UMNO KHIANAT MELAYU
”UMNO menyeru bangsa Melayu bersatu padu di  bawah payung Umno demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Tun  Mahathir Mohamad akan menjadi Pahlawan sehebat Hang Tuah yang akan  melaungkan ’MELAYU BANGKIT’ di seantero dunia. Peristiwa 13 Mei 1969  yang tersemat kuat di hati-hati Melayu akan menjadi azimat semangat  perjuangan bangsa yang didokong Umno selama ini.”
Inilah  barangkali yang ada di minda pemimpin-pemimpin, ahli dan penyokong Umno  tegar. Mereka merasakan merekalah satu-satunya parti yang memperjuangkan  Melayu. Khurafat ini telah dipakai oleh pendokong Umno selama lebih 50  tahun.
Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menentang habis-habisan  sikap perkauman sempit atau asobiyyah yang ada pada batang tubuh Umno.  Mereka hipokrit dalam memperjuangkan Melayu dan Islam. Hakikatnya,  mereka senantiasa mengkhianati orang Melayu khususnya, dan rakyat  Malaysia amnya.
Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno  terhadap orang Melayu:
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu  yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem  kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum  rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan  PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran  kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6.  Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak  Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada  anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002;  mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak  royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan  Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11.  Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100%  oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang  bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12.  Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime  Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang  Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13.  Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang  Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14.  Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang  Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri  Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang  keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian  Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan  Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus  menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi  orang-orang Melayu Bumiputra.
18. Mendedahkan pelaburan wang  Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep,  seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka  Husam Musa.
19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan  Kelantan sejak tahun 2004.
20. Mengkhianati amanah rakyat dengan  merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara  yang tidak bermoral pada Februari 2009.
Selain itu, Kerajaan  Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi  yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi  itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang  menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.
Umno/BN juga  hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni  iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya  menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit  tanpa membuat sebarang kerja.
Sementara tauke ini akan membuat  projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan.  Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap  seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14  billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang  runtuh.
Sekian, wassalam.
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
MEMPERSADA  PERJUANGAN
Yang benar,
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua  Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu



