok-pondok agama yang menjadi tradisi dan nadi utama rakyat Kelantan. Jika syaratnya, mesti tunggu turun Nabi Isa dan Imam Mahdi dulu baru boleh laksanakan hudud, waaahhh, ini sudah lebey. 20 tahun kerajaan Kelantan tunggu, bukan sedikit masa tu. 
 
Bagi mereka yang masih samar-samar tentang hudud, jangan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa memahami, mendalami dan menekuni isu ini dengan semasak-masaknya. Ditakuti, jatuh akidah dan syahadah sebagai seorang muslim apabila mempertikaikan dan menafikan ianya, iaitu hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Tanyalah ulama'-ulama' yang thiqah jika ada keraguan dan kemusykilan. Jangan ditanya ulama' suuk, bukan pencerahan yang ditunjukkan, tetapi kegelapan dan kesesatan akan ditemui.

Kadang-kadang dalam isu ini juga hendak ku sumpah seranah kepada seluruh pejuang kebebasan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Bila Kelantan mewajibkan seorang perempuan itu memakai tudung, maka muncullah pejuang-pejuang kebebasan keluar dari gua mana ntah, tiba-tiba menentang syariat ini kerana tidak memberikan wanita kebebasan untuk memilih sama ada memakai tudung atau tidak. Bila Kelantan melarang wanita membuka aurat pada iklan-iklan komersial, bangunlah pejuang kebebasan mempertikaikan hukum itu dengan slogan 'di mana kebebasan?'
Tetapi apabila seluruh rakyat Kelantan memberikan mandat dan watikah kepada Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud, untuk keluar dari kepompong undang-undang buatan manusia ke undang-undang buatan Allah, tiada satu suara pun dari pejuang kebebasan berbisik, inikan pula berteriak memperjuangkannya. Mengaum jauh sekali. Jadi ku ingin memulangkan kembali slogan yang sering mereka perjuangkan 'di mana kebebasan?'. Dan di mana kebebasan rakyat Kelantan untuk melaksanakan hudud ?.

Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim


Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

ANWAR IBRAHIM

RM100 Juta Hasil Judi Digunakan Untuk Pendidikan - Najib


KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri (gambar) berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.


“Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil,” kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.

Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang banyak pada pilihan raya umum 2008.

Najib yang dijangka memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat menambah, “penyelesaian kreatif” akan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua.

“Kami tidak boleh memenuhi kesemua keperluan komuniti,” katanya.

Kata Najib, adalah penting “model-model baru” diusahakan untuk mencapai apa yang kerajaan sasarkan.

Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports.

Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.

Malaysia Insider

Lahanat PERKASA, Lahanat PERKASA, Lahanat PERKASA

Langit bukan selalu Mendung dan bukan nya Langit yang cerah tak Muntahkan Hujan...TAPI YANG SEDIHNYA KENAPA POLIS TURUT MENJADI KERBAU DICUCUK HIDUNG...TAKKAN TAKLEH HALANG PERGADUHAN ITU atau memang diset supaya ujudkan kegusaran dan kekacauan..?

Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh
Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanAcara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.
Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

Guy injured during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.
Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

NONEKami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya.

Chandran: Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil


Hudud dianggap ‘produk’ mulia

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil.

Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.

Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu.

“Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.

“Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,”
katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, penolakan orang bukan Islam terutama parti politik adalah kerana mereka sangsi jika pelaksanaan hudud kelak akan memaksa mereka untuk menutup operasi premis penjualan arak.

Beliau berkata, mereka yang mengaitkan perkara itu akan berasa tidak selesa sedangkan bagi sesetengah pihak terutama orang bukan Islam, arak adalah salah satu keperluan dalam budaya mereka.

“Bagi saya, orang bukan Islam nampak apabila hukum hudud ini dilaksanakan, mereka dipaksa tutup premis arak. Itu adalah hukum jenayah Islam dan mereka tidak faham. Kalau kita katakan DAP, secara keseluruhannya parti itu mewakili orang Cina dan ada yang menjalankan perniagaan arak, sebab itu mereka membantah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang Islam memberi penjelasan sebenarnya mengenai hudud dan tidak sesekali memberi gambaran salah, selain mengetepikan fahaman politik.

Menurutnya, orang Islam terutama tokoh-tokoh Islam adalah ‘jurujual’ terbaik untuk menjelaskan mengenai perkara itu sambil menyifatkan hudud sebagai ‘produk mulia’ yang diturunkan Tuhan.

Bagaimanapun, B Chandran berkata, realiti yang dilihatnya ketika ini, ‘produk’ itu tidak akan mendapat sambutan sekiranya ‘jurujual’ tidak mampu mempromosikannya dengan kaedah terbaik kepada pengguna.

“Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan,” katanya.

Kota Bahru – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat negara ini lebih baik menerima hudud daripada melaksanakan hukuman mati mandatori yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Menurutnya, hukuman gantung sampai mati menyebabkan keluarga merana, hilang tempat berlindung sedangkan hukum hudud, qisas dan takzir tidak sedemikian.

“Lebih baik terima hudud daripada hukuman mati mandatori, kenapa kita nak takut dengan hudud?

“Kita orang politik hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah Negeri Kelantan untuk diguna pakai hakim,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan di Dataran Wawasan, di sini semalam.

Katanya, bila berlaku kes, hakim menentukan ada prima facie atau sebaliknya dan kalau ada, ia boleh dijalankan dengan masing-masing boleh menggunakan khidmat peguam.

Mengenai perbezaan pendapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hasrat Pas melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya tidak timbul lagi masalah mengenainya.

“Saya hormati dia sebagai orang lama berkecimpung dalam bidang perundangan, tidak timbul masalah balah (berselisih pendapat) saya dengan dia.

“Apa yang penting sekarang ini ialah memahami hasrat sebenar Pas untuk melaksanakannya di Kelantan dan orang Islam sendiri kena faham bahawa hudud ini bukan kerja Pas, ia ‘sama jadi’ dengan al-Quran,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyokong hudud, beliau berkata, itu yang sebaiknya kerana umat Islam perlu lebih rapat.

“Alhamdulillah, kita nak makin rapat macam tu, mana boleh kita orang Islam nak tolak hukum Islam,” katanya. -SH

Umno BN rela jenayah subur tanpa hudud

28 Syawal 1432H. [MOD] -



Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN tidak akan laksanakan hukum hudud menggambarkan beberapa perkara:
-Aqidahnya sebagai seorang Islam boleh diragui darjah keimanannya.
-UMNO sebagai tunggak parti pemerintah memang tidak boleh diharap langsung menjaga Islam dan memartabatkan Islam di tempat yang sebenar.
-Kejahilan pemimpin UMNO terhadap hukum Islam sangat ketara. Kewujudan penasihat agama PM, beberapa institusi Islam seperti IKIM, YADIM, JAKIM dan golongan agamawan dalam UMNO tidak memberi kesan positif kepada cara berfikir dan kefahaman Islam sebenar kepada pemimpin UMNO.
-BN lebih rela negara disuburkan dengan jenayah di bawah pemerintahannya.
Jenayah di Malaysia sekarang begitu dahsyat. Bukan lagi jenayah yang ringan, tetapi jenayah berat yang seolah-olah menjadi bahan bacaan harian.
Bagi saya jenayah tidak dapat diturunkan kadarnya atau diatasi melainkan dengan kembali kepada kaedah terbaik mengatasi jenayah itu. Tidak lain melainkan kembali kepada hukum Allah yang antaranya hudud, qisas dan takzir. Hakikat sebenarnya Hudud itu adalah salah satu hukum Allah yang wajib dilaksanakan. Seperti kita meyakini solat, puasa, zakat, haji itu sebagai hukum Allah yang wajib diimani dan wajib dilaksanakan, maka demikianlah hukum hudud.
Ini bukan soal politik semata-mata. Bukan soal siapa yang menerima hudud atau menolak hudud. Ini soal keselamatan dan kestabilan negara. Bagaimana negara boleh aman dan stabil kalau jenayah menjadi begitu mengganas dan berleluasa.
Dalam ayat 186 surah al-Baqarah, Allah menyebut tentang kefardhuan puasa. Beberapa ayat sebelum itu Allah menyebut dengan seruan sama kepada orang beriman, dan dengan lafaz yang hampir sama dengan puasa, tetapi kefardhuannya ialah Qisas-pembalasan setimpal terhadap jenayah yang dilakukan.
Di Malaysia, sistem kewangan Islam berkembang dengan baik. Di celah sistem kapitalis yang begitu dominan, beberapa aspek kewangan Islam boleh menumpang dan menyelit sama. Bahkan mendapat sambutan dari banyak institusi kewangan konvensional pula.
Kita tidak pula mengatakan sistem kewangan Islam itu lapuk atau hanya slogan. Sistem jenayah pula yang meliputi hukum hudud, takzir dan qisas juga adalah sebahagian dari komponen ajaran Islam sendiri. Kalau kita boleh meyakini sistem kewangan Islam, mengapa kita sebagai orang Islam tidak boleh meyakini sistem jenayah Islam?
Jenayah Kekerasan200520062007 (januari – ogos)
Bunuh497604383
Cubaan Bunuh94--
Rogol188724352144
Cabul Kehormatan-20231576
Samun Berkawan Bersenjata Api406822
Samun Berkawan Tanpa Senjata Api184226581918
Samun Bersenjata Api317247155
Samun Tanpa Senjata Api13 21018 44612 936
Pemerasan-15491230
Ugutan Jenayah-63365493
Merusuh-22611744
Mencederakan424657164501
Jumlah22 13342 34332 102
Jenayah Harta Benda


Curi34 31737 12828 865
Curi Van/ Lori/ Jentera Berat550763283384
Curi Motokar971111 1017954
Curi Motosikal51 70964 85843 652
Curi Ragut961795517176
Pecah Rumah Siang Hari692382536296
Pecah Rumah Malam Hari17 54219 06014 356
Jumlah135 326156 279111 683
Jumlah Jenayah Indeks157 459198 622143 785
Sumber: Polis Diraja Malaysia
Dipetik daripada Dewan Masyarakat, November 2007.
Cuba lihat indeks jenayah di Malaysia di atas. Indeks tersebut sehingga 2007. Ia begitu menakutkan. Ia berkembang-biak walaupun akta demi akta dicipta. Jenayah berat seperti bunuh, rompak, curi, samun, rogol menjadi tajuk utama media saban hari. Dulu tidak ada siri 999 di tv. Tapi kerana banyaknya jenayah kini, maka siri itu tidak kurang idea dan bahan. Namun kerana tiada ‘ruh’ (spirit) dari langit dalam akta tersebut, ia tidak berjaya. Sedangkan Allah telah memberi jaminan untuk mencegah jenayah dari terus berleluasa apabila sistem jenayah Islam dilaksanakan berdasarkan petunjuk yang benar dari langit. Dan selepas merdeka lebih 50 tahun , sepatutnya negara kita makin aman dengan perlaksanaan hukum Tuhan, bukannya makin parah dengan pelbagai jenayah sehingga terpaksa ditambah pegawai polis dan CCTV.
Hudud atau sistem jenayah Islam ini pula mempunyai tiga fungsi. Menghukum penjenayah dengan balasan setimpal, mencegahnya dari mengulangi jenayah yang sama di masa hadapan dan menghindarkan bakal-bakal penjenayah dari melakukan jenayah tersebut. Dan tentulah perlaksanaan ini mesti berjalan secara holistik. Bukan hanya menjatuhkan hukuman atau melaksanakan hudud, masyarakat pula mesti dididik dengan agama, perkara mungkar mesti dijauhi dan segala elemen yang menyuburkan jenayah mesti dibanteras. Soalnya ialah setakat mana kerajaan bersungguh mendidik rakyat dengan agama. Setakat mana mungkar dibanteras (sedangkan pemimpin UMNO/BN juga terlibat dalam mungkar dan jenayah: tuduh liwat, pembunuhan, rasuah dan lain-lain) dan tidak pelik jika ada agensi tertentu yang melindungi penjenayah, samseng atau kongsi gelap.
Tidak sepatutnya timbul keraguan terhadap hukum hudud, ucapan hanya slogan, atau menjadi mainan politik selamanya. Kesungguhan melaksanakannya mesti ada pada ahli politik Islam dan terutamanya pemerintah di peringkat kerajaan pusat yang mempunyai bidangkuasa yang besar.
Kerajaan Kelantan berhasrat melaksanakan perintah Allah itu. Dalam tempoh lebih 20 tahun pemerintahannya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu disediakan. Pelbagai aktiviti kebajikan terhadap rakyat dibuat. Kefahaman Islam disampaikan kepada rakyat. Rakyat dididik dengan program agama. Kebajikan rakyat diutamakan. Pemimpin kerajaan negeri diajar dan ditarbiyyah menjauhi rasuah. Akhirnya kalau berlaku kecurian, maka yang mencuri itu tentunya penjahat yang mesti dihukum. Justru, kenapa takut dengan hukum hudud?
Terengganu di bawah pemerintahan PAS akhir 1999 hingga 2004 telah meletakkan batu asas pentadbiran dan pemerintahan negeri berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Saya masih ingat ketika pihak kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS ketika itu yang membuat seminar pelaksanaan syariah di tahun 200an itu, saya yang ketika itu masih menjawat jawatan pensyarah Pengajian Islam turut menghadiri seminar tersebut. Dalam sebuah bengkelnya, saya kebetulan bersama dengan bekas ADUN Seberang Takir dari BN, Dato’ Rashid Ngah. Perbincangan tersebut rancak tentang hukum hudud. Dato’ Rashid Ngah hanya diam, tidak banyak bercakap, dan tidak pula membantah.
Tempoh yang lama di bawah pemerintahan Dr Mahathir menyaksikan hukum hudud menjadi mainan, momokan dan sinis dari kejahilan pemimpin UMNO/BN nombor satu ketika itu hinggalah juak-juaknya yang juga jahil tentang Islam. Orang Melayu yang jahil dan orang bukan Islam yang kurang memahami Islam termakan dengan dakyah UMNO/BN mengenai hukum Islam hinggalah PAS berjaya meruntuhkan tembok itu kemudiannya.
Hanya mereka yang masih tidak faham tentang hukum hudud dan penjenayah (kolar putih atau biru)  sahaja yang cepat melatah apabila diajak supaya melaksanakan hukum hudud. Sekali lagi ditegaskan, tiada pilihan untuk menurunkan kadar jenayah melainkan mesti kembali kepada hukum ajaran Allah, bukan sahaja dalam soal jenayah tetapi bersedia menerima sistem Islam dalam bentuknya yang holistik dan menyeluruh. PAS komited dengan perjuangannya ‘Islam Adil Untuk Semua’ dan ‘Membangun Negara Berkebajikan’ bersama rakan dalam Pakatan Rakyat bagi menumbangkan UMNO/BN yang mewarisi sifat-sifat ‘penjajah’ ini.
Kemaman, Terengganu
H/daily
Related Posts with Thumbnails