Jumaat, 22 April 2011

Dunia Glamour Gagal Pacu Hidup Saya - Bob Lokman


Sebagai penggiat seni, akhirnya Bob Lokman patah ke pangkal jalan. Liku-liku dunia glamour yang menyelubunginya gagal memacu arah hidupnya mengikut kehendak Pencipta. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada dunia glamour dan mengaktifkan dakwah bersama ummat. Tersohor pencipta lagu, penulis lirik, pelakon dan pelawak, Mohd Hakim Lokman bertekad rebranding hidupnya untuk Allah dan sejak menyertai PAS masanya pagi, petang dan malam sarat dengan ceramah, pertemuan dan syarahan di seluruh pelusuk negara. Ikuti interbiu eksklusif Editor DATUK TARMIZI MOHD JAM dan wartawan INTAN ABDULLAH serta M SHAFRI SAMSUDIN bersama beliau.


Mengapa saudara Bob memilih PAS sebagai wadah perjuangan untuk berdakwah?

BOB LOKMAN: Sebabnya hanya kerana PAS sahaja pada masa ini yang mengamalkan amal ma'aruf nahi mungkar. Tabligh hanya amal ma'aruf sahaja. Rufaqa' hanya berkaitan ekonomi. Jadi masalah kita dalam Malaysia bukannya ekonomi, bukan masalah sembahyang, tetapi adalah masalah sistem yang membuatkan ekonomi, pendidikan, tidak Islamik. Begitu juga yang banyak merosakkan solat orang adalah sistem. Jadi, PAS sebagai wadah yang meperjuangkan Islam, yang ada kena mengena dengan politik dilihat berpeluang besar untuk mengubah sistem yang salah selepas digunakan dalam negara selama 53 tahun. Maka sebab itulah saya menyertai PAS.

Apa pula kesan sistem yang digunakan dalam negara kepada masyarakat selama ini?

Kesannya terlalu banyak. Contohnya dadah, buang anak, tidak jujur dalam pemerintahan kerana datang dari satu sistem pendidikan yang tidak kerana Allah. Hantar anak ke sekolah kerana niat mahukan dia pandai, mendapat pekerjaan yang bagus, bila besar nanti dapat rumah besar dan lain-lain bukan kerana Allah. Maka hari ini kita dapat cerdik pandai yang jadi pemerintah makan rasuah, yang peguam jadi pembunuh, yang jadi polis akan memukul orang tak tentu pasal. Ini berpunca daripada sistem pendidikan kita tidak kerana Allah. Begitu juga ilmu akademik yang diajar di sekolah tidak ditunjukkan secara langsung hubungannya dengan Allah. Jadi, bila niat bersalahan tidak kerana Allah, maka dapatlah kita bala dari Allah.

Berdasarkan hubungan saudara dengan artis, bagaimana mereka lihat perjuangan PAS?

Pertama, artis yang terlalu sibuk dengan urusan dunia. Mereka, sebenarnya tidak kisah hal politik. Sama ada PAS atau Umno, mereka tidak kisah. Mereka tidak ada kesedaran tentang itu. Kedua, ada artis yang mempunyai sikap penentangan kepada kerajaan kerana dia tahu isu-isu rasuah yang berlaku contohnya di RTM. Maka, mereka ini ada yang pro PAS atau pro Pakatan Rakyat. Tetapi sebahagian besar artis sebenarnya berpihak kepada BN. Terutama artis yang senang kita nampak, yang popular. Popular ini maksudnya senang dapat kerja, mewah dapat kerja maka dia merasakan kestabilan negara itu amat penting. Mereka ini melihat kestabilan negara adalah dari sudut ekonomi dan tidak pernah memikirkannya dari sudut agama. Mereka hanya jaga untuk sembahyang dia sahaja, sedangkan agama sebagai keseluruhan langsung mereka tidak fikir dan inilah cara pemikiran kebanyakan artis. Perbualan mereka hanya sekadar hal-hal dunia sahaja. Atau kalau keluar sikit daripada itu, adalah yang kena mengena dengan drama atau pembuatan filem. Nak masuk ke RTM dia tahu di sana ada banyak rasuah. Hanya bab itu sahaja mereka agak geram sikit. Tetapi masih menyokong kerajaan.

Artis semacam takut kalau PAS berkuasa hingga mereka merasakan seolah-olah perjuangan mereka dalam muzik akan terjejas. Ini macam mana...

Benda ini sebenarnya tidak sampai kepada mereka. Ada setengah yang taksub dengan dunia hiburan terutama perempuan ada yang berkata, "PAS kalau memerintah nayalah kita. Apa kita nak makan?". Sebenarnya sumber berkaitan ini hanya berdasarkan dua sumber sahaja iaitu pendapat artis itu sendiri dan kerajaan. Memang maklumat sebegini tidak sampai ke pengetahuan mereka. Hampir separuh terutama dari golongan muda tidak ada asas agama. Agama "samping hijau" yang saya panggil. Maknanya agama hanya dari sekolah rakyat semata. Dalamnya tiada, maka sebab itu mereka tidak terfikir ke mana sepatutnya arah mereka. Saya sendiri begitu juga dulu. Kita merasakan benda (dunia hiburan) yang kita lakukan satu tanggungjawab kepada negara sedangkan hakikatnya tidak. Sebagai contoh, dulu saya anggap muzik rock itu satu perjuangan tetapi sebenarnya tidak ada manfaat pun. Sama seperti orang cuci longkang, bawa teksi yang hanya mencari makan. Tetapi kononnya hasil itu daripada kreatif maka kita anggap ia sebagai perjuangan. Sebahagian besar yang memperjuangkan kreativiti itu sebenarnya lari akidahnya. Ini adalah kerana tidak bersandarkan kepada Islam dan tidak kembali kepada Allah. Pemikiran ini adalah kerana hasil yang dilahirkan 53 tahun BN memerintah dengan sistem yang ternyata gagal.

Berdasarkan pengalaman dalam dunia hiburan, bagaimana artis "samping hijau" ini mempelopori dunia hiburan...
Hasilnya lagi ramai orang buang anak, dedah aurat, lebih banyak fesyen baru akan keluar, akan meriah lagi dunia hiburan. Apa yang nampak indah dunia di mata dan mandatangkan bala lagi banyak. Akan lebih besar dan lebih mahal tiket konsert serta lebih besar bala yang Tuhan akan beri.

Apa reaksi kawan-kawan terutama teman rapat bila saudara menyertai PAS secara rasmi?

Kawan yang rapat semua belum datang berjumpa saya. Mereka nampaknya tidak berani dekat. Mereka tidak menelefon saya. Yang jumpa gitu-gitu adalah. Yang Melayu kata alhamdulillah. Mungkin hanya itu sahaja yang dia hafal.

Boleh cerita sedikit, punca saudara meninggalkan dunia hiburan?

Kesedaran timbul, bila saya lihat peguam bunuh arwah Sosilawati. Menteri menipu Perdana Menteri, Ketua Hakim bersara awal sedangkan dalam Islam tiada istilah bersara. Keadilan itu juga tidak terhenti. Mana logiknya jika orang sebegini pencen. Bolehkah takwa itu pencen pada pandangan Islam? Bolehkah iman itu pencen. Tentu tak boleh. Bagaimana Ketua Hakim Negara boleh pencen sedangkan mereka adalah orang yang tahu sistem keadilan negara. Mereka tidak dapat memberi sumbangan kepada orang lain apatah lagi kepada orang lain. Mereka yang tinggi ilmu dunia mereka jadi blank. Ini bermakna sistem yang ada salah. Jika begitu apa maknanya saya menghantar anak ke sekolah jika mereka dipencenkan sehingga tidak dapat memberi manfaat kepada negara. Ini kerana sistem ini, anak saya pergi ke mana pun ia akan pencen dan tidak memungkinkan kita beramal dengan "innamal a'malu bilniyat,".

Jadi sistem yang ada tidak logik kerana tak dikembalikan kepada Allah...

Iya. Apa yang akan kita kata pada anak,"belajar rajin-rajin, bila besar kau jadi DO". Jadi, ini adalah perkara yang mensyirikkan satu negara. Sistem yang ada juga berasal dari orang putih yang tidak ada tasawuf. Hanya fekah yang dikekalkan. Islam perlu ada fekah dan tasawuf. Jika tidak kita akan lihat banyak kemusnahan. Ini yang membuatkan saya berfikir. Saya mengambil keputusan memberhentikan anak saya dari sekolah kerajaan, kemudian pasang niat semula dan hantar semula ke sekolah agama tahfiz. Jadi saya pasang niat kerana Allah untuk dapatkan ilmu Allah dan berjuang mempertahankannya. Jadi sebelum saya berdakwah kepada orang lain saya perlu berdakwah kepada keluarga terlebih dahulu.

Boleh saudara imbau kembali macam mana boleh terbabit dengan industri hiburan?

Dulu saya adalah orang yang follow mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Pada masa saya sekolah, Mahathir sedang menggalakkan kekayaan orang Melayu. Bila saya tamat tingkatan lima, saya terpengaruh kehendak Mahathir. Saya datang ke Kuala Lumpur kerana terpengaruh untuk mencari kekayaan. Saya bermula dengan membawa bas sekolah dengan gaji RM350. Pagi dapat gaji, petang dah habis. Gaji saya habiskan dalam satu hari kerana tidak cukup. Kemudian saya jual buah dengan keuntungan mencecah RM600 hingga RM700 sehari. Tapi tidak ada prospek dan saya terpaksa duduk di situ sahaja. Saya ambil keputusan berhenti jual buah. Saya duduk di Pertama Complex selama setahun dan melihat peluang yang ada. Saya lihat Cina berniaga. Kita nak berniaga tapi modal tak ada. Saya ambil kesempatan mana-mana Cina angkat barang, saya tolong. Jadi saya dapatlah upah RM3 hingga RM5. Maklumlah muda lagi. Sehingga saya jumpa bidang bahagian teknikal pengurusan konsert. Saya membabitkan diri dengan kerja ini dari gaji RM7 sehari hingga RM140 sehari. Kemudian saya nampak macam mana nak manage artis, tulis lagu semuanya mendatangkan duit.

Nak jadi kayalah puncanya...

Saya masuk bidang ini memang punca asalnya nak cari kekayaan. Kebetulan pada masa yang sama minat dalam hiburan memang telah lama ada. Tambah pula industri itu tengah meriah denga kumpulan Sweet Charity dan kumpulan lain. Bidang ini kena dengan jiwa serta duit pun dapat. Zaman itulah mulanya sistem royalti, collection daripada badan yang main lagu pada public. Ini menjadikan pendapatan agak lumayan sehingga mencecah RM300 ribu setahun. Pokoknya duitlah segala-galanya. Pengurusan artis adalah sesuatu yang baru pada ketika itu. Mengurus artis juga perlukan daya fikir yang hebat. Dari situlah saya bermula sehingga terlibat dalam bidang lakonan. Maknanya dari belakang hingga ke depan tabir saya buat. Inilah yang membuatkan saya jadi mahir.

Selepas masuk PAS dan meninggalkan dunia hiburan adakah saudara masih menerima tawaran berlakon untuk watak-watak tertentu?

Saya telah mula menolak tawaran. Ini bukan soal PAS tetapi berkaitan soal takwa dan iman saya. Sebelum itu saya telah pergi belajar, talakin, menghadiri kelas agama, hikam dan belajar tauhid semula. Pada masa yang sama, ustaz yang mengajar memikirkan saya cari makan di situ, mereka meminta saya terus bekerja dalam bidang itu. Tetapi meminta saya jangan meninggalkan amalan dan ilmu. Masalahnya kita belajar kemudian berlakon memang tidak boleh kerana ada gangguan. Bila berlakon kita lihat aurat terbuka sana sini.

Walaupun ada watak yang sesuai...

Ya. Walaupun ada watak yang dianggap sesuai tetapi suasana persekitaran dan belakang tabir yang ada. Dengan tidak sembahyangnya, hingga ada ketika tergesa-gesa dalam sembahyang. Maka bila Ustaz Azri Musa mengajak saya menyertai PAS untuk satu baiah maka saya pun menyertainya. Sebelum ini pun semasa remaja memang saya selalu mengikuti bapa saudara saya aktiviti ceramah PAS. Bila saya isytihar masuk PAS, tawaran yang ada telah saya habiskan cuma ada tawaran dua shot yang kemudiannya saya lakukan untuk kali terakhir.

Rabu, 20 April 2011

Pengguna Facebook bantah projek emel 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 April: Belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.

Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya.

Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai.

Dalam posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh rakan-rakan mereka.

Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd.

Bagaimanapun, syarikat tersbut dikatan sebuah syarikat bermasalah.

Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

Tricubes dimiliki secara tidak langsung oleh adik Najib


 Neo Chee Hua, Merdeka Review

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya.

Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".

Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3.

Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.

Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.

Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).

Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut. Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist).

Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal.

Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.

Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini.

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.

Pilihanraya Singapura: PAP Jangka Tentangan Sengit, Namun Pembangkang Masih Belum Kuat


RAKYAT Singapura akan mengundi pada Sabtu, 7 Mei, yang ditetapkan sebagai cuti umum.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan pemerintah, mengakhiri penantian dan spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum sejak tahun lalu.

Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 27 April, memberi ruang kepada kempen pilihan raya selama sembilan hari dan Hari Bertenang selama sehari.

Kenyataan itu menyusuli pembubaran Parlimen yang diisytiharkan Presiden S R Nathan pada 3 petang semalam, atas nasihat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Hari Bertenang, yang pertama kali dikenalkan, adalah bagi membolehkan pengundi membuat keputusan secara tenang sebelum mengundi dan parti-parti politik dan calon-calonnya tidak dibenarkan berkempen pada hari tersebut.

Pilihan raya kali ini adalah yang kedua bagi Encik Lee selaku Perdana Menteri.

Ia disifatkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai pilihan raya umum genting kerana parti pemerintah ingin menyerap dan memupuk kepimpinan muda bagi membentuk pucuk pimpinan akan datang.

Bahang pilihan raya umum telah dirasakan apabila PAP mula mengenalkan calon-calon baru sejak bulan lalu.

Kesemuanya, terdapat sejumlah 24 calon baru PAP, termasuk dua calon baru Melayu, antara proses pembaharuan terbesar yang dilaksanakan parti pemerintah itu.

Sekurang-kurangnya lima daripada mereka dikatakan mempunyai potensi menjadi menteri.

Pilihan raya umum kali ini dijalankan selepas perubahan dibuat pada sempadan pilihan raya, dengan 15 GRC berbanding 14 GRC sekarang ini dan 12 kawasan undi perseorangan (SMC) berbanding sembilan SMC sekarang.

Jumlah kerusi keseluruhannya adalah 87, naik daripada 84 kerusi sekarang ini.

Perubahan lain adalah pada skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), dengan sehingga sembilan calon pembangkang yang menunjukkan prestasi paling baik semasa pilihan raya mendapatkan kerusi di Parlimen, berbanding enam kerusi kini.

PAP kini menguasai 82 daripada 84 kerusi Parlimen.

Dalam pilihan raya lalu pada 2006, PAP memenangi 45 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan dengan dua kerusi terus dipertahankan pembangkang - Encik Chiam See Tong di Potong Pasir dan Encik Low Thia Khiang di Hougang.

Dalam pilihan raya tersebut, PAP meraih 66.6 peratus undi berbanding 75.3 peratusan undi pada pilihan raya 2001.

Pilihan raya kali ini dilihat antara yang paling sengit dengan isu-isu seperti kos sara hidup yang tinggi dan pembanjiran pekerja asing dijangka mendapat perhatian.

Sesetengah pengamat menganggap sentimen di kalangan pengundi kali ini mungkin kurang baik atas isu-isu tersebut.

Keputusan pilihanraya 2006 - 84 kerusi
Keputusan pilihanraya 2011 - 87 kerusi? Siapa menang?
Namun Menteri Kanan, Encik Goh Chok Tong, kelmarin berkata walaupun sentimen sedemikian mungkin wujud, beliau mempersoalkan adakah ia dapat diredakan dengan adanya lebih banyak pembangkang di Parlimen.

Manifesto PAP yang dibentangkan Ahad lalu memberi jaminan bahawa parti pemerintah akan melaksanakan program menyeluruh demi mencapai kehidupan lebih baik bagi semua lapisan masyarakat di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, semalam berkata manifesto itu bukan saja mengenai gambaran lebih besar iaitu menjanjikan kestabilan Singapura bahkan bertujuan menangani isu-isu harian yang menjadi keprihatinan rakyat.

Parti Pekerja (WP) sebelum ini telah melahirkan hasrat bertanding di GRC Aljunied, East Coast, Moulmein-Kallang dan Nee Soon sementara Parti Perpaduan Nasional (NSP) pula dijangka bertanding di GRC Chua Chu Kang, Jurong, Tampines dan Marine Parade.

Di Bishan-Toa Payoh, PAP juga akan berdepan dengan Parti Rakyat Singapura (SPP) yang dipimpin tokoh veteran, Encik Chiam See Tong, dengan dibantu bekas dua penerima biasiswa pemerintah, Encik Benjamin Pwee, 43 tahun, dan Encik Jimmy Lee, 35 tahun.

Pertandingan lain pula akan melihat PAP berdepan dengan Parti Demokratik Singapura (SDP) di Holland-Bukit Timah dan Sembawang, Parti Pembaharuan (RP) di West Coast dan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) di Pasir Ris-Punggol.

Deposit setiap calon yang ingin bertanding ditetapkan $16,000 - naik daripada hanya $13,500 pada pilihan raya yang lalu.

Sekitar 2.3 juta pengundi layak mengundi dalam pilihan raya kali ini, naik daripada 2.1 juta pada pilihan raya 2006 dan 2 juta pada pilihan raya 2001.

Filem Melayu Hina Islam Bakal Ditayangkan?


Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.

Ia menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya (lakonan Faizal Hussein) mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu.

Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka.

Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin.
Mengenai desas-desus kononnya filem tersebut diharamkan penyiarannya berikutan adegan melampau yang ditampilkan, ujar Imran pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada 13 April lalu.

Filem terbitan Million Euphoria Sdn Bhd tersebut dijangka ditayangkan pada November tahun ini berikutan kegagalan pihaknya menerima kelulusan Syarat Wajib Tayang akibat senarai filem yang terlalu banyak menunggu giliran..

Selasa, 19 April 2011

Kekuatan ketenteraan dan polis rahsia digunakan umno untuk memerangi rakyat sendiri

Oleh Mohammad Sabu
Tujuan utama membina kekuatan pasukan keselamatan dan ketenteraan bukanlah persediaan untuk menghadapi peperangan. Bukan juga tujuan saya untuk menggalakkan, apatah lagi suka kepada peperangan. Saya hany a sekadar membuat perbandingan kelakuan dan sifat negara Eropah Barat, Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara yang memperluaskan jajahan kekuasaan dibanding dengan negara dunia ketiga, khasnya negara umat Islam.


Ke mana kekuatan dan pembinaan kekuatan pasukan keselamatan dan ketenteraan diguna dan dihalakan. Kebanyakan negara dunia ketiga dan dunia Islam, segala kekuatanpasukan keselamatan digunakan untuk mempertahankan regim yang berkuasa, sekali gus bermusuh dengan rakyat  sendiri.

Shah Iran misalnya memang amat rapat dengan Amerika  dan Israel. Iran menjadi pembekal minyak utama kepada Israel sebelum peralihan kuasa kepada Khomeini, 1979.Pembinaan peralatan dan kekuatan pasukan keselamatan terutama polis Savak, digunakan untuk menindas rakyat sendiri. 

Setelah ribuan merengkok dalam penjara, polis Savak Iran melakukan segala bentuk penyeksaaan terhadap rakyat yang tidak sebulu dengan pemerintah. Kemuncaknya adalah pembunuhan beramai-ramai di jalan raya pada peristiwa Black Friday, 1978. Lebih 4,000 pelajar dan rakyat tidak bersenjata dibunuh. 

Apa alasan pun hendak diberi, tetapi kekuatan pasukan keselamatan Indonesia digunakan untuk memerangi rakyat sendiri di Aceh, dan ia adalah satu kesilapan sejarah. ABRI yang begitu hebat  digunakan pemerintah untuk  melindungi regim Suharto, daripada mempertahankan kedaulatan negara dan memerangi musuh. Puluhan ribu rakyat terkorban di atas kerakusan regim yang berkuasa. 

Saddam Husein juga terkenal dengan kediktatorannya. Namun, kekerasan kuasanya digunakan terhadap siapa? Kekuatan ketenteraan dan polis rahsianya digunakan untuk memerangi rakyat sendiri. Pembunuhan terhadap musuh politiknya seperti Baqir al-Sadr, Baitul Huda dan ribuan nama lainnya. Kemuncak tanda kekuasaan dan kekuatan ketenteraan apabila bom kimia digunakan untuk membunuh rakyat sendiri di Halabja.

Apa pun alasan hendak diberi, pasukan keselamatan Syria di bawah pimpinan Hafiz al-Assad  bertindak membunuh belasan ribu penduduk di Hama dan Aleppo. Kebangkitan rakyat pimpinan Ikhwanul  Muslimin dihadapkan dengan kekuatan ketenteraan dan pasukan keselamatan. Kekuatan ketenteraaan Syria digunakan untuk mempertahankan regim Ba'ath Hafiz al-Assad daripada melindungi rakyat.

Ratusan bilion dolar dibelanjakan  kerajaan Saudi untuk pertahanan dan keselamatan. Kita tidak tahu segala peralatan dan kekuatan ketenteraan Saudi digunakan untuk tujuan apa? Ketika Amerika mengalami kemerosotan ekonomi, tiba-tiba kita dengar  kerajaan Saudi menempah senjata lebih USD60 billon daripada Amerika. Pembelian senjata ini tidak lain dilihat sebagai usaha untuk memulihkan ekonomi Amerika dan industi senjatanya.

Kita tidak mendengar senjata Saudi dihantar membantu Hezbollah, Hamas, dan gerakan jihad di Lubnan dan Palestin untuk memerangi Israel yang menjadi musuh kemanusiaan dan musuh Islam. Kekuatan tentera Saudi digunakan untuk melanyak rakyat yang tidak bersenjata di negaranya sendiri dan di Bahrain. 

Sudah tentu kekuatan pasukan keselamtan dan ketenteraan bukan digunakan untuk melindungi rakyat sebaliknya digunakan untuk melindungi regim yang berkuasa. Kekuatan ketenteraan negara Teluk yang beraja adalah sama sahaja, sama ada Saudi, Kuwait, UAE,  Bahrain, Qatar, iaitu digunakan untuk melindungi regim, bukannya melindungi rakyat. Bahkan tentera Amerika diizinkan untuk membuka pangkalan juga digunakan untuk melidungi regim, bukan melindungi rakyat.

Kekuatan pasukan keselamatan Mesir terutama 'mukhabarat' (polis rahsia) bukan untuk menggerunkan musuh Islam atau musuh negara, sebaliknya amat menggerunkan rakyat. Mereka yang tidak sealiran dengan pemerintah sentiasa menunggu rumah diketuk untuk dipanggil (dijemput) ke penjara. Pasukan keselamatan khasnya polis digunakan sepenuhnya untuk melindungi regim Hosni Mubarak daripada memerangi musuh Islam dan musuh kemanusiaan, Israel.

Saya akan terus menulis sifat dan sikap negara-negara Islam terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila  kekuatan pasukan keselamatannya diguna untuk memerangi rakyat sendiri dan bukan digunakan untuk memerangi musuh, seperti Amerika, Britain, Jerman, Belanda, Jepun dan lain-lain. Sampai bila negara orang Islam akan berada dalam situasi primitif ini?

Jangan Tutup Kes Batang Kali, Kata Syed Husin

Ditulis oleh Radzi Razak



KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Negara Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu Kerajaan Malaysia bersekongkol dengan Kerajaan British bagi menutup kes Pembunuhan Batang Kali pada 1948.

Syed Husin dalam ucapannya pada sidang Dewan Negara semalam menegaskan empat ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi itu perlu diberikan pengadilan.

"Empat orang dari keluarga mangsa telah mengambil tindakan membawa kes ini ke mahkamah melalui syarikat guaman Bindmans, dan menuntut supaya penyiasatan awam dilakukan. Pihak Kerajaan British masih tidak mahu meminta maaf atas semua kekejaman dan kezaliman yang dilakukan.

"Saya meminta supaya Kerajaan Malaysia tidak akan mengambil apa-apa tindakan untuk bersekongkol dengan Kerajaan British bagi menutup peistiwa kejam di Batang Kali. Berikanlah keadilan kepada mangsa serta keluarga mangsa kezaliman dan kekejaman ini," kata Syed Husin.

10 April lalu, akhbar 'The Guardian' dari United Kingdom melaporkan bahawa Kerajaan British menekan Kerajaan Malaysia untuk menghentikan siasatan Polis Di Raja Malaysia pada 1993 mengenai pembunuhan 24 pekebun getah di Batang Kali, Hulu Selangor dalam satu operasi regimen Tentera Bristish.

Menurut laporan akhbar itu, PDRM telahpun bekerjasama dengan Interpol dan sudahpun merancang melakukan lawatan ke UK pada tahun itu untuk menyoal-siasat askar yang terlibat dalam pembunuhan tersebut tapi dihalang Kementerian Luar UK.

Malah, petisyen yang dihantar kepada Ratu Elizabeth 2 pada Disember lalu turut ditolak walaupun Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Simon Featherstone menyatakan Kerajaannya akan mengambil perhatian terhadap perkata tersebut.

Keempat mereka, Loh Ah Choi, Lim Kok, Chong Nyok Keyu dan Wooi Kum Thai mendakwa menyaksikan pembunuhan ke atas ahli keluarga mereka dan mahu Kerajaan British memohon maaf serta melakukan inkuiri awam terhadap kejadian tersebut.

Dr Syed Husin mendedahkan betapa kerajaan Malaysia sendiri penah menutup siasatan itu sebelum ini.

"Pada tahun 1970 ada percubaan oleh Metropolitan Police di bawah seorang dari Scotland Yard bernama Detective Chief Superintendant Frank Willams untuk dihantar ke Malaysia bagi menyiasat perkara ini. Akan tetapi siasatan ini ditamatkan oleh Kerajaan Konservatif yang baru mengambil alih kuasa kerana tidak mahu sejarah hitam British ini didedahkan.

"Peristiwa ini sering disebut sebagai Mai Lai British. Mai Lai merujuk kepada kekejaman serupa yang dilakukan oleh tentera Amerika di Vietnam."

"Seorang penulis British telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Slaughter and Deception in Batang Kali pada tahun 2009. Beliau menyatakan pada tahun 1994 beliau mendapat nota-nota di antara dua orang pegawai tinggi dari Pejabat Luar British dengan seorang ketua polis dari Malaysia. Mereka berbincang tentang penutupan kes kezaliman ini," dedah Syed Husin.

Menurut Bekas Timbalan Presiden Keadilan itu lagi, hal ini menunjukkan betapa keburukan Undang-Undang Darurat Malaysia, yang juga merupakan pemegang rekod Darurat paling lama di dunia.

Justeru beliau menyatakan sudah tiba masanya undang-undang kuno ini dimansuhkan
"Dengan Perisytiharan 1948, Malaysia mempunyai undang-undang darurat yang paling lama sekali berkuatkuasa dalam dunia. Selepas kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Algeria, negara-negara tersebut mengumumkan sudah atau akan memansuhkan Undang-undang Darurat masing-masing. Undang-undang mereka ini telah berkuatkuasa hanya antara 20 hingga 40 tahun saja. Kita lebih 60 tahun.

"Demi menegakkan demokrasi yang tulen di negara ini, Kerajaan UmnoBn hendaklah memansuhkan perisytiharan semua Undang-undang Darurat ini. Atau adakah kita hendak menunggu dulu sehingga rakyat bangkit beribu-ribu di jalanraya seperti di negara-negara Arab itu?"kata beliau.

Gagasan 1 Malaysia indah khabar dari rupa


WarkahDaily – 1Malaysia yang dicanang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar manis dibibir sahaja tidak pada pelaksanaan.

Gagasan yang dikaitkan dengan Najib itu lebih relevan dengan ungkapan 1Umno atau 1Barisan Nasional sahaja. Gagasan yang hanya untuk Umno-BN sahaja.

Macamana nak kata 1Malaysia kalau yang menyokong Umno-BN sahaja yang ‘dicium’ punggungnya, tapi yang tidak menyokong mereka, dituduh khianat, tidak mengenang budi dan tidak pandai berterima kasih.

Macam Malaysia ni mak bapak depa punya!

Keputusan pilihanraya di Sarawak Sabtu lepas, Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasanya apabila menang majoriti 2/3 namun banyak kerusi terpaksa dikorbankan apabila DAP dan PKR berjaya merampas beberapa kerusi di kawasan bandar.

Di Kuching, DAP dan PKR menyapu bersih kerusi di kawasan itu yang didiami ramai pengundi Cina dan ini menyebabkan barua-barua Umno-BN yang rasis dan perkauman termasuk lidah rasmi Umno ’Utusan Malaysia’ yang terus-terang meminta agar menghukum pengundi-pengundi Cina yang tidak menyokong BN pada pilihan raya negeri Sarawak.


Jutaan ringgit wang rakyat telah dikorbankan sia-sia semata-mata retorik 1Malaysia. Hasilnya, Umno-Bn semakin rasis.
The Malaysian Insider melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengecam Umno, pemilik akhbar itu kerana membolehkan pendirian sedemikian dikeluarkan dan mempersoalkan sama ada ia konsisten dengan slogan 1 Malaysia dibawa Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengeri BN.

“Gesaan terbuka Utusan Malaysia, bukan sahaja rasis tetapi juga bertentangan dengan amalan demokrasi,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata jika BN mengambil tindakan tegas yang disarankan oleh Mingguan Malaysia terhadap pengundi bandar dan sesiapa yang menggunakan hak demokrasi, maka apa gunanya diadakan pilihan raya.

Satu lagi akhbar milik Umno, Berita Harian dalam ruangan editorial hari ini berkata “sudah tiba masa BN meneliti senario kenapa pengundi Cina menolak BN, bukan saja di Sarawak, malah di kebanyakan pilihan raya kecil lalu.

“Persoalannya, adakah kerana BN tidak cukup membantu kaum Cina atau ia sekadar keyakinan mereka bahawa pembangkang mampu membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan DAP di Pulau Pinang dan Selangor dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS,” kata beliau.

Kelmarin, Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan milik Umno, menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak kali ini.

Mingguan Malaysia berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undin popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

“Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.

“Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP,” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.


Utusan Malaysia rasis!...Ketua Menteri Pulau Pinang
Dalam kenyataannya Lim berkata, Utusan Malaysia yang pernah mengesyorkan supaya tragedi 13 Mei dijadikan hari peringatan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat “rasis dan ekstremis.”

“Apa yang mengejutkan ialah Umno terus membenarkan pendekatan rasis terhadap bukan Melayu dan bukan Islam di kedua-dua Semenanjung dan Malaysia Timur.

“Adakah (sikap) rasis dan ekstrem oleh akhbar Umno konsisten dengan (slogan) 1 Malaysia,” kata Lim dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan semalam.

Pada pilihan raya negeri kali ini BN Sarawak memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 dan Bebas satu.

Lima tahun lalu BN memperoleh 62 kerusi dan kali ini Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR menambah kerusi dua kali ganda.

Lim menekankan bahawa menghukum pengundi-pengundi Cina yang bebas memilih wakil mereka menerusi peti undi bersamaan dengan tindakan “diktator dan feudal.”

Sebaliknya Lim menggesa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kalah teruk termasuk presidennya Tan Sri George Tan agar menarik balik sokongan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan itu selama 30 tahun.

“Pengundi-pengundi Sarawak telah menghantar mesej kuat dan jelas kepada SUPP bahawa mereka mahukan Taib pergi sekarang.

“SUPP ditolak oleh pengundi kerana SUPP telah gagal mewakili rakyat dan dilihat sebagai wakil Taib,” katanya lagi.

Oleh itu katanya, isu yang paling penting SUPP mesti tangani ialah jika SUPP jujur dalam menerima keputusan pengundi, ia mesti menarik balik sokongan diberikan kepada Taib sebagai ketua menteri.

Sah, gagasan 1Malaysia yang dicanang oleh Najib sekadar retorik semata-mata walaupun pemimpin BN itu menafikannya.

Realitinya, Najib gagal menerapkan gagasan yang dimomokkan itu demi menarik pengundi beralih kepada BN semenjak berlakunya tsunami PRU-12 pada 2008, ramai bukan Melayu menolak BN.

Dilihat juga, Najib gagal mendidik pengikutnya termasuk barua media Umno-BN daripada tindakan rasis dan perkauman yang nyata dan tidak demokrasi dalam pilihanraya.

Depa ingat dunia ini hanya Umno-BN yang punya, jangan ada yang lain selain dari Umno-BN.

Selama ini, inilah yang berjaya diterapkan oleh Umno-BN dengan membudayakan membenci selain dari Melayu Umno.

Taib Mahmud kebal daripada siasatan kes rasuah?


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilihat sebagai seorang yang kebal apabila tiga kali laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Ini membuktikan dengan jelas kepada rakyat siapa sebenarnya Ketua Menteri Sarawak setelah berjaya mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Ketua Menteri yang baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah beliau di Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas malam semalam.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat bukti adanya penyalahgunaan kuasa dan rasuah terhadap kekayaan Ketua Menteri tersebut, tetapi SPRM masih lagi belum mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan yang telah dibuat.

"Kemenangan BN juga banyak dikaitkan dengan rasuah di Sarawak. Mereka juga menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah dan dakyah jahat terhadap kepimpinan PR melalui manipulasi gambar dan seumpamanya.

"Walau bagaimana pun BN jangan cuba memperbodohkan rakyat apabila mengatakan kemenangan mereka menunjukkan keseluruhan rakyat negara ini menyokong mereka.

"Ini adalah satu lagi dakyah dan serangan mental cuba diselewengkan oleh BN. Kemenangan mereka di Sarawak, tidak mempengaruhi pendirian dan pemikiran rakyat di Semenanjung, " tambahnya lagi.

Beliau juga yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, turut menyatakan bahawa samada BN benar-benar disokong oleh rakyat negara ini boleh dijustifikasikan melalui pilihan raya umum dan bukannya melalui pilihan raya negeri Sarawak semata-mata. -Harakahdaily

Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah


Joseph Sipalan
Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

NONEIni adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

NONEJayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya.

Datuk T akan didakwa kesalahan mengedar bahan lucah

Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis. 
 
azlanTimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video. 
 
Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini.
 
"Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."
 
"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
 
azlanKetika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
 
"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.
 
"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.
 
Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.
 
NONE"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.
 
Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.
- Bernama

Isnin, 18 April 2011

Enjin Jet Hilang: Amerika pun tak percaya kenyataan Kerajaan BN



HarakahDaily | KUALA LUMPUR, 18 April: WikiLeaks melaporkan bahawa media tradisional negara telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan jet engin F5, yang didakwa lesap secara tetiba pada 2008.

Berdasarkan kabel diplomasi Amerika Syarikat (AS) yang diledakkan WikiLekas, seorang anggota Kementerian Luar Negeri telah memberitahu Kedutaan AS di Kuala Lumpur bahawa media tradisional negara telah mengeluarkan ‘banyak kenyataan menyeleweng dan silap’ mengenai kehilangan dua engin jet buatan AS pada Disember 2009.

Kedutaan AS turut melaporkan kepada kerajaan AS bahawa mereka susah untuk mempercayai penjelasan kerajaan Malaysia mengenai skandal tersebut.

“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel itu lagi, Kementerian Pertahanan yang di bawah jagaan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes ini dikendalikan..

Kedutaan AS juga berpendapat Kementerian Luar Negara cuba menjauhkan diri daripada skandal tersebut.

Kabel yang bertarikh 10 Januari 2010 ditulis oleh kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith turut menamakan pegawai Malaysia yang dimaksudkan iaitu Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Radzi dilaporkan berkata media tradisional telah berbohong melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta bantuan daripada AS dalam skandal enjin jet F5, kerana sekiranya benar, permintaan tersebut akan melalui Kementerian Luar Negeri.

Dalam tulisannya, McFeeters turut melaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan sedemikian daripada Malaysia.

Sebanyak 3 kabel didedahkan oleh WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5.

Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet mula-mula diledakkan oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pda 19 Disember 2009, hari yang bertembung dengan konvesyen Pakatan Rakyat yang pertama, di mana Kedutaan AS berpendapat satu peristiwa yang mungkin menenggelamkan pengumuman kementerian tersebut.

RMAF turut didakwa tiga kali gagal untuk memaklumkan peristiwa tersebut kepada AS, dimana kabel itu melaporkan AS hanya dimaklumkan pada awal Januari 2010.

Difahamkan enjin jet termaktub dalam perlembagaan pertahanan AS (United States Munitions List), di mana pemindahan secara tidak sah adalah bercanggah dengan perkara 3 dalam Arms Export Control Act, di mana kehilangan jet engin J-85 di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ini.

Sementara itu, kabel turut melaporkan bahawa Kedutaaan AS turut menyoal pegawai daripada Malaysia mengenai lokasi spesifik enjin yang didakwa kecurian ekoran laporan media tradisional yang mengatakan bahawa engin tersebut sudah dijual kepada satu syarikat antarabangsa yang berpusat di Amerika Selatan.

“Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel itu lagi.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin tersebut mungkin telah tiba di Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media tradisional ketika kes ini diledakkan.

Di satu sidang akhbar, kabel itu berkata Peguam Negara, Abdul Ghani Patail telah dilaporkan berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang tersebut kini berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Eskay: Saya tanggungjawab tayang video seks, akan dedah di mahkamah


KUALA LUMPUR, 18 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Dalam ulasannya hari ini Shazryl juga menekankan tentang kepentingan mengesan pemilik jam tangan Omega.

“Jam tangan Omega adalah sangat penting. Kita harus mengesan siapa pemiliknya. Saya merasakan ia bukti yang sangat penting, tetapi terpulang kepada polis. Saya tidak mahu terlibat,” katanya lagi.

Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.

“Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.

“Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam,” katanya lagi.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T.” - TMI

Taib Takut Orang Lain Rampas Jawatan KM Sarawak


Banyak pihak yang mempersoalkan tindakan Taib Mahmud yang kelihatan amat tergesa-gesa untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah BN Sarawak masih berjaya mengekalkan majoriti 2/3 dengan populariti yang menurun dari 62 peratus kepada 55 peratus.

Beliau bertindak seolah-olah tiada esok baginya, jika beliau lewat esok akan ada Ketua Menteri yang baru jika beliau tidak mengangkat sumpah pada malam BN Sarawak diistiharkan masih mengekalkan majoriti.

Memang beliau sewajarnya bertindak demikian.. kerana ada sumber mengatakan Najib akan melantik Ketua Menteri yang baru menggantikan Taib yang jelas gagal dikawal olehnya namun begitu Taib telah berjaya memintas rancangan Najib itu..

Dengan ini sekali lagi Taib menunjukkan kepada Najib bahawa di Sarawak Najib tak ada kuasa yang berkuasa itu Taib Mahmud!

Kenapa Taib Tergesa-gesa Angkat Sumpah KM Sarawak?
KUCHING 17 APRIL : Tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud tergesa-gesa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, sejurus selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Balingian, dipertikaikan banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa tindakan tergesa-gesa Taib itu ekoran wujudnya "musuh dalam selimut" merancang untuk memilih Ketua Menteri Sarawak yang baru bagi menggantikan Taib yang berkuasa lebih 30 tahun.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Taib itu juga disebabkan undi popular Barisan Nasional pada pilihan raya negeri kali ini turun lebih 7 peratus, menjadikan undi semasa sekitar 55 peratus.

"Yang paling penting, undi popular turun dari 62 peratus kepada 55 peratus beri isyarat bahawa Taib Mahmud perlu undur. Sehingga Taib (terpaksa) pergi ke Istana untuk angkat sumpah (sebagai Menteri)

"Adakah beliau takut musuh dalam selimut, saya rasa kamu semua lebih tahu. Takkan dia takut pada 16 (pembangkang).

"Taib bukan menang 2 kerusi (macam era Timbalan Ketua Menteri Sabar, Joseph Pairing dulu), dia (Taib) ada dua pertiga di DUN (Sarawak), maka mengapa perlu pergi ke istana sehingga larut malam," ujarnya pada suatu kenyataan media di Hotel 360, di sini.
Katanya lagi, keputusan pilihan raya kali ini sekaligus menolak tanggapan umum bahawa Sarawak adalah "simpanan tetap" bagi Barisan Nasional untuk terus menguasai Putrajaya.

"Pilihan raya kali ini menunjukkan bahawa Sarawak yang dianggap sebagai fix deposit Sarawak oleh Barisan Nasional tiada lagi.
"Ini petanda pilihan raya umum mesti dibuat cepat kerana undi alih sebanyak 7 peratus.

"Ini adalah satu petanda bahawa Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi parlimen berdasarkan undi (popular) nasional."
"BN dapat 75 peratus kerusi di DUN Sarawak walaupun undi popular hanya 55 peratus, ia tidak mencerminkan demokrasi yang sebenar iaitu (nilai) 'satu undi' rakyat," beliau menambah.

Katanya, BN boleh kekal menang berkemungkinan disebabkan empat faktor - iaitu politik wang, media tidak bebas, ancaman atau faktor ugutan dan penipuan dalam proses pilihan raya.

"Dan saya rasa beberapa (proses kiraan di beberapa) kerusi pakatan rakyat berlaku penipuan sehinga di beberapa kawasan (seperti Sibu) boleh padam elektrik," tambahnya.
Nada yang sama turut disuarakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Saya fikir kalau kita lihat pada undi popular merangkumi 46 peratus...ia menunjukkan peratusan (sokongan pada Pakatan Rakyat) yang kukuh untuk rakyat sarawak nak perubahan.

"Saya rasa ia petanda bagi parti berbilang kaum seperti PKR walaupun padang yang tidak sama rata seperti di Batu Kawah, namun ia tidak menghalang kita untuk tingkat prestasi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semantara itu menurut, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pilihan raya negeri Sarawak ke-10 memberi gambaran bahawa rakyat bersedia berubah dengan menyokong Pakatan Rakyat.

"Walaypun PAS tidak menang (di lima kerusi yang ditandingi) tapi ini buktikan semangat bersama Pakatan Rakyat.

"Ingin saya tegaskan bahawa tanah Sarawak sangat bersedia untuk Pakatan," ujarnya.
Beliau yang juga ahli parlimen Bachok berkata, PAS berjaya mengurangkan 800 undi majori BN di Beting Maro.

Di Muara Tuang katanya lagi, PAS berjaya mendapat undi sokongan lebih 3,000 undi. Di Tanjung Datu pula, PAS berjaya mendapat undi sokongan sebanyak 1,002 undi.
Justeru katanya, fokus PAS untuk agenda "Selamatkan Sarawak" adalah untuk mendapat kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Langkah seterusnya adalah persiapan di PRU13," tegas beliau.
Dalam perkembangan yang sama, Adun Ba'Kelalan Baru Bian yang disebut-sebut sebagai "Ketua Menteri Sarawak" bersedia menyerahkan hal pelantikan Ketua Pembangkang Sarawak kepada konsesus wakil rakyat Pakatan Rakyat Sarawak; ketika ditanya wartawan.

Turut hadir, Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihatnya Lim Kit Siang serta wakil rakyat baru Pakatan Rakyat Sarawak.

TVS News

Sarbani mati akibat kemalangan

Kosmo | Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.
“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu

Ahad, 17 April 2011

Siapa Pula Nak Pindahkan Si Mangkok Hayun Markom Giran???

Video Arkib.



Pengarah Pendidikan Negeri Johor turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kounseling membantu jentera Barisan Nasional didalam menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang. Terang dan jelas maksud Pengarah Pendidikan Negeri apabila menyebutkan warna-warna tertentu yang mewakili parti-parti tertentu. Saksikan kepincangan demokrasi didalam negara ini.


CIKGU MAAROF DIPINDAHKAN 250KM DARI SEKOLAH ASALNYA

BATU PAHAT – Kerana dendam, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (gambar) telah menghukum Cikgu Maarof Abd Mutalib iaitu suami kepada calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan memindahkan beliau dari SMK Tenang Station, Tenang ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang yang jaraknya hapir 250 km atau kira-kira 3 jam setengah perjalanan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, Maarof turut melakukan satu lagi kesalahan serius iaitu mengingkari peraturan yang tidak membenarkan seorang guru terlibat dalam kempen pilihan raya.

“Sebagai seorang guru, beliau tidak sepatutnya terlibat dalam kempen pilihan raya. Jadi dua kesalahan besar telah dilakukannya iaitu berkempen bagi pihak isterinya.

Markom Giran yang turut berkempen untuk UMNO ketika dihubungi mengesahkan arahan pertukaran Maarof berkuat kuasa 1 April 2011.

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim PRN Sarawak

KENYATAAN MEDIA 

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.

Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

ANWAR IBRAHIM

Hilang 16 Kerusi, Najib Mungkin Tunda PRU-13



TVS News | SHAH ALAM 16 APRIL :Kehilangan 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mungkin menyebabkan hasrat Perdana Menteri Najib Razak membubarkan parlimen tahun ini, terbantut.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga, ia belum cukup gah untuk memberi jaminan kepada BN bahawa tampuk kekuasaan akan kekal menjadi milik gagasan itu, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau ketika dihubungi menambah, walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkata, PRN Sarawak akan dijadikan inspirasi bagi menentukan pilihan raya umum, namun pada masa kini, Najib perlu memikirkan hal itu sedalam-dalamnya.


"Ramai yang melihat bahawa keputusan PRN Sarawak kali ini, BN tidak akan berani untuk membuat pilihanraya umum dalam masa terdekat. Oleh kerana mereka melihat penentangan segolongan besar pengundi itu masih kekal.

"Dari segi kemenangannya pula saya fikir ia adalah kemenangan yang agak mahal kerana mereka terpaksa membelanjakan banyak dengan membeli secara terbuka di sesetengah tempat," kata Aziz.

"Jadi dalam konteks Sarawak, simpanan tetap itu mungkin lebih sukar lagi kerana ketua menteri yang dilantik itu akan kekal untuk jangka masa tiga hingga empat tahun lagi dan tidak mudah untuk Najib menyingkitkan Taib dengan mudah," tambahnya lagi.

Menurut Aziz, selain perlu memikirkan merosotnya sokongan pengundi di Sarawak kepada BN terutama sekali terhadap Ketua Menterinya, Taib Mahmud, Najib sekali lagi "tersentak" apabila Taib mengumumkan hanya akan bersara "sekitar pertengahan penggal ini".

Taib yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak malam tadi, sekali lagi menzahirkan hasratnya untuk berundur buat kesekian kalinya.

Kenyataan Taib itu bercanggah dengan Najib yang mengumumkan bahawa Taib akan berundur selepas PRN negeri ketika siri kempennya.

"Dengan kata lain, Taib Mahmud akan terus menjadi liabiliti di Sarawak dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Dan pilihanraya (pula) terpaksa diadakan dalam tempoh lebih awal dari itu," jelas Aziz, sekaligus mendatangkan masalah kepada Najib.

Oleh itu katanya, kejayaan BN mengekalkan kuasanya di Bumi Kenyalang bukanlah suatu perkembangan positif yang mampu mengekalkan keyakinan rakyat untuk terus setia bersama parti itu.

Dengan kata lain, kemenangan di Sarawak dengan mengekalkan dua pertiga majoriti bukan semestinya baik kepada BN. Khususnya dari segi menjamin kemenangan dalam PRU 13.

"BN tidak boleh lagi menganggap Sarawak sesuatu yang selamat lagi. Pakatan Rakyat semakin kuat dan diterima kerana ia bukanlah satu andaian kerana ia adalah fakta bahawa mereka sudah semakin diterima sebagai satu entiti yang mantap," jelasnya lagi.

Malah kata Aziz, dapat dilihat ketidaksefahaman antara Najib dan Taib apabila Pengerusi BN itu lebih memikirkan kemenangan kepada BN namun Taib sebaliknya mahu kekal di tampuk pemerintahan tanpa mempedulikan keputusan pilihan raya.

Namun ujar beliau, apa yang lebih penting ialah perjuangan dan keinginan memuncak rakyat yang mahukan perubahan.

Rakyat Sarawak dilihat mula membuka ruang kepada pembangkang dan ia merupakan petanda positif bahawa masyarakat di negeri Bumi Kenyalang semakin menerima sistem dua parti di negara ini.

Tambah Aziz, menerusi jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri itu semalam, jelas menunjukkan bahawa ia adalah pencapaian yang mampu menggugat kedudukan BN di Sarawak.

Ini kerana, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menangkis permasalahan yang ditimbulkan parti lawan, malah sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri yang berperanan untuk memenangkan BN gagal melemahkan pembangkang untuk membawa perubahan besar kepada rakyat di negeri itu.

"Saya fikir begitu, walaupun PR tidak dapat mencapai matlamat menafikan dua pertiga majoriti BN. Tetapi saya fikir dengan keadaan pilihan raya dan sikap SPR sendiri dengan apa yang dicapai sekarang adalah sesuatu yang sesuai dan munasabah. Kali ini juga PR bertanding sebagai Pakatan yang agak formal, dengan kata lainnya ia sebagai satu permulaan untuk kewujudan sistem dua parti di Sarawak terutamanya," kata Aziz.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 semalam menyaksikan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Manakala Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Sementara Bebas memenangi satu kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan SPR malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pada pilihan raya negeri 2006 yang mana ketika itu BN memperoleh 63 kerusi.

Aziz turut menyifatkan kemenangan majoriti dua pertiga BN dengan terpaksa membelanjakan sehingga lebih RM500 juta adalah tidak memadai dengan apa yang telah diperoleh parti itu.

"Untuk pilihanraya kali ini BN membelanjakan RM500 juta dengan di sesetengah tempat Mykad dikeluarkan dengan mudah. Jadi dengan kata lain masalah SPR, undi pos dan sebagainya dan kita lihat bahawa pilihanraya itu tidak ditandingi dengan cara yang saksama dan adil. Jadi saya fikir memang ia perlu dihadapi dan ini antara perkara yang kita perlu lihat," kata Aziz.

Kemenangan PR Di Kubu Kuat BN : Pukulan Hebat Buat Najib, Kata Kit Siang

Lim Kit Siang memberi amaran buat Najib Altantuya bahawa
Barisan Najis akan tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang

Kemenangan terbesar pembangkang di pilihanraya DUN Sarawak setakat ini merupakan satu pukulan hebat kepada BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memenangi hati rakyat Sarawak dan memberikan BN satu kemenangan besar.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika dihubungi TV Selangor berkata, walaupun PR tidak berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN tetapi kemenangan PR setakat ini telah memberikan kejutan besar kepada Tan Sri Taib Mahmud.

"Tak pernah ada begitu ramai ahli-ahli ADUN yang melawan BN dan, sungguhpun kita tidak dapat menafikan majoriti dua pertiga, patutnya menjadi satu iktibar kepada yang pertama kepada Ketua Menteri, masa untuk beliau turun sudah sampai, tak patut lagi melengah-lengahkan," kata beliau.

Tambah beliau, dalam pada rakyat Sarawak mula menolak BN dan menerima PR, Najib juga dilihat semakin lemah kerana walaupun mengetuai kempen bersama kesemua ahli Kabinet tetapi masih gagal memberikan kemenangan besar kepada BN di Sarawak.

"Dan kedua, sebagai satu pukulan hebat kepada PM oleh kerana Datuk Seri Najib sendiri ada mengetuai satu kempen dan menggerakkan semua anggota-anggota kabinet, jemaah menteri datang menjadikan pilihanraya negeri ini satu pilihanraya besar untuk seluruh negara," tegas beliau lagi.

Katanya lagi, Perdana Menteri juga perlu mengambil pengajaran serta menghalusi dan memahami sebab-sebab kekalahan BN terutamanya di kawasan-kawasan yang dianggap sebagai 'kubu kuat' BN di Sarawak.

Pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 menyaksikan BN menang 62 kerusi, manakala 9 kerusi dimenangi masing-masing PKR-1,SNAP-1, Bebas-1 dan DAP 6.

Namun pada pilihan raya negeri kali ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP berjaya merampas 12 kerusi, PKR 3 dan Bebas 1.
Related Posts with Thumbnails